23
Mar
Post Pertama: Tarikh yang cukup bermakna
Mar

Salam kepada semua pembaca blog.
Hari ini tanggal 22.3.2009 adalah hari kelahiran blog ini.
Ia sengaja dirancang sedemikian kerana ia juga adalah bersempena dengan hari ulangtahun ketiga cahayamata pertama kami Aisyah Sofiyyah Binti Hariri. Gambar di atas adalah gambar yang dirakam beberapa saat, sejurus selepas lahirnya Aisyah. Saat ini adalah sangat indah dan sangat bermakna bagi kami. Kami doakan insyaallah suatu hari nanti anda juga akan mengalami saat-saat indah yang sama. Dari semasa ke semasa, teruskan bersama blog ini. Semoga kandungan dalam blog ini akan dijadikan panduan dan diambil manafaat daripadanya.


saye pun xsbr nak tempoh saat2 macam2.da 7bulan usia perkahwinan kami tapi stay belum ade rezeki lagi.setiap ari saya rase idup saye dlm tekanan di tambah lagi apabila berjauhan dgan suami.ade saje org yg akan menanyakan saye ble nak dpt baby.saye dlm keadaan tertekan.tolong la fahami saya
[Reply]
Pn syura, Kami pun begitu dulu. Ada yang terus tanya ‘anak mana’? Puan kena bersabar. 7 bulan tu belum lama betul lagi berbanding dengan orang lain yang bertahun-tahun menunggu. Lagipun puan jarang bersama suami seba berjauhan kan? So, mungkin itulah puncanya. Caranya adalah, puan kena mahir mengenalpasti bilakah hari-hari subur supaya puan atau suami dapat merancang tarikh cuti yang sesuai supaya dapat bersama.
[Reply]
mungkin Allah sdg menguji kami.masalah saye adalh kitaran haid saye tidak menentu.mungkin dlm mase yg terdekat ini saye akan berjmp dgn doctor.terima kasih diatas segala pndgn anda berdua
[Reply]
9 tahun 4 bulan menanti masa untuk mendapat zuriat. Pelbagai usaha dilakukan samada secara moden atau tradisional tapi masih tak berjaya. Allah menguji kami suami isteri. Namun kami masih meneruskan usaha kami. Semoga Allah memberkati kami, Insya Allah.
[Reply]
admin Reply:
May 27th, 2009 at 5:55 pm
Pn. Shamila, Kakak ipar saya (kakak kepada ummu aisyah) 7 tahun berusaha, doktor kata dua-dua tidak ada masalah, kemudian dianugerahkan anak kembar. Kita tidak tahu sebenarnya apa rahsia dan hikmah disebaliknya. Jangan sesekali putus harapan dengan Allah swt lebih-lebih lagi jangan sesekali bersangka buruk dengannya.
Pn Shamila rujuk email ya..
[Reply]
Saya dan suami pun masih teruskan usaha kami, 6 jun ni ulang tahun ke 11, Muga-muga Allah beri kami rezeki
[Reply]
admin Reply:
May 29th, 2009 at 8:11 am
Tidak ramai orang yang mempunyai ketabahan seperti puan.
[Reply]
sya..dah 2 tahun kawin..pda 06.06.2009 nie…rsa tension fikir..lbh2 lg..belum dikurnia chaya mata..macm2 sya usaha..tp tk bhasil..nk blk kg..kena fikir 2, 3 x krna..sedara mara..selalu btanya bila nak dpt babay..bantulh sya..
[Reply]
admin Reply:
June 5th, 2009 at 5:02 am
pn ieyta, apa yang dimaksudkan macam-macam usaha? Adakah doktor dapat mengesan apa-apa masalah berkenaan dnegan kesuburan pada kedua-dua belah pihak?
[Reply]
salam ieyta, dah beli ebook Rahsia Mudah Hamil? saya dah beli, macam-macam ilmu saya dapat. saya ikuti apa yang ditulis dan oleh admin dalam ebook tu dan mengamalkannya.Harap2 usaha kami akan berhasil, InsyaAllah.
[Reply]
salam..sye jgk sbg wanita rse sgt sdh bl saudara mara dn shbt2 bertanya,spt mrk x fhm2 situasi sye..sye jgk pny inginkn zuriat tp rzki sye blm tiba lg..pernah pd 10 july sye wt ujian kehamilan sdri di rmh yg menunjukkn kehadiran garisan merah yg tersgt2 samar,oleh krn x psti sye wt skli lg keesokan hr tp hasilnye negatif,sye ke klinik jgk masih negatif..sye x faham knp prlu sye diberi harapan tp dikcwkn..skg sye x psti lg situasi sye dan rse sgt hampa dan sedih..hrp2 ade hrpn lg utk sye krn kenangan mdpt double line samar2 2 snt bermain dlm ingtn,seolah2 btl tp sye pn xtaw knp sbnrnye..
[Reply]
2 thn lbh kami tggu untuk bgelar ibu dan ayah. namun blom jugak ada rezeki kami untuk menimang anak. kami harap dengan info yg anda berdua sumbangkn dpt mbantu kami mncapai impian kami untuk menimang cahaya mata…insya’allah….
[Reply]
salam, kat mana boleh saya beli buku rahsia mudah hamil tu? saya nak sangat beli buku tu ,mudah2an boleh bantu saya hamil, hampir 3 tahun saya tunggu saat2 untuk hamil tapi masih hampa…saya pun sama macam ieyta,rasa malas nak balik kg suami atau berjumpa dgn saudara belah suami,nnt ada je yg bertanya bile nak ada baby ni tunggu aper lagi, saya tak pernah merancang pun tapi blom ada razeki,kadang2 tu sampaikan saya menangis hingga sakit kepala dgn kata2 sadara belah suami,mentang2lah kita ni anak yatim piatu ikut suka hati mereka je nak cakap,pedih betul hati saya,tp alhamdulilah juga kerana suami saya memahami saya.
[Reply]
admin Reply:
August 4th, 2009 at 10:53 am
Salam Zairani. Untuk makluman puan, Rahsia Mudah Hamil adalah dalam bentuk EBOOK, bukannya buku fizikal biasa. Jika puan pernah download dan baca ebook percuma kami iaitu
Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’, maka begitulah konsep ebook, iaitu untuk dibaca di komputer. Saya benar2 meminta maaf jika puan tidak selesa dengan konsep ebook ni kerana inilah konsep terkini dalam bidang penulisan. Ia adalah untuk mengelakkan kerenah dalam bidang penerbitan buku yang agak rumit. MUngkn ia akan mengambil masa yang lama untuk diterbitkan.
Tentang cakap-cakap orang tu, memang puan tidak keseorangan. Semua orang menghadapi masalah yang sama, menghadapi golongan yang bermulut laser. Mungkin puan boleh rujuk ke mana-mana laman motivasi tetnang tips bagaimana untuk hadapi golongan seperti ini.
[Reply]
salam..sye ingin bertanya,adakh benar sekiranya tukang urut mengatakn sye sdg hamil?soalnya sblm ni hasil test adakalanya negatif,adakalanya positif..pd mulanya sye pg utk btlkn kddkn rahim sye..mulanya dia kata tiada tp stlh 2x peranakn sye dbtlkn dia kata sye sdh hamil cm kandungan krg kuat n sblm ni dia xdpt kesan krn peranakn sye jth n beralih ke kanan,jd kddkn bby jgk di sblh kanan..tlgla,sye perlukn pdpt sume sb tak lama lg hr rya akn tiba..dh tntu sedara mara akn tny mcm2..mcm2 soaln n komen2 negatif sye akn dgr trmsk yg ckp sye ni mcm saje rancang kluarga..sye sdh sgt tp mrk yg asyk mgata 2 xprnh fkr sye dh usaha mcm2 utk dptkn zuriat tp bkn nk elakkn utk dpt zuriat..
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
November 12th, 2009 at 12:07 am
Saya syorkan agar puan dapatkan khidmat nasihat pakar sakit puan untuk kenalpasti apakah punca-punca sebenar kesukaran hamil.
[Reply]
Untuk mengesahkan kehamilan, UPT aadalah kaedah yang paling tepat. Kaedah tukang urut ni saya no komen. Walaubagaimanapun, UPT ni kadang-kadang tak tepat terutamanya jika ia dilakukan terlalu awal. Ujian boleh mula dijalankan seawal 10 hari selepas ovulasi. Jika ujian dijalankan lebih awal, ada kemungkinan stik ujian tidak dapat mengesan aras HCG dalam air kencing, so nampak 1 bar je.
Selain itu, faktor2 lain yang mempengaruhi ketepatan ujian UPT adalah seperti tersalah kira tarikh period dan air kencing cair. Sebaik-baiknya ujian dijalankan pada awal pagi kerana air kencing diawal pagi adalah lebih pekat berbanding diwaktu-waktu yang lain.
[Reply]
slm…sy ingin mengucapkan terima kasih di atas info2 yang telah anda berdua salurkan kpd sy. wlaupun sy tidak sempat mempraktikkan ilmu yg diberikan, sy cukup menghargainya. alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, sekarang sy telah hamil. insya-Allah, sy akan menjadi seorg ibu tahun depan. sekali lagi sy mengucapkan berbyk2 terima kasih kepada anda berdua. semoga Allah merahmati anda berdua….
[Reply]
admin Reply:
August 24th, 2009 at 9:37 am
Tahniah atas berita gembira ini. Walaupun puan telah berjaya hamil, harap teruskan bersama kami di mudahhamil.com. Kami perlukan sokongan dari puan dan rakan-rakan yang lain. Walaupun kami jarang update blog ini disebabkan kesibukan dengan urusan
seharian. Tapi kami benar-benar berazam untuk lebih aktif lagi menyediakan maklumat2 berguna untuk tatapan pengunjung-pengunjung blog. Kami ada banyak bahan, cuma masa menjadi kekangan.
Puan Yannie, harap dapat email kami ke admin@mudahhamil.com. Kami ada sedikit hadiah..
[Reply]
tuan n puan
sudah hampir 2 thn mencuba pelbagai jenis perubatan ttp sy still lg x prgnant
kadang2 sya trtekan kerana sya n suami amt inginkan baby.ape yg perlu sya lakukan.tlg lah sya.perubatan moden n tradisional sume sy cuba tp still x berjaya.kami suami istri dah wat pemeriksaan doktor kata kami berdua tiada masalah.tolong lah kami.sya juga pernag keguguran 2x selepas keguguran ke 2 sya tdk lg ada tnda2 prgnant smpi ke hari ini
[Reply]
Assalammualaikum…saya berkahwin dh 6 tahun lebih. Masih belum ada tanda-tanda untuk menimang cahayamata. Saya pernah buat rawatan IUI sebanyak 4 kali di hospital kerajaan dan sekali di klinik swasta. tapi masih belum ada rezeki lagi. Doktor cadangkan kami buat rawatan IVF tapi peluang untuk mengandung jugak tipis. saya belum bersedia sebab takut kecewa lagi. Sehingga kini kami masih berusaha lagi. Harap kawan2 semua jangan cepat putus asa kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita hambaNya.Pedulikan kata-kata orang. Yang penting bahagiakan diri sendiri n hsbnd. Semoga Ebook rahsia mudah hamil ini memberi panduan kepada kita semua..InsyaAllah..Terima kasih kepada penulis yang memberi panduan yang amat berguna ini
[Reply]
saya telah berkahwin hampir 2 tahun..namun belum dikurniakan zuriat. selama 1 tahun saya dan suami duduk berjauhan kerana faktor kerja. selepas itu saya dapat bertukar dekat dgn suami. namun masih belum ada hasil..kadang2 saya berasa tertekan kerana kawan2 lain yang kawin lewat, sudah mempunyai anak. tolong saya …
[Reply]
Saya ieza, dah hampir 5 tahun berkahwin…tapi masih belum dikurniakan zuriat…dah 2kali gugur, tapi sampai skrg belum ade tanda2…nak hamil…dah banyak ujian dilakukan …sampaikan HSG..period regular..doktr kate takde masalah…cuma takda rezeki katanya…baru2 ni ada jugak urut ngan mak bidan…dia kata mcm dah berisi..tapi smlm buat ujian darah bagi HCG result -ve…kadang2 tension jugak…tapi buat2 sibuk je ngan keje dan sambung belajar….balik..nak lupakan masalah seketika…tapi alhamdulillah suami sentiasa memberi support sepenuhnya….munkin kat sini bolah berkongsi pengalaman ngan yg lain…
[Reply]
Assalamualaikum,
Nampaknya ramai yang menanti tarikh & saat yg penuh bermakna untuk bergelar ibu @ ummi dan yang pasti kita tak keseorangan. Saya juga dah menanti 7 tahun namun msh blm ada rezeki hingga kini. Kami suami isteri disahkan normal & tiada masalah cuma blm rezeki lagi. Kadang kala rasa tertekan dgn diri sendiri & tekanan dr luar tapi mujur suami dan keluarga memahami dan kita kene terus berusaha. Jika dulu kekangan kewangan membatasi peluang kami untuk buat rawatan kini, saya diuji lagi, saya perlu duduk berjauhan dengan suami kerana faktor kerja.. satu lagi ujian dr Allah.Saya setuju dgn alya natasya…ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita hambaNya… pasti ada hikmah disebalik ketentuannya. Seronok lihat kwn2 mengandung, melahirkan dan membesarkan anak .. mudah-mudahan saya & rakan2 lain juga akan dpt melalui saat-saat sebegitu kelak..insya-Allah.
[Reply]
salam ieza, saya pun spr puan jg. blan depn genap 4 tahun berkahwin.masih belum ada zuriat. tension hanya orang tepilih seperti kita yang tahu. sama2lah kita berdoa. cuti sekolah ni saya baru nak baca ebook mudah hamil ni.dan akan cuba praktikan.
[Reply]
ermm…aper nk komen yer!kerana sy juga mengalami situasi begini..hmpir 2 tahun kawen tp maseh belum ader rezki.suami banyak memberi dorongan dan takmahu timbulkan isu sensitif ini lagilah bersoal cerita pasal baby.namun jauh disudut hati sy tahu dier terlalu menginginkannya …tapi demi menjaga ati dan perasaan sy dier buat2 mcm tak kisah…sedih pilu bagai diragut2 kerana tersa sy tak mampu membahagiakan suami.namun sy redha mgkin ini ujian allah kepada kita supaya kita lebih tabah n kuat kepada Nya.
siti…stuasi kita sama k.sama2 dok berjauhan but sykurlah awak dah dapat duduk bersama dengan suami..tp sy tak tahulah bila lagi..moga ms tuh kan sampai jua….tkperlah yg penting kita usaha selebihnya kita tawakal kepada allah..kerana dier lagi mengetahui apa yg tersirat disebalik semua ini…
[Reply]
salam.. sy juga seperti anda yg lain, msh d uji untuk bersabar menunggu cahaya mata. dah 3 tahun lebih berkahwin.tp d awal 2 tahun sy msh study. msa mula2 kawin sy penah amik pil perancg tp amik utk sebulan je sbb sy mmg x snggup nk amik benda tu, dlm hati sy mmg nk ada anak. tp suami n keluarga nasihatkn nti dulu dpt baby.. tgu abes bljr. sy n suami selalu berjauhan. Bila sy dah habis blajar kmi berusaha sgguh2 utk dptkn baby, tp still xdpt.. sy ada jmpa dr, katany ok. cuma perlu jga pemakanan je..rahim sy pn ok xda pape ketumbuhn.. xtau la plak kalu ada masalah darah n genetik. period sy pn regular.. tp cpt ckit kitarny dlm 24-26. sy akn cuba praktikkn cra mengesan kesuburn tu, insyaAllah. Sy nasihatkn diri sy n sahabat2 yg lain, jgn putus berdoa pada Allah.. percayalah bila kita kehilangan sesuatu nikmat itu, sebenarnya Allah ingin menggantikannya dgn sesuatu yg lebih baik lg. Msa yg ada berdua ni, sygi n layanlah suami anda mcm baby =)
[Reply]
GEMBIRA…rasanya bila mengetahui wujudnya EBook rahsia mudah hamil dan blog ini
Namun SEDIH… Bila membaca nasib rakan2 yg seangkatan dgn saya kerana saya juga masih belum hamil setelah hampir 4 tahun berkahwin. Saya dan suami tidak mempunyai masalah namun mungkin masanya belum tiba utk kami menimang cahayamata. Saya sedang dalam proses untuk menjalani IUI buat pertama kali. Semoga rakan2 mendoakan yg terbaik buat saya dan kalian juga. Namun saya redho dan berserah kepada Allah kerana saya amat yakin apa yang diaturkan oleh Allah utk kita adalah yang terbaik.
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
November 24th, 2009 at 4:25 pm
Mungkin belum rezeki puan. Yang penting jangan putus asa untuk terus berikhtiar.
[Reply]
Tomorrow is the day… for my very first IUI… resah gelisah, gundah gulana, excited, semua perasaan dah bercampur baur…Doakan yg terbaik buat saya…
[Reply]
Alhamdulillah…semuanye berjalan dengan lancar pg td…
[Reply]
Assalamualaikum,
Secara tidak sengaja saya terview websites mudah hamil ini.Tak sangka rupanya ada blog and websites sebegini yang menjual ebook mudahhamil..tanpa ragu-ragu saya terus membuat pesanan membeli ebook ini selepas membaca sampel percuma dari pihak mudahhamil..and I am waiting for the ebook to arrive in my inbox.
Seperti rakan-rakan yang lain saya juga mengalami nasib yg same.Bulan 12 ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan..Keresahan dan sakitnya perasaan yg dialami amatlah meruntun jiwa walaupun secara zahirnya senyuman dapat diukirkan di hadapan suami, keluarga dan kawan2.
Moga Allah memberi saya dan suami serta kawan-kawan yg lain lebih kekuatan untuk menghadapi dugaan dari yang ESA ini.Saya yakin PERANCANGAN ALLH ITU ADALAH LEBIH BAIK DARI PERANCANGAN DIRI KITA SENDIRI…
Moga kita sama-sama manfaat kan ilmu dari web dan blog ini.Terima kasih.
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
January 3rd, 2010 at 4:57 pm
Terima kasih atas sokongan puan.
Jangan sesekali puan berputus asa, cuba praktikkan isi kandungan ebook tersebut, semoga ianya membuahkan hasil insyaalah.
[Reply]
salam….nmpknya semua yg di tulis di atas amat2 mharapkan utk menjadi mama@mak@ibu@ummi suatu hari nti….begitu juga dgn saya….teringin nk dengar panggilan itu,tp apakan daya blm ada rezeki utk dpt zuriat sendiri.tanggal 21.11.2009 genap 5 thn usia perkahwinan ku….semoga kwn2 semua termasuk sy tabah menghadapi dugaan ini,Allah dh tentukan semuanya sejak azali lg,dan kita adalah di kalangan org2 yg tlh dipilih….perasaan bila di tanya ttg zuriat mmg ada, tp anggap mcm tak ada apa2 dgn soalan itu dan jgn di pikirkan sgt apa org nk kata,krn kita yg tahu yg kita mmg sedang berusaha cuma blm ada rezeki….semoga suatu hari nti kita semua akan dikurniakan zuriat…AMIN…
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
January 3rd, 2010 at 9:00 am
Kehadiran zuriat adalah penyeri kepada rumahtangga yang dibina. Rumahtangga yang belum lagi diserikan dengan zuriat adalah merupakan ujian dari Allah swt. Kesabaran dan doa adalah sangat penting dalam melalui tempoh ini. Manakala mereka yang mempunyai zuriat, tetapi sering menyindir jelas menunjukkan bahawa mereka tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah swt kepada mereka. Adakah mereka menyangka bahawa mereka sendiri yang ‘menghasilkan’ zuriat?
[Reply]
Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Ilahi. IUI pertama yang saya jalani pada 25.11.2010 telah berjaya dgn izin Allah. Skrg saya telah 3 bulan 1/2 mengandung.
Kepada rakan-rakan sekalian.. yang seangkatan dan senasib dengan saya, saya harap anda semua terus bersabar, berdoa dan amalkan sembahyang tahajud suami dan isteri. Sesungguhnya doa itu adalah penawar. Yakin dan sentiasa bersangka baik dgn Allah… InsyaAllah, Allah akan memakbulkannya.
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
February 24th, 2011 at 5:52 pm
Tahniah…
[Reply]
Maaf…bkn 25.11.2010 tapi 25.11.2009…
[Reply]
Salan,
Sy nk bertanya apa fungsi conceive plus ?
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
February 8th, 2011 at 7:16 am
Conceive Plus adalah pelincir yg mesra sperma. Jika puan hadapi masalah ‘kekeringan’ bila bersama suami, boleh gunakan Conceive Plus.
Jika puan gunakan pelincir lain seperti KY Jelly, ia boleh membunuh sperma dan sekaligus menjejaskan kesuburan.
[Reply]
kalu tidak mngalami masalah kekeringan..masih boleh guna conceive plus
ke tujuan untuk meningkatkan tahap pergerakan sperma..
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
February 24th, 2011 at 5:50 pm
Ya, boleh.
Tidak ada masalah dan ia akan membantu lagidalam proses kehamilan
[Reply]