Posts Tagged ‘mudah hamil’

10
Jul
Kepentingan Mengenalpasti Hari-hari Subur

Dalam suatu kitar haid, hanya ada beberapa hari sahaja dalam sebulan seseorang itu berada dalam keadaan subur dan bersedia untuk hamil. Kebarangkalian untuk hamil hanyalah 25% sahaja. Jika hubungan kelamin dilakukan diluar waktu subur, kebarangkalian untuk berlakunya kehamilan adalah sangat rendah. Peluang untuk hamil adalah lebih tinggi jika hubungan kelamin diadakan pada waktu-waktu subur.

Carta di bawah adalah hasil kajian tentang peratusan kadar kehamilan berdasarkan hari-hari dalam suatu kitaran haid.(Wilcox et al 1998)

hari subur

Oleh itu, dengan mengenalpasti waktu-waktu subur akan meninggikan peluang untuk hamil.
Bagi pasangan yang masih ternanti-nanti zuriat idaman, pelbagai ikhtiar mungkin telah diusahakan dan
mungkin telah melibatkan kos-kos yang agak tinggi. Asal ada sahaja sesiapa yang mencadangkan sebarang bentuk
rawatan yang dikatakan mujarab, pasti pasangan tersebut akan mencuba dengan penuh harapan.

Namun, walau semujarab mana sekalipun kaedah-kaedah tersebut, ia mesti disertai dengan satu perkara yang paling asas dan paling penting dalam proses ikhtiar untuk mendapat zuriat. Iaitu

‘HUBUNGAN KELAMIN MESTI DILAKUKAN PADA HARI-HARI SUBUR’

Namun ramai yang melakukan kesilapan yang paling asas ini dalam proses ikhtiar untuk mendapat zuriat.

===================================================
Dianggarkan bahawa 4.5 juta pasangan di US mengalami masalah ketidaksuburan setiap tahun. Kurang dari 2 juta (kurang dari separuh) daripada pasangan-pasangan ini yang mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan dari mana-mana pusat rawatan kesihatan.

(National Center for Health Statistics(NCHS), US)
===================================================
“20% pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan tidak merancang hubungan kelamin pada masa-masa yang tepat
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kesuburan”

(American Infertility Association( AIA))
===================================================
Menurut satu kajian yang dibentangkan di satu kongres antarabangsa iaitu di World Congress on Fertility and Sterility, 20% masalah sukar hamil adalah disebabkan kegagalan sesuatu pasangan merancang hubungan kelamin ketika hari-hari subur.

(World Congress on Fertility and Sterility)
===================================================
The Opinion Research Corporation International (ORC) pula mendedahkan statistik-statistik berikut:
98% wanita tidak jelas tentang berapa jumlah hari-hari subur setiap bulan. 52% daripada mereka tidak dapat memastikan bila hari-hari subur tersebut dalam sesuatu kitar haid.

(The Opinion Research Corporation International (ORC))

====================================================

Berdasarkan soalan-soalan yang kami terima sebelum ini, saya yakin, ada diantara anda yang masih kabur dan pening tentang cara-cara mengira hari-hari subur. Berita baik bagi anda, sebenarnya pengiraan hari-hari subur boleh diprogramkan. Terdapat beberapa laman web yang telah memprogramkan kaedah pengiraan hari-hari subur ini. Yang menariknya, mereka jadikan program-program tersebut dalam bentuk ‘web based’ dan membenarkan kita menggunakan sepenuhnya program-program tersebut tanpa sebarang bayaran.

Berikut adalah sebahagian daripadanya;

http://www.myfertiletime.in

http://www.disabled-world.com

http://www.yourdays.com

http://www.mymonthlycycles.com/

http://www.babycentre.co.uk/tools/ovu/

http://www.babymed.com/fertility-ovulation-calendar-calculator

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin