Posts Tagged ‘Add new tag’

1
Jun
Facebook Fanpage Rahsia Mudah Hamil Dilancarkan..

Alhamdulillah, dengan ini kami lancarkan Fanpage Rahsia Mudah Hamil.

Semoga dengan adanya fanpage ini, ia akan jadi satu medium untuk ami berhubung dengan semua subscribers Rahsia Mudah Hamil. Dari semasa ke semasa Insyaallah kami akan berkonsi tips-tips ringkas dan berita-berita terkini melalui fanpage ini. Sebarang bentuk penulisan yang agak panjang kami akan kongsikan dalam bentuk entri di blog ini manakala penulisan-penulisan yang lebih detail dan panjang kami akan buat dalam bentuk report/ebook ringkas.

Oleh itu, pastikan anda klik ‘LIKE’ pada FANPAGE RAHSIA MUDAH HAMIL untuk memastikan sebarang update terkini dari kami terpapar di News Feed Facebook anda.

Namun kami ingin ingatkan bahawa ia bukanlah satu ruangan untuk soal jawab tentang kesuburan. Jika anda ada sebarang masalah-masalah tentang kesuburan, seperti yang kami sarankan sebelum ini, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi yang profesional dan sempurna. Sebab itulah jika anda perasan, jarang kami jawab sebarang soalan-soalan tentang kesuburan pada ruangan komen di blog ini.

So, jangan tunggu lagi. Terus lawati dan klik ‘LIKE’  Fanpage Rahsia Mudah HamilKLIK SINI

Share/Save/Bookmark

30
Jun
Adakah Anda Masih Boleh Mengandung?

Artikel ini adalah sambungan daripada post yang lepas

Sedikit ulangkaji daripada post sebelum ini…

-Seseorang wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur tak matang untuk seumur hidupnya dan akan keluarkan satu telur matang bagi setiap kitar haid.

-Semakin meningkat umur, kuantiti dan kualiti stok telur ini(ovarian reserve) akan merosot.

-Jika kualiti dan kuantiti stok telur ini merosot, seseorang itu akan menghasilkan aras FSH yang melebihi aras normal.

-Oleh itu, kualiti dan kuantiti ‘stok telur’ ini boleh diketahui dengan menguji aras FSH ini..

Maka konsep inilah yang dipakai dalam Ujian FSH ini. Ia juga dikenali sebagai ujian kesuburan wanita.

1)Ujian aras FSH boleh dilakukan dalam 2 cara

(a) Di Klinik

Ujian ini dilakukan bermula pada hari ke-3 dalam sesuatu kitar haid. Sila rujuk doktor untuk tahu lebih lanjut

(b) Di Rumah: Personal Home Based FSH Test

FIRST RESPONSE® Fertility Test for Women

Ujian Kesuburan Wanita

Ujian Kesuburan Wanita

Kit ini sangat efektif bagi mengesan aras hormon FSH yang mana akan memberi gambaran tentang kualiti dan kuantiti ‘stok ovari’ seseorang dan ia boleh dilakukan sendiri di rumah.

Home Based FSH Test ini adalah merupakan satu petunjuk kepada potensi kesuburan seseorang wanita yang dikatakan mempunyai aras ketepatan sehingga 95%.

Hasil keputusan Ujian ini akan menjawab satu persoalan iaitu ‘Adakah Saya Masih Boleh Mengandung?’

Untuk maklumat lanjut tentang kegunaan produk ini, sila KLIK SINI

Perlu diingatkan bahawa FSH home based fertility test ini bukanlah sebagai pengganti ujian oleh doktor. Anda perlu segera merujuk kepada doktor bagi mendapatkan ujian lanjut yang ternyata lebih tepat dan sekaligus mendapat khidmat nasihat yang professional.

Menarik bukan? Tapi, ada ke jual kat Malaysia?…..

Share/Save/Bookmark

25
Aug
Blog-blog Terbaik Ketidaksuburan Bahasa Inggeris

Terlebih dahulu kami nak minta maaf sebab jarang update blog. Sejak mula blog ini diwujudkan, setakat hari ni, tak sampai 10 entri yang kami telah postkan. Memang faktor masa adalah kekangan yang paling utama. Jika sebelum ini kami sibuk dengan proses penulisan ebook ’Rahsia Mudah Hamil’, sekarang pula kami dalam proses penulisan ebook kedua kami tentang kesuburan. Sedikit-sebanyak, ia mengurangkan komitmen kami terhadap blog ini. Tapi kami tetap berazam untuk mengekalkan blog ini selagi kami mampu.

Bagi mengisi ’kekeringan’ entri-enrti terkini blog ’Rahsia Mudah Hamil’ ini, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa blog dalam bahasa inggeris yang membincangkan tentang isu-isu kesuburan/infertility.

Baru-baru ini, www.onlineultrasoundschool.com telah menyenaraikan TOP 50 PREGNANCY BLOGS, yang terdiri berbagai kategori. Berikut kami senaraikan beberapa blog yang membincangkan isu-isu kesuburan. Blog-blog ini kebanyakannya ditulis oleh wanita-wanita sama ada sedang melalui tempoh getir masalah kesuburan ataupun yang sudah berjaya hamil dan dapat anak, tetapi masih meneruskan penulisan mereka dalam blog.

Walaubagaimanapun, salah satu dari penulis blog ini adalah lelaki. Mau tau siapa dia? Teruskan membaca.


1) A Little Pregnant


>>http://alittlepregnant.typepad.com<<


mudah mengandung

Penulisnya, Julie, membicarakan bukan sahaja tentang infertility, tetapi juga tentang kehamilan dan keibubapaan. Kami dapati, pautan-pautan yang diberikan juga bermanafaat untuk rujukan.

2) abc Family


>>http://ennorath.typepad.com/<<


mdah hamil

Arwen telah memulakan blog ini sejak 2004 sebagai ’infertility Blog’, tetapi temanya dah mula berubah sejak anak perempuannya dilahirkan. Walaubagaimanapun, anda masih boleh rujuk Archive dari beberapa tahun sebelum itu sejak 2004. Ikuti bagaimana perjalanan beliau kearah kehamilan pertama.

3) How To Make A Family


>>http://howtomakeafamily.typepad.com<<


dapat anak

Tracy Morris berpengalaman menulis ntuk About.com bagi isu-isu Infertility sejak 1997-2003. Beliau pernah menjadi konsultan kepada Laman ‘Moms Online’. Ini adalah blog milik beliau sendiri.

4) Infertility Blog


>>http://infertilityblog.blogspot.com<<


Beliau adalah satu-satunya penulis lelaki yang tersenarai. Walaubagaimanapun, beliau adalah seorang pakar. Dr Licciardi adalah seorang doktor pakar dalam bidang kesuburan di NYU Fertility Center. Bidang kepakaran beliau yang lain adalah pembedahan reproduktif, ovulation induction, IVF dan Egg Donation. Ini adalah salah satu blog yang kami subscribe sejak dulu lagi, Cuma mungkin isinya agak ‘berat’ dengan istilah-istilah perubatan, tetapi disampaikan dalam keadaan santai.

Blog-blog yang kami senaraikan di atas adalah dari kaca mata penulis2 barat. Mungkin ada beberapa perkara yang dibincangkan kita perlu tapis dan sesuaikan dengan budaya dan agama kita seperti egg donation dan adoption. Pandai-pandai la ya.

Cukuplah setakat tu dulu. Di masa yang akan datang, kami akan dedahkan satu lagi blog Mat Salleh yang pasti mengejutkan semua orang Kandungannya sangat bermaklumat tetapi bakal menimbulkan kontroversi. Walaupun blog ini tak tersenarai sebagai TOP 50, kami percaya ia akan mendapat peningkatan dari segi bilangan pelawat.

Bahasa Inggeris lagi? Apa boleh buat. Memang mereka lebih terkehadapan daripada kita dalam bidang ini. Sumber rujukan tempatan tentang kesuburan dan kehamilan adalah agak terhad. Bagi mereka yang menguasai Bahasa Inggeris, ia adalah suatu ‘advantage’ kerana dunia penulisan blog di barat sentiasa di penuhi dengan maklumat-maklumat terkini. Bagi mereka yang tidak menguasai Bahasa Inggeris, apa kata anda cuba kuasai bahasa inggeris ini melalui ebook. Nak tahu? KLIK SINI.

Kalau tak ada masa nak belajar bahasa inggeris semata-mata untuk mendapatkan bahan bacaan tentang ilmu-ilmu asas tentang kesuburan, anda perlu buat sedikit pelaburan dengan mendapatkan EBOOK RAHSIA MUDAH HAMIL, yang merupakan satu rujukan lengkap, ilmu-ilmu tentang kesuburan yang pertama di Malaysia. Ia ditulis khusus bagi mengisi kekosongan sumber maklumat dalam bahasa Melayu.

Akhir sekali, jangan pulak dah seronok mengikuti perkembangan blog-blog di atas sehingga terlupa blog kami ni pulak, maklumlah…jarang update. Walaupun blog kami ni tak seberapa, tetapi ia adalah dari acuan tempatan. Tak sama dengan blog-blog dari barat tu. Harap anda terus kekal memberikan sokongan kepada kami untuk hasilkan yang terbaik.

Sekian,

Abu Jarir & Ummu Aisyah

p/s: Blog kami berwajah baru. Sebarang komen di alu-alukan

Share/Save/Bookmark

4
Aug
Rahsia Kasih Sayang Suami Isteri

Dugaan tanpa zuriat adalah merupakan suatu ujian yang berat terhadap sesebuah rumahtangga. Ia akan menjadi semakin rumit bila terdapat campurtangan dan hasutan dari pihak luar. Mungkin tidak semua, tetapi terdapat sebahagian rumahtangga yang goyang dengan ujian ini. Bahkan ada yang mengambil keputusan untuk berpisah. Ini adalah suatu perkara yang perlu dielakkan daripada berlaku. Apa sahaja masalah yang berkaitan dengan kesukaran untuk dapat zuriat adalah masalah bersama yang perlu ditangani bersama-sama. Sebarang ketegangan tidak sedikitpun akan membantu.
Selain dari melakukan ikhtiar-ikhtiar untuk mendapatkan rawatan kesuburan, jangan sekali-kali kita abaikan kepentingan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.

Kami bukanlah pakar motivasi yang pakar dalam memberi nasihat berkenaan dengan keharmonian rumahtangga. Kami juga adalah pasangan suami isteri biasa seperti orang lain yang kadang-kadang ‘tergigit lidah’.

Namun, keharmonian rumahtangga adalah sebahagian dari cita-cita utama setiap pasangan suami isteri. Ketika kami mencari-cari bahan untuk penulisan ebook kedua kami, terjumpa sesuatu di internet…. Emm, mungkin ini adalah penyelesaiannya iaitu sebuah ebook yang bertajuk ‘Doa Pengasih‘.

doa pengasih

doa pengasih

Anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

>>EBOOK DOA PENGASIH<<

Tajuk ebook ini memang sangat menarik, tetapi kami ragu-ragu dengan isi kandungannya pada mulanya kerana istilah ‘Ilmu Pengasih’ yang terkenal dengan unsur syirik dikalangan masyarakat kita bermain-main di kepala kami. Kami email penulisnya untuk meminta penjelasan lanjut tentang isi kandungannya. Esoknya kami dapat balasan email dari penulis ebook tersebut yang memberi jaminan bahawa isi kandungannya tidak lari dari batas-batas syariat islam. Kami lebih yakin bila mendapat tahu bahawa penulisnya adalah lulusan aliran sains dan agama dari Universiti Tempatan. Secara kebetulan pula, penulisnya membuat pengakuan bahawa beliau adalah merupakan salah seorang pembeli ebook Rahsia Mudah Hamil. Dengan senang hatinya, penulis tersebut iaitu saudara Munib telah memberikan kami satu salinan ebook Doa Pengasih secara percuma.

Hari tu juga kami baca ebook Doa Pengasih ini dan mendapati bahawa ia bukan semata mata tentang hubungan cinta pasangan kekasih saja. Malah ia boleh diaplikasikan pada sesiapa saja yang ingin dikasihi, contohnya seorang pekerja yang ingin diberi perhatian oleh majikan, atau seseorang yang ingin sentiasa disenangi oleh temannya, atau apa saja subjek berkaitan cinta & kasih sayang, termasuklah doa untuk diamalkan oleh isteri supaya dikasihi suami dan doa oleh suami supaya dikasihi oleh isteri.

Tak perlulah kita amalkan ilmu-ilmu hitam untuk pengasih kerana ia bukannya menyelesaikan masalah, tetapi menambahkan lagi masalah yang ada. Ilmu-ilmu hitam tersebut pada zahirnya sahaja dapat membuatkan kita dikasihi suami/isteri, bukannya datang dari hati, tetapi dari mainan syaitan.

Allah mempunyai 100 kasih(rahmat), satu diberikan pada semua penduduk bumi untuk dikongsikan bersama oleh manusia, haiwan & makhluk lain. Dengan satu kasih(rahmat) inilah kita saling menyayangi antara satu sama lain, walaupun berbeza agama, bangsa, negara, dll. Haiwan pun mendapat manafaat dari kasih(rahmat) Allah swt ini. Apatah lagi kita sebagai manusia yang mana hati-hati setiap manusia dimiliki oleh Allah swt. Melalui doa-doa pengasih ini, Insyaallah, Allah swt akan mengubah hati-hati suami/isteri khususnya atau sesiapa sahaja dapat mengasihi kita dari hati yang ikhlas.

Ringkasnya, kandungan web ini adalah tentang bagaimana menjalinkan hubungan kasih sayang sesama insan.

Maha suci Allah yang menciptakan segalanya.

Semoga perkongsian ini ada manafaatnya.

Abu Jarir & Ummu Aisyah

Share/Save/Bookmark

26
May
Ebook Rahsia Mudah Hamil Bakal Dilancarkan

Apakah perasaan anda bila keletihan menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh, tetapi bila sudah hampir tiba ke destinasi? Perasaan excited, lega dan macam-macam lagi?

Begitu juga kami, iaitu dari aspek penulisan/penghasilan ebook Rahsia Mudah Hamil seolah-olah menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh. Sekarang proses tersebut sudah sampai ke penghujung. Dalam masa beberapa hari lagi, ia bakal jadi tatapan para pembaca. Kami sendiri seolah-olah tidak percaya bahawa setelah kajian dan penulisan yang mengambil masa lebih dari 3 tahun akhirnya ia bakal dilancarkan pada hari ISNIN, 1 JUN 2009.(Bulan Jun adalah Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa/World Fertility Awareness Month)

Sekarang kami tersangat sibuk baik dari segi teknikal, perancangan pemasaran, final editing dan macam-macam lagi. Sejak seminggu lalu, kami telah kemukakan review copy kepada 8 orang untuk mendapat maklumbalas awal tentang ebook tersebut. Kami menunggu sebarang komen dan pandangan mereka tentang Rahsia Mudah Hamil tetapi tidak ada sebarang reply. Perasaan risau mula timbul kerana kami sangka ebook kami ini tidak berjaya menambat hati mereka. Selama 3 -4 hari kami dalam perasaan gundah gulana sehinggalah kami terima maklumbalas pertama, iaitu dari seorang doktor yang telah memberi maklumbalas yang sangat positif. Berikut petikan dari email beliau…

TAHNIAH tak terhingga buat Ummu Aisyah & Abu Jarir atas usaha yang telah dilaksanakan. Excellent! Sungguh ianya satu usaha yang amat murni...”


Seterusnya satu demi satu maklumbalas positif yang telah kami terima antaranya ialah:

“Tahniah!!!!!!! coz dah berjaya hasilkan ebook yang betul2 boleh di terima pakai…”

“Wow cayalah..hebat ebook ko! Very informatif”


dan kemudian seorang lagi doktor yang selesai baca dan sedia berikan testimoni ikhlasnya..ia kami paparkan dalam laman web mudahhamil.com.

Dan salah seorang dari mereka yang juga merupakan seorang kawan lama saya(sedang buat  pHD in Genetics), oleh kerana terlalu excited membaca hasil tulisan saya, telah menawarkan khidmat percuma untuk membuat Proof Reading. (khidmat anda ini tidak akan disia-siakan..insyaallah)

Akhir sekali, kami sedang dalam proses untuk mengemukakan Ebook ini kepada seorang tokoh. Siapa dia? Biarlah rahsia. Mudah-mudahan beliau sudi meluang sedikit masa untuk membaca sepintas lalu hasil tulisan kami ini.

Kepada semua yang telah diberikan review copy, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Ternyata ia mengembalikan semangat kami untuk menghasilkan yang terbaik.

Kepada subscibers kami sejak dari november 2008, insyaallah kami akan tepati janji tentang tawaran istimewa tersebut. Sila periksa email anda pada 1 jun 2009 ni ya.

Kepada semua pembaca blog dan mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Mudah Hamil, Insyaallah isi kandungannya tidak akan mengecewakan anda.

Kepada mereka yang sudah TERBELI satu ebook tentang Rahsia _ _ _ _ _ _ Hamil yang 2-3 minggu dilancarkan sebelum kami, mudah-mudahan nanti anda boleh bezakan antara intan dan kaca. Kami ada tawaran menarik untuk anda. Tunggu entri seterusnya dari kami.

Akhir sekali, Jangan Lupa : 1 JUN 2009 pelancaran Ebook Rahsia Mudah Hamil.

Sekian..

Abu Jarir & Ummu Aisyah

p/s: kami juga telah redesign ecover ebook dan nampak jauh lebih menarik dan sekaligus menunjukkan kesungguhan kami untuk berikan yang terbaik kepada anda….hmm nak tengok? Kami tunjuk sikit je la. Gambar penuh nanti tunggu 1 jun 2009 ya.



Share/Save/Bookmark

1
May
Carta BBT rumit dan menyusahkan! Bagaimana untuk atasinya?

Di barat, mencatat suhu badan asas dianggap mesti oleh kebanyakan komuniti yang mengalami ketidaksuburan. Seseorang doktor mungkin akan mencadangkan anda supaya membuat catatan BBT untuk memastikan hubungan kelamin dilakukan pada masa yang sesuai untuk hamil. Carta BBT juga boleh menjadi satu diagnosis awal untuk memastikan sama ada anda mengalami ovulasi atau tidak. Jika anda dapati bahawa anda tidak mengalami ovulasi, anda perlu untuk membawa carta itu bersama ke mana-mana doktor untuk mendapat khidmat nasihat lanjutan.


Carta BBT adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda membuat catatan setiap awal pagi dan mencatat keputusannya pada suatu carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi. Ia jauh lebih murah berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran walaupun ia lebih mudah dari kaedah BBT.

Walaubagaimanapun, bagi sesetengah wanita, mencatat carta BBT adalah sesuatu yang rumit dan menyusahkan. Berikut adalah antara beberapa kerumitan yang mungkin timbul sepanjang proses mencatat BBT

1)Kerumitannya bermula apabila seseorang itu cuba untuk memahami cara untuk mencatatnya ke dalam carta. Kami telah cuba membantu dengan mengeluarkan panduan yang menerangkan kaedah-kaedah untuk mencatat BBT ini dengan terperinci dengan bahasa yang mudah. Anda sudah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Jika anda masih belum membacanya, sila klik DI SINI. Itupun masih terdapat keluhan dari sesetengah pembaca yang mereka masih keliru dengan prosesnya.

2)Kerumitan yang seterusnya adalah dari segi disiplin. Oleh kerana proses ini akan menjadi rutin harian seseorang, mungkin ia akan menjadi suatu yang membebankan dan mungkin juga sesekali terlupa untuk mendapatkan bacaannya pada hari-hari tertentu.

3)Seterusnya bila carta sudah lengkap, proses mentafsir maklumat dari carta sekali lagi akan menimbulkan masalah. Jika carta itu berbentuk ’skema’ seperti yang diterangkan dalam panduan, ia tidak akan menjadi masalah. Tetapi masalah timbul jika terdapat catatan-catatan diluar jangkaan. Contohnya mungkin seseorang akan keliru jika terdapat kenaikan suhu kali kedua dalam sesuatu kitar haid. (’Triphasic Patern’). Apa itu ’Triphasic Patern’? Jangan risau, kami akan membuat satu penulisan khas tentangnya dalam blog ini. Ia adalah suatu maklumat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama.

Penyelesaiannya:

1)Kami sudah cuba sebaik mungkin untuk menerangkan langkah demi langkah. Jika anda sudah baca sekali tetapi masih tak jelas, cuba baca beberapa kali dengan lebih teliti. Kau perlu, cetak report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ itu kerana membaca melalui komputer tidak sama dengan membaca melalui ’print out’.

2)Masalah disiplin. Yang ni bergantung kepada kesungguhan masing-masing. Kalaulah betul-betul anda inginkan cahayamata, kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh sedikit. Orang lain mungkin akan dapat hamil dengan mudah. Satu demi satu zuriat lahir tanpa sebarang masalah. Tetapi anda mungkin Tuhan nak uji sikit. Mungkin kena bersabar dan berikhtiar lebih sedikit sebelum berjaya. Sesuatu yang didapati dengan susah payah lebih bernilai dan bermakna. Ia akan lebih dihargai. Jadi, anda perlu berdisiplin sekurang-kurangnya untuk selama 3-4 bulan. Sekurang-kurangnya catatan selama 3-4 bulan itu akan menjadi panduan yang sangat berguna untuk doktor mencadangkan proses rawatan seterusnya untuk anda. Anda perlu tahu bahawa carta BBT anda itu tersembunyi berbagai maklumat penting tentang kondisi kesuburan anda.

3)Jika anda perlukan bantuan untuk mentafsir maklumat dari carta BBT, kami nasihatkan agar anda korbankan RM30-RM50 untuk kos konsultasi dari mana-mana doktor. Biasanya anda hanya dikategorikan sebagai golongan yang mengalami masalah ketidaksuburan jika gagal hamil setelah setahun mencuba. Doktor hanya akan memberi diagnosis dan rawatan setelah setahun. Tetapi jika anda dapat mengesan sebarang masalah pada diri anda lebih awal melalui kaedah BBT ini, sekurang-kurangnya tindakan awal dapat diambil.

Sebenarnya kaedah BBT adalah sangat berguna. Anda akan menerokai dan memerhati dengan teliti apa yang berlaku pada diri anda melalui catatan suhu badan. Walaupun terdapat kaedah yang yang lebih mudah, kami nasihatkan agar anda kekal dengan kaedah BBT ini. Selamat mencuba.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin