Adakah
saat indah ini yang ditunggu-tunggu?

"15%
Pasangan di Malaysia Mengalami Masalah
Sukar Hamil
Dan Sukar Dapat Zuriat.
Kadar
Kesuburan Di Malaysia Juga
Semakin Menurun
Sejak 1990an"
Kenalpasti Segala Punca Sukar Hamil Dan Atasi Masalah Kesuburan Dengan Strategi
Mudah Untuk Dapat Zuriat
"Kadar
kesuburan di Malaysia menurun berbanding 1990-an. Masalah
ketidaksuburan itu menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus pasangan di
Malaysia"
(Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai)
"Kadar kesuburan di Malaysia adalah 2.6
bayi untuk sepasang suami isteri pada
2007 iaitu penurunan daripada kira-kira 3.6 bayi untuk satu pasangan
pada 1990"
(Laporan
Tabung Pendidikan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef))
"20% pasangan
yang mendapatkan rawatan
kesuburan tidak merancang hubungan kelamin pada masa-masa yang tepat
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kesuburan"
(American
Infertility Association(
AIA))
"Dianggarkan
bahawa 4.5 juta pasangan
di US mengalami masalah ketidaksuburan setiap tahun. Kurang dari 2 juta
daripada pasangan-pasangan ini yang mendapatkan bantuan khidmat nasihat
dan rawatan kesuburan dari mana-mana pusat rawatan kesihatan. Ia adalah
kurang dari separuh.
Dari jumlah
tersebut, 90% daripada
mereka dapat dikenalpasti masalah-masalah yang dialami melalui
diagnosis yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang fertiliti."
(National Center
for Health
Statistics(NCHS), US)
|
Dari
Hariri
Mustapha @ Abu Jarir B.Sc.
(Hons) Genetics
&
Iffah
Mohamad Diali @ Ummu Aisyah B.Sc.
(Hons) Food Science
RE: Harapan
Buat Pasangan-pasangan Yang Belum Dikurniakan Zuriat
Assalamu'alaikum /
Salam Sejahtera,
Ketidaksuburan
adalah
suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana komuniti masyarakat.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HFEA(Human
Fertilisation and Embryology Authority)
pada tahun 2007, 1 daripada 7 pasangan di UK menghadapi masalah untuk
dapat zuriat. Manakala berdasarkan satu statistik dari sumber yang
lain, 15% daripada pasangan di US yang mencuba untuk dapat zuriat
tetapi gagal untuk hamil. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong
Lai, 10-15 % pasangan suami
isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat zuriat.
Adakah anda
termasuk
dalam golongan di atas?
Kami adalah
pasangan
suami isteri yang juga pernah melalui apa yang anda lalui sekarang.
Keadaan tersebut telah menggerakkan kami untuk membuat kajian dan
rujukan berkenaan dengan ilmu-ilmu tentang kesuburan. Dengan
berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang sains, ia tidak menjadi
masalah bagi kami untuk mendapatkan sumber-sumber kajian yang jarang
diterokai oleh kebanyakan orang.
Setakat
pengetahuan
kami, tidak pernah ada satu rujukan khusus berkenaan dengan kesuburan
dalam Bahasa Malaysia yang pernah dihasilkan. Kalau adapun hanyalah
tips-tips ringkas 1 mukasurat yang didapati dalam majalah-majalah
kewanitaan dan kehamilan. Ia menyebabkan kami terpaksa beralih dengan
mendapatkan sumber-sumber dari luar negara.
Persoalannya,
mana
perginya pakar-pakar sakit puan dan pakar-pakar kesuburan di Malaysia?
Sebenarnya kita memang mempunyai pakar-pakar yang berkemahiran
setanding dengan pakar-pakar dari luar negara. Mereka mempunyai 'track
record' yang baik dalam membantu pasangan-pasangan ini menimang
cahayamata. Tetapi oleh kerana kesibukan mereka dalam memberikan
rawatan menyebabkan sehingga sekarang tidak pernah ada satu sumber
rujukan yang khusus yang boleh dijadikan panduan oleh pasangan-pasangan
yang mengalami kesukaran untuk dapat anak. Sekurang-kurangnya panduan
seperti ini dapat dijadikan rujukan bagi mendapatkan ilmu-ilmu asas
kesuburan sebelum merujuk kepada mana-mana doktor bagi medapatkan
khidmat nasihat dan rawatan.
Daripada kajian
dan
rujukan yang telah kami jalankan, kami telah menerokai satu hasil
dapatan yang sangat menakjubkan. Terdapat perkara-perkara yang selama
ini kita tidak ambil perhatian terhadapnya, tetapi boleh menjadi punca
seseorang itu sukar untuk dapat zuriat. Kami merasakan adalah sangat
rugi jika maklumat-maklumat yang sangat berguna ini tidak disebarkan
untuk manafaat bersama. Hasil dapatan tersebutlah yang ingin kami
kongsikan dengan anda sekalian.
Apakah
sebenarnya yang
kami telah terokai daripada kajian-kajian tersebut?
Adakah ia
benar-benar
bermanafaat?
Sejauh mana
keberkesanannya? Baik,
biar kami
ceritakannya satu demi satu....
ianya
bermula dengan report percuma ini . . .

Report
Percuma ini telah
diedarkan
sejak Oktober 2008 dan setakat 14 Ogos 2010, ia telah didownload dan
dibaca oleh 10,252 pembaca.

Sebahagian
dari mereka
dengan izin
Allah swt telah berjaya hamil hanya dengan panduan percuma tersebut.
Berikut adalah antara screenshot email pengakuan ikhlas daripada mereka
yang telah kami terima. Pengakuan ini bukan direka-reka oleh kami.


Report
Percuma tersebut
hanyalah
merupakan 10% daripada apa yang kami bakal kongsikan dengan anda. Anda
telah lihat sendiri bagaimana ilmu-ilmu tentang kesuburan dapat memberi
manafaat bukan?
Jika
anda masih belum
mendapatkannya,
sila download dengan mengisi nama dan alamat email pada borang di bawah.
Report
di atas adalah merupakan salah satu
dari Srategi Pertama bagi menimang cahayamata. Strategi Pertama ini
jika dikuasai dengan baik, anda tidak memerlukan sebarang rawatan yang
menelan kos beribu-ribu ringgit. Bahkan mungkin juga, dengan izin Allah
swt akan berjaya hamil tanpa perlupun ke klinik-klinik berdekatan
menjalani sesi konsultasi doktor.
Apakah
Strategi
Pertama yang kami maksudkan? Ia adalah langkah-langkah pertama yang
WAJIB diketahui oleh setiap pasangan yang inginkan cahayamata. Strategi
yang kami maksudkan adalah MENGENALPASTI
HARI-HARI SUBUR .
Percayakah
anda jika
kami katakan bahawa kami telah menerokai 15
kaedah untuk mengesan hari-hari subur.
Ya, 15 kaedah. Kaedah BBT yang kami dedahkan dalam report percuma di
atas hanyalah salah satu daripadanya. Itupun sudah merangkumi 23 m/s.
Kaedah-kaedah selebihnya dan strategi-strategi yang lain kami
bongkarkan semuanya dalam satu bentuk penulisan yang merupakan Yang
Pertama di Malaysia di dalam bentuk e-book atau e-buku.
Maka dengan
ini, kami
ingin mendedahkan satu Panduan Lengkap Kesuburan yang wajib anda miliki
sebagai langkah pertama anda ke arah kehamilan....
Memperkenalkan..ebook..

>>Klik
Di Bawah Jika Anda Ingin Mendapatkan Ebook Ini Sekarang!<<

Rahsia
Mudah Hamil adalah dalam bentuk ebook,
bukannya buku fizikal. Ia hanya boleh didownload melalui satu download
page yang akan diberikan melalui email selepas pembayaran dibuat.
Bonus-bonus yang ditawarkan juga dalam bentuk elektronik download.
Tidak ada sebarang penghantaran yang akan dilakukan. Ebook ini adalah
dalam format PDF. Ia boleh dibaca melalui komputer. Jika anda ingin
membacanya dengan cara biasa, anda perlu print terlebih dahulu.
|
 |
|
"cukup
lengkap untuk dijadikan rujukan"
Ebook ni memang cukup lengkap
untuk dijadikan rujukan oleh
sesiapa saja terutama sekali mereka yang sudah lama inginkan zuriat. Saya
tabik la penulis nya. Saya yang
dok dalam profesion perubatan
ni pun tak sangka dan terkejut sebab ebook ni dihasilkan oleh
orang yang bukan dalam bidang medical tetapi maklumat yang diceritakan
seolah-olah penulis sudah lama dalam bidang kedoktoran. Isi
kandungan yang memang teratur dan lengkap dari awal sampai akhir.
Cukup
updated
berbanding beberapa lagi panduan kehamilan yang ada sekarang dipasaran.
Memang ramai pasangan suami isteri yang tak tahu kenapa mereka belum
dikurniakan cahayamata. dan ada yang langsung tak tahu ada caranya
boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Kesemua
tips dan cara yang diterangkan adalah praktikal.

Abd.
Aziz (aka Ahfizfazi)
www.ahfizfazi.com/blog
|
|
 |
Kenapa
beliau berkata
begitu?
Berikut
Adalah Antara Kandungan Dalam Ebook 'Rahsia Mudah Hamil'
Strategi
1:Bagaimana Mengenalpasti Dengan
Tepat Hari-hari Subur Anda Untuk Meningkatkan Peluang Kehamilan.
Kaedah
1: Mengenalpasti hari-hari subur
dengan kaedah kalendar. Ah..ini semua orang dah tahu. tapi adakah anda
benar-benar faham kaedah ini? Tanpa pemahaman yang betul, ia bukan
dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan, tetapi merendahkan lagi
pelang anda untuk hamil. Tapi, kami ada formula kami sendiri. Melalui
formula ini, salah faham tersebut dapat dielakkan.
Kaedah
2: Kaedah BBT. Kebanyakan anda baru
dapat tahu teknik ini melalui ebook percuma kami. Kami sudah terangkan
langkah demi langkah.
Kaedah
3: Pada hari-hari subur, terdapat
sejenis cecair yang dirembeskan dari faraj. Kami tunjukkan langkah demi
langkah secara praktikal bagaimana untuk mengenalpasti cecair ini.
Kaedah
4: Hanya masukkan jari ke faraj dah
boleh tahu bila hari-hari subur. Bagaimana tu? Ia perlu dilakukan
dengan teliti. Apa yang perlu diperhatikan? Bila? Kami jelaskan dengan
terperinci secara praktikal.
Kaedah
4: Tahukah anda, dari air kencing
juga kita boleh dapatkan petunjuk hari-hari subur?
Kaedah
5: Bagaimana mengenalpasti tahap
kesuburan dari air liur. Air liur? Ini kaedah dapat dari bomoh ke?
Oh..tidak. Ini adalah satu penemuan saintifik yang terkini.
Kaedah
6: Orang Jerman memanggilnya
sebagai Middle Pain.
Kaedah
7: Tanda ovulasi juga boleh dikesan
dari payudara? Bagaimana tu?
Banyak
lagi....
Strategi
2:Kaedah Pemakanan
Pemakanan
Yang Baik Untuk Kesuburan
Pemakanan
Seimbang
4
jenis vitamin yang baik untuk kesuburan.
Tetapi ada salah satu satu jenis vitamin dengan cara pengambilan yang
salah, ia memberikan kesan sebaliknya.
Ais
krim untuk kesuburan. Satu kejutan terhadap pakar pemakanan seluruh
dunia, hasil kajian dari Universiti Harvard.
3
jenis vitamin untuk kesuburan lelaki.
Juga akan memberikan kesan yang tidak baik tanpa pengambilan yang betul.
Vitamin
E, baik untuk kesuburan lelaki dan wanita. Tetapi ada banyak jenis
vitamin E di pasaran. Yang paling berkesan adalah dari sumber X. Macam
mana nak kenalpasti? Kami jelaskan dengan terperinci.
Dah
baca report Ubat Batuk Untuk
Kesuburan? Anda sudah dijelaskan bagaimana ia dapat meningkatkan
kualiti mukus serviks yang penting untuk pergerakan sperma ke arah
ovum. Oh..ia bukannya dari kaedah cuba jaya dan ia bukan mitos seperti
yang didakwa oleh sesetengah orang. Report tersebut berdasarkan Kajian
dari jurnal 'Fertility dan Sterility'. Kami sudah buat penerangan
dengan jelas ubat batuk jenis yang macam mana. AWAS! Bukan ubat batuk
biasa. Tapi persoalannya, berani ke nak cuba? Kami sendiripun
tak berani cuba walaupun ada kajian terhadap keberkesanannya. Kami
dedahkan 6 cara lain yang lebih selamat untuk meningkatkan kualiti
mukus serviks. Ia terdiri dari 3 vitamin, 1 herba, 1 minuman, 1 produk
Susu
Anmum untuk ibu hamil sahaja? Oh..tidak. Mereka yang dalam cubaan untuk
hamil juga digalakkan meminumnya. Kenapa? Ia juga dibincangkan.
30%
dari masalah kesuburan berpunca dari pihak lelaki. Rawatan bagi lelaki
agak terhad berbanding wanita. Salah satu jalan keluar bagi masalah ini
adalah kaedah IUI dan ICSI yang melibatkan kos yang tinggi. Yang paling
susah adalah untuk memujuk pihak lelaki membuat diagnosis dan rawatan.
Apa kata cuba kaedah pemakanan. Kami dedahkan 3 jenis vitamin, 2 unsur
dan 4 jenis herba untuk kesuburan lelaki. Semuanya boleh didapati dari
farmasi, juga kami nyatakan sumber2 semulajadi bahan-bahan tersebut.
Pemakanan
Yang
Tidak
Baik Untuk Kesuburan
2
jenis minuman yang popular di kalangan rakyat malaysia...
Sejenis
kacang...
Sejenis
buah-buahan tempatan...
Sejenis
ikan...
2
benda manis yang beri kesan kepada kesuburan...
Sejenis
perisa makanan popular...
Strategi
3:Faktor2 Berkaitan Hubungan Kelamin
Pemilihan
posisi memainkan peranan
penting. Berdasarkan anatomi sistem pembiakan manusia. Kami dapati
terdapat satu teknik masyarakat melayu yang bertepatan dengan anatomi
sistem pembiakan manusia. Pernah dengar posisi tok janggut? Posisi
macam mana tu?
Kesan
kekerapan hubungan kelamin
terhadap kesuburan sentiasa menjadi perdebatan. Ada yang kata lebih
kerap adalah lebih baik sebab lebih banyak peluang. Ada yang kata kena
jarang-jarang supaya kepekatan air mani lebih tinggi. Yang mana satu?
Kami ada penyelesaiannya. Salah satu di atas adalah betul. Kami
bincangkan secara terperinci berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan
oleh NCCWCH(National
Collaborating Centre for Women's Children's Health)
pada tahun 2004.
Suatu
lagi
perdebatan.
Seks ketika ovulasi atau seks sebelum ovulasi? Kami juga ada jawapannya.
Elakkan
beberapa tabiat ini ketika hubungan kelamin....
Cecair
pelincir boleh membunuh sperma? Cecair yang macam mana?
Elakkan
'douching'? Apa tu?
6
perkara perlu dielakkan setelah hubungan
kelamin.
Faktor-faktor
Lain yang Biasanya Kita Ambil Ringan
Umur
- 7 langkah untuk mengurangkan risiko umur terhadap
kesuburan/kehamilan. Langkah-langkah ini dicadangkan oleh ACOG (American
College of Obstetricians Gyncologists)
Obesiti
- menjejaskan kesuburan, juga
mengganggu proses rawatan kesuburan. Terlalu kurus pun menjejaskan
kesuburan. Adakah wanita obes sahaja terlibat? Oh.tidak. Lelaki obes
pun sama. Bagaimana mengatasinya?
Rokok....ini
tak payah ceritalah. Tidak ada satupun kebaikan padanya, lebih-lebih
lagi terhadap kesuburan.
Kesan
alkohol terhadap kesuburan.
Berdasarkan laporan dari NCCWCH pada tahun 2004.
Stress
dan kesuburan.
Penyakit-penyakit
Ketidaksuburan
9 penyakit
dibincangkan dengan terperinci. Adakah Ini punca anda sukar hamil?
Bagaimana mengenali simtom-simtom penyakit-penyakit ini. Di mana boleh
dijalankan diagnosis dan kaedah-kaedah rawatan yang ditawarkan?
Semuanya dibincangkan satu per satu.
Ketidaksuburan
Lelaki
Isteri
perlu berikan
suami baca tentang ini. 30% masalah kesuburan disumbangkan oleh lelaki.
Kenalpasti puncanya, cara diagnosis dan bentuk rawatan yang ada.
Dibincangkan dengan mendalam sebanyak 9 mukasurat
Ketidaksuburan
Sekunder
Ketidaksuburan
Sekunder bermaksud ketidakupayaan untuk hamil setelah berjaya megandung
seorang atau lebih anak. Golongan ini terperangkap dalam dua dunia,
subur dan tidak subur. Seringkali tidak mendapat simpati seperti mana
golongan Ketidaksuburan Primer. Jadi bagaimana penyelesaiannya bagi
golongan ini.
Baca satu
laporan khas
dari HFEA tentang punca-punca ketidaksuburan sekunder. Apa yang perlu
dilakukan? Anda perlu bertindak segera.
Tanda-tanda
Mengandung
Ini adalah
sebagai
persediaan. Penting..sebab peringkat awal kehamilan paling kritikal.
Langkah berjaga-jaga. 15 cara kami dedahkan. banyaknya...yang biasa
kita tahu ialah UPT. Ya, kami dedahkan 14 cara lain selain dari stik
ujian kehamilan. Cara-cara ini tidak perlu keluarkan sebarang kos.
Memang
lengkap bukan?
Intro pun sudah
detail, apa lagi ebooknya. Cukuplah intro tentang ebook ni! Nak baca
ebook ini sekarang?
>>Klik
Di Bawah Jika Anda Ingin Mendapatkan Ebook Ini Sekarang!<<

 |
|
"rupa-rupanya
masih banyak perkara yang saya belum tahu"
Dah
bertahun-tahun saya aktif berforum dan macam-macam maklumat saya
dapat dari forum-forum berkenaan kesuburan dan kewanitaan. Sebelum ini
saya sangka sudah banyak yang saya tahu hasil dari pembacaan saya dalam
beberapa forum tersebut, tetapi bila baca ebook ini, baru saya
sedar
rupa-rupanya masih banyak perkara yang saya tidak tahu.
Penulis telah mendedahkan
perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah kita dengar
dan ianya dilengkapi dengan
sumber-sumber dari mana ia didapati.
Apa yang didedahkan dalam ebook ini bukan
setakat maklumat, tetapi isi kandungannya adalah sangat praktikal.
Sebahagian kaedah yang dicadangkan diterangkan langkah demi langkah
secara terperinci. Ia sangat
updated dan terkini. Lebih 200 m/s,
letih jugak kalau nak dihabiskan dalam 1 hari!
Pn. Ezza
Ahli Forum
HamidArshat.com
|
|
 |
Belum
habis lagi. Ada lagi
ni..
Suatu hakikat
yang
perlu kita terima, kadang-kadang sains gagal menyelesaikan masalah
kita. Tetapi kita ada alternatif lain.
Koleksi
Petua-petua Terpilih.
Ditulis oleh
seorang
pakar petua, Mr S. Siapakah dia? Beliau ada blog sendiri. Beliau suka
mengumpul pelbagai petua-petua masyarakat melayu. Kami telah meminta
beliau membuat satu penulisan khas tentang petua-petua untuk kesuburan
dan petua dapat anak. Kita serah pada yang pakar.
petua hubungan
kelamin
petua
madu
petua
tauge
durian
belanda
pakaian
pemakanan
senaman
dan aktiviti fizikal
Yang
Paling Menarik, Teknik Senaman
Kesuburan. (Mr S ni juga ahli silat)
Kembali Kepada
Yang Maha Pencipta. Himpuan Amalan dan Doa Khusus Untuk Dapat Zuriat
Adalah suatu
yang
sangat menghairankan jika seseorang yang belum dikurniakan zuriat,
telah melakukan pelbagai ikhtiar dan mengeluarkan sejumlah kos yang
besar untuk mendapat rawatan, tetapi lupa untuk memohon kepada Yang
Maha Pencipta. Bahagian ini kami dapat dari pelbagai sumber yang sahih.
Kami yakin tidak pernah ada satu penulisan yang pernah dilakukan untuk
mengumpulkan amalan-amalan dan doa-doa khusus untuk dapat zuriat.
Ia adalah hasil
pengumpulan dari sumber-sumber berikut..
Kitab
Al-azkar, Imam Nawawi
Kitab
A'maale Qur'aani, Maulana Asraf Ali
Thanwi Rah.
Ustaz
Haji Zahazan Mohamed
Ustazah
Siti Nor Bahiyah
H
Furqan Ahmas Ansari
Dan
satu kisah benar yang sangat menarik bagaimana seorang rakyat Malaysia
yang gagal mendapat zuriat selama 7 tahun, setelah meminta nasihat dari
seorang ulama dari luar negara bernama Maulana Syed Ahmad Khan Rah. dan
mencuba satu amalan yang diberikan, alhamdulillah berhasil. Setelah
kami kaji, rupa-rupanya ia adalah satu amalan yang diajarkan oleh satu
Ulama Sufi terkenal iaitu Hazrat Hassan Basri Rah.
 |
|
"saya
ambil masa berhari-hari untuk membacanya"
Wah panjangnya buku ni
..berhari-hari saya membacanya.Tahniah sebab memang kandungan
buku ni sangat lengkap. Sudah
pasti kerana ia di tulis oleh seorang yang berpengetahuan mendalam
tentang perkara ini.
Pada pendapat saya ia
memang sesuai untuk dibuat
rujukan bagi pasangan yang masih
cuba untuk mendapatkan zuriat. Bagus juga buku ni ada sebab saya juga
sering dapat email bertanyakan bagaimana cara nak dapatkan cahaya mata.
Susah saya nak jawab sebab bukan bidang saya

Pn.
Rahimah
www.MySetBersalin.com
|
|
 |
Tidak
Ada Satu
'Peluru Ajaib' Bagi Semua Masalah Kesuburan
Secara
jujurnya kami
mengatakan bahawa sekali-kali kami tidak dapat memberi sebarang jaminan
bahawa dengan membeli ebook ini, pasti anda akan mendapatkan cahayamata
yang diidamkan. Maafkan kami kerana mengecewakan anda yang telah
membaca hingga ke bahagian ini dengan penuh harapan.
Tetapi anda
perlu tahu
bahawa tidak pernah ada satu 'Peluru Ajaib' yang mampu dan berkesan
mengatasi segala masalah-masalah kesuburan dan kesukaran mendapat
zuriat. Apa yang mungkin berhasil bagi seseorang, tidak semestinya
memberikan hasil yang sama terhadap individu lain. Ada yang bernasib
baik dengan mencuba satu atau dua kaedah sahaja sudah berjaya hamil.
Anda perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa anda mungkin terpaksa
mencuba berbagai cara, dalam tempoh yang lama dan kos yang tinggi
sebelum dikurniakan zuriat.
Apa yang kami
dapat
bantu anda adalah dengan memberikan satu panduan yang terdiri dari
pelbagai pilihan strategi dan ikhtiar yang boleh dilakukan untuk
menimang cahayamata dalam masa yang seminima yang mungkin. Kami dah
cuba yang terbaik bagi menghasilkan satu panduan lengkap untuk anda.
Mudah-mudahan salah satu dari panduan tersebut akan membuahkan hasil
bagi anda.
Jika ada
mana-mana
produk atau panduan yang mendakwa kaedah mereka begitu berkesan dan
dapat memberi jaminan bahawa ia dijamin berkesan untuk mendapat zuriat,
kami rasa bahawa anda sendiri dapat menghidu apa yang tersirat
disebaliknya.
 |
|
"Inilah
yang dinanti-nantikan selama ini!"
Setelah sekian lama berbagai persoalan-persoalan yang setiap hari
dikemukan dalam forum www.mengandung.com
berkenaan dengan kesuburan dan kesukaran hamil, akhirnya muncul juga satu
rujukan lengkap yang memang sangat berguna
dan boleh dikatakan mampu
menjawab segala persoalan-persoalan
mereka yang menghadapi masalah
sukar dapat zuriat. Jika
difikirkan, mujurlah ia bukan dihasilkan oleh pakar perubatan kerana bahasa
yang digunakan tidak terlalu 'medical' dan boleh difahami oleh orang
biasa macam kita.

Pn.
Miey Ahmad
www.Mengandung.com
|
|
 |
Jadi
Berapakah
Harga Yang Kami Tawarkan Kepada Anda?
Sebelum
kami meletakkan
harga,
sememangnya kami tak kisah tentang kos-kos yang kami terpaksa
belanjakan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan kos-kos sampingan
yang lain. Tetapi ada satu perkara yang paling mahal yang terpaksa kami
tanggung dalam membuat kajian dan penulisan ini, iaitu...
>>>Masa-masa
emas kami dengan ANAK-ANAK<<<
yang terpaksa
dikorbankan ketika
membuat kajian dan penulisan
Maka
Kami Tawarkan Anda Dengan Harga...
RM
50
sahaja
Harga di atas hanya
sah buat masa ini
sahaja. Harganya akan dinaikkan sejurus setelah kami menerbitkan versi
'update' yang lebih bermaklumat. Jika anda dapatkan ebook ini sekarang,
anda akan dapat secara percuma
setiap kali versi update dikeluarkan.

Bukan
Itu Sahaja, Anda Juga Akan Dapat BONUS-BONUS Berikut...

|
BONUS #1
PERISIAN
PREGGIE
Perisian
Mengesan Hari-hari Subur
Full
Version
|

|
BONUS #2
INFERTILITY
THE
HFEA GUIDE
Satu Panduan Kesuburan
Yang Diterbitkan Oleh HFEA
|

|
BONUS #3
GUYS
GUIDE TO THE DELIVERY ROOM
Panduan Bagi Para
Suami Ketika Di Bilik Bersalin. Percayalah..Jarang-jarang Ada Suami
Yang Tahu Perkara Ini
|

|
BONUS #4
PREGNANCY
GUIDE
Panduan Persediaan
Sebelum Bergelar Ibu
|

|
BONUS #5
PREGNANCY
NUTRITION
Panduan Pemakanan
Sihat Untuk Ibu Mengandung
|
 |
BONUS #6
EXERCISE
WITHOUT EFFORT
Langkah Demi Langkah
Senaman Kesihatan
|

|
BONUS #7
WEIGHT
LOSS PREMIER REPORT
Panduan Untuk
Mengurangkan Berat Badan Dengan Berkesan
|

|
BONUS #8
101
BEAUTY TIPS
101 Tips-tips
Kecantikan Wanita. Petua-petua Kecantikan Dari Dunia Barat
|

|
BONUS #9
4
IN 1
EBOOK COLLECTION
1) 101 Cara
Mengurangkan Stress
2) Teknik-teknik Mudah
Menangani Stress
3) Persediaan Dunia
Keibubapaan
4) Panduan Praktikal
Berhenti Merokok
|

|
BONUS #10
CARTA
BBT MUDAHHAMIL.COM
Carta
BBT Yang Kemas Dalam Bahasa
Melayu Dari www.MudahHamil.com
|
1 ebook
yang lengkap + 10 bonus-bonus
hebat..hanya ditawarkan dengan harga
RM 49.
Anda
masih berfikir lagi?...
Bagi
1 sesi
konsultasi doktor selama 5-10 minit, anda mungkin dikenakan kos yang
sama. Tetapi, dapatkah doktor menerangkan semua ini kepada anda dalam
masa 5-10 minit. Tak mungkin mereka sedia berikan masa yang lebih untuk
menjelaskan kepada anda. Jadi, dengan membuat rujukan pada ebook ini
terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor adalah suatu tindakan yang
bijak. Sekurang-kurangnya anda tidak akan terlopong dengan
istilah-istilah yang akan digunakan oleh doktor semasa sesi konsultasi
dan rawatan.
 |
|
"bahan
rujukan yang sangat lengkap"
Ketika Abu Jarir hantar email yang bertajuk 'Satu Kejutan', saya
tertanya-tanya apa yang dimaksudkannya. Rupa-rupanya beliau menghantar
Review Copy Ebook Rahsia Mudah Hamil. Tetapi bila saya baca, saya tak
terkejutpun, sebab memang saya sudah tahu bakat penulisannya ketika
sama-sama di menara gading dulu. Saya tidak lupa bagaimana pensyarah
kami pernah memuji tesis beliau dengan berkata, 'Literature Review Yang
Sungguh Lengkap'. Final Year Project tersebut telah dapat keputusan A.
Berdasarkan
senarai rujukan yang dinyatakan, saya dapat membayangkan kerja keras
yang telah dilakukan oleh beliau untuk mencari dan mengumpul
maklumat-maklumat tersebut dan mengolah kembali fakta-fakta dan
panduan-panduannya ke bahasa yang mudah difahami sehingga menjadi suatu
bahan yang sangat lengkap untuk rujukan .
Percayalah, anda tidak perlu
mencari sumber rujukan lain lagi untuk
mendapatkan ilmu-ilmu asas tentang kesuburan.
MSc
Genetics
Institute
of Medical
Research(IMR)
|
|
 |
 |
|
"jauh
lebih baik dari ebook yang pernah saya baca"
Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan ebook yang saya rasa
amat baik sekali khasnya kepada pasangan yang inginkan zuriat. Ebook
ini berjaya menggabungkan tip-tip penting, rawatan yang perlu, petua
yang boleh dipraktikkan serta doa-doa yang mesti diamalkan untuk
mendapatkan zuriat.
Ia bukan hanya sesuai untuk pasangan yang sudah lama berkahwin, tetapi
juga kepada mereka yang baru berkahwin tetapi masih belum dikurniakan
cahaya mata. Yang merancang
untuk kahwin pun patut memilikinya.
Siapa tahu, InsyaAllah hasil bacaan anda dari ebook ini anda berjaya
mendapat cahaya mata yang telah lama anda tunggu.
Apa yang menarik ebook ini ialah ia menggabungkan 2 penulis pasangan
suami isteri yang berkelulusan Ijazah dalam bidang Genetik dan Sains
Pemakanan. Sudah tentu
kandungannya amat baik dan jauh lebih baik dari ebook yang pernah saya
baca sebelum ini. Lagi pun, ia
ditulis dengan bahasa yang simple, praktikal dan mudah untuk difahami.
Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan ebook ini! Kepada mereka yang ada
masalah sukar dapat zuriat, inilah masanya untuk mencuba, mudah-mudahan
berhasil
InsyaAllah.

Meor
Shukri
http://www.nikahkahwin.com
|
|
 |

Masih
belum buat keputusan untuk
mendapatkannya?
Ragu-ragu
jika isi kandungannya tidak
seperti yang diharapkan?
KEPUASAN TERJAMIN 100%


Dengan Pembelian ebook
“Rahsia Mudah Hamil” SEKARANG,
"Pesanan Anda Dilindungi Oleh Jaminan Wang Balik 30 Hari Dari Pihak JomNiaga.com”
|

Yang
Ikhlas


p.s:
Jika selama ini anda hanya mengharap agar suatu hari nanti anda
dikurniakan zuriat, maka sudah tiba masanya untuk anda bekalkan diri
dengan ilmu-ilmu tentang kesuburan agar suatu ikhtiar yang terancang
dapat dilakukan dengan harapan ia dapat membuahkan hasil.
p.p.s: Ilmu adalah
pelita. Maka
laluilah ujian yang berat ini dengan pelita ilmu agar setiap gerak
langkah anda lebih bermakna. Jangan meredah dalam kegelapan dengan
harapan anda bertemu dengan sebutir intan di padang yang luas.
===========================================================================
Nota: Rahsia
Mudah Hamil adalah dalam bentuk
ebook, bukannya buku fizikal. Ia hanya boleh didownload melalui satu
download page yang akan diberikan melalui email selepas pembayaran
dibuat. Bonus-bonus yang ditawarkan juga dalam bentuk elektronik
download. Tidak ada sebarang penghantaran yang akan dilakukan. Ebook
ini adalah dalam format PDF. Ia boleh dibaca melalui komputer. Jika
anda ingin membacanya dengan cara biasa, anda perlu print terlebih
dahulu.
Hubungi
Kami | Penafian
| Soalan
Lazim | Blog
Aliah Sarah Enterprise
001985339-K
No. i 6, Kompleks Pasar Datuk Keramat,
Kg. Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur.
Tel: 013-8742100
©Hakcipta
Terpelihara
|