Posts Tagged ‘IUI’

22
Jul
Petua Cepat Hamil; Berbaring Seketika Setelah Hubungan Kelamin Tingkatkan Peluang Untuk Hamil

Sebelum ini, sering menjadi perdebatan dalam kalangan pakar-pakar kesuburan tentang wanita yang berbaring seketika dan mengelakkan sebarang pergerakan dan aktiviti setelah hubungan kelamin dapat meningkatkan peluang kehamilan. Ada juga yang memandang remeh tentang perbuatan ini kerana menganggapnya tidak begitu memberi kesan yang besar terhadap kehamilan.

IUI

Pada tahun 2009, sekumpulan pengkaji di Belanda mendapati bahawa berbaring seketika setelah proses Permanian Dalam Rahim(IntraUterine Insemination/IUI) dapat meningkatkan peluang untuk hamil sebanyak 50%. Kajian ini diterbitkan dalam ‘British Medical Journal(BMJ) dan dilaporkan dalam Bionews.org.uk

IUI secara ringkasnya adalah suatu bentuk rawatan kesuburan dimana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim wanita melalui serviks dengan menggunakan tiub kecil untuk mensenyawakan ovum bagi meningkatkan peluang kehamilan supaya cepat hamil. (Untuk gambaran yang lebih jelas tentang apa itu IUI, boleh tengok Video di akhir artikel ini.)

Kajian ini melibatkan 391 pasangan berumur 18-43 tahun. Ia mendapati bahawa 27% wanita yang berbaring selama 15 minit setelah IUI berjaya hamil berbanding dengan 17% wanita yang terus bangun dan melakukan aktiviti lain setelah menjalani IUI.

Ketua Penyelidik, Dr Inge Custers dari Academic Medical Center, Amsterdam berkata sebarang pergerakan dan aktiviti sejurus selepas IUI akan mengganggu proses pergerakan sperma ke arah ovum. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya proses ‘Immobilasation’ dijadikan sebagai satu prosedur yang standard bagi rawatan IUI.

Kajian ini dilakukan khusus bagi mereka yang sedang menjalani IUI. Namun kita boleh buat satu kesimpulan yang mudah iaitu, ia juga berkemungkinan besar memberikan kesan yang sama jika seseorang wanita berbaring seketika setelah hubungan kelamin. Memandangkan ia tidak melibatkan sebarang kos, apa salahnya tunggu sekitar 15-20 minit sebelum buat apa-apa aktiviti lain.

Video Animasi Proses IUI

http://www.youtube.com/watch?v=qCdIiLLF0vw

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin