26
May
Ebook Rahsia Mudah Hamil Bakal Dilancarkan
May
Apakah perasaan anda bila keletihan menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh, tetapi bila sudah hampir tiba ke destinasi? Perasaan excited, lega dan macam-macam lagi?
Begitu juga kami, iaitu dari aspek penulisan/penghasilan ebook Rahsia Mudah Hamil seolah-olah menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh. Sekarang proses tersebut sudah sampai ke penghujung. Dalam masa beberapa hari lagi, ia bakal jadi tatapan para pembaca. Kami sendiri seolah-olah tidak percaya bahawa setelah kajian dan penulisan yang mengambil masa lebih dari 3 tahun akhirnya ia bakal dilancarkan pada hari ISNIN, 1 JUN 2009.(Bulan Jun adalah Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa/World Fertility Awareness Month)
Sekarang kami tersangat sibuk baik dari segi teknikal, perancangan pemasaran, final editing dan macam-macam lagi. Sejak seminggu lalu, kami telah kemukakan review copy kepada 8 orang untuk mendapat maklumbalas awal tentang ebook tersebut. Kami menunggu sebarang komen dan pandangan mereka tentang Rahsia Mudah Hamil tetapi tidak ada sebarang reply. Perasaan risau mula timbul kerana kami sangka ebook kami ini tidak berjaya menambat hati mereka. Selama 3 -4 hari kami dalam perasaan gundah gulana sehinggalah kami terima maklumbalas pertama, iaitu dari seorang doktor yang telah memberi maklumbalas yang sangat positif. Berikut petikan dari email beliau…
“TAHNIAH tak terhingga buat Ummu Aisyah & Abu Jarir atas usaha yang telah dilaksanakan. Excellent! Sungguh ianya satu usaha yang amat murni...”
Seterusnya satu demi satu maklumbalas positif yang telah kami terima antaranya ialah:
“Tahniah!!!!!!! coz dah berjaya hasilkan ebook yang betul2 boleh di terima pakai…”
“Wow cayalah..hebat ebook ko! Very informatif”
dan kemudian seorang lagi doktor yang selesai baca dan sedia berikan testimoni ikhlasnya..ia kami paparkan dalam laman web mudahhamil.com.
Dan salah seorang dari mereka yang juga merupakan seorang kawan lama saya(sedang buat pHD in Genetics), oleh kerana terlalu excited membaca hasil tulisan saya, telah menawarkan khidmat percuma untuk membuat Proof Reading. (khidmat anda ini tidak akan disia-siakan..insyaallah)
Akhir sekali, kami sedang dalam proses untuk mengemukakan Ebook ini kepada seorang tokoh. Siapa dia? Biarlah rahsia. Mudah-mudahan beliau sudi meluang sedikit masa untuk membaca sepintas lalu hasil tulisan kami ini.
Kepada semua yang telah diberikan review copy, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Ternyata ia mengembalikan semangat kami untuk menghasilkan yang terbaik.
Kepada subscibers kami sejak dari november 2008, insyaallah kami akan tepati janji tentang tawaran istimewa tersebut. Sila periksa email anda pada 1 jun 2009 ni ya.
Kepada semua pembaca blog dan mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Mudah Hamil, Insyaallah isi kandungannya tidak akan mengecewakan anda.
Kepada mereka yang sudah TERBELI satu ebook tentang Rahsia _ _ _ _ _ _ Hamil yang 2-3 minggu dilancarkan sebelum kami, mudah-mudahan nanti anda boleh bezakan antara intan dan kaca. Kami ada tawaran menarik untuk anda. Tunggu entri seterusnya dari kami.
Akhir sekali, Jangan Lupa : 1 JUN 2009 pelancaran Ebook Rahsia Mudah Hamil.
Sekian..
Abu Jarir & Ummu Aisyah
p/s: kami juga telah redesign ecover ebook dan nampak jauh lebih menarik dan sekaligus menunjukkan kesungguhan kami untuk berikan yang terbaik kepada anda….hmm nak tengok? Kami tunjuk sikit je la. Gambar penuh nanti tunggu 1 jun 2009 ya.




wah… rahsia mudah hamil pun ada. bukan mudah nak hamil… namun ada rahsia mudah hamil yang terbongkar. memang menarik dan tertarik… akan ditunggu dengan penuh minatnya pelancaran ebook tersebut…
[Reply]
admin Reply:
May 27th, 2009 at 11:20 am
Terima kasih atas sokongan.
[Reply]
Tahniah sebab bukan setakat ebook, blog pun dah ada. Nasihat saya , jangan takut persaingan sebab jika produk bagus ia akan tetap dapat sambutan.
Tahniah sekali lagi!
[Reply]
tak sabarnya nak tunggu
[Reply]
Pn rahimah…Terima kasih atas nasihat berguna tersebut.
Untuk makluman anda, puan rahimah adalah salah seorang yang telah kami berikan review copy. Baru je kami dapat email maklumbalas beliau…berikut petikan ulasannya terhadap ebook Rahsia Mudah Hamil
“Wah panjangnya buku ni ..berhari-hari saya membacanya.Tahniah sebab memang kandungan buku ni sangat lengkap.Sudah pasti kerana ia di tulis oleh seorang yang pakar.
Pada pendapat saya ia memang sesuai untuk di buat rujukan bagi pasangan yang masih cuba untuk mendapatkan zuriat. Bagus juga buku ni ada sebab saya juga sering dapat email bertanyakan bagaimana cara nak dapatkan cahaya mata. Susah saya nak jawab sebab bukan bidang saya”
Puan rahimah, Kami akan masukkan kata-kata di atas dalam ruangan testimoni Laman Jualan ebbok kami tu, boleh kan?
[Reply]
Boleh saja tuan admin…good luck ye!
[Reply]
salam,
saya telah pun membeli ebook rahsia mudah hamil. panjang betul… sampai hari ini tak sempat habis baca lagi pun, just review gitu je. Apepun nampak boleh dijadikan panduan untuk kita. InsyaAllah, ini juga salah satu cara untuk kita tahu disebalik kenapa kita lambat hamil.
[Reply]
Kami cuba hasilkan yang terbaik, tetapi hasilnya tetap di tangan yang Maha Pencipta. Banyakkan berdoa. Semoga Allah swt permudahkan.
[Reply]