8
Sep
CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia

CoQHealth adalah suplemen yang mengandungi CoQ10, sejenis Koenzim. Ia adalah sebahagian daripada set kesuburan shaklee. Kami harap agar anda jangan hairan jika kami satu-satunya yang mencadangkan pengambilan CoQHealth ini untuk kesuburan. Segala hujjah dan bukti-bukti daripada kajian saintifik ada kami dedahkan dalam ebook Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA dan CoQ10.

percuma-S

 

KLIK SINI untuk download ebook ini.

 

Apabila seseorang perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.

coqhealth

CoQ10(Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrien yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas penemuannya ini.

CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardin dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum.(ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.

CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.

Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.

Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini. (Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)

set kesuburan shaklee coqhealth

Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita

Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah di bawah;

CoQ10 shaklee

CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.

Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.

“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.”

Bagaimana nak dapatkan CoQHealth Plus Shaklee ini? Order di sini: —> BELI CoQHealth Shaklee  atau sms ‘SETSUBUR’ ke 0138804974 untuk dapatkan Harga Produk Shaklee dan Daftar Ahli Pengedar Shaklee.

Share/Save/Bookmark

29 Responses to “CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia”

  • izzah says:

    coQ10 jenama apa yg terbaik diambil?

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    kami mengesyorkan CoQ10 keluaran Shaklee adalah kerana produk shaklee ini confirm 100% Organik, 100% semulajadi(bukan sintetik) dan 100% GMO Free.

    Sebab tu CoQ10 shaklee ni mahal berbanding produk lain sebab kos untuk hasilkannya dari sumber organik memang mahal.

    Sebagai contoh, jika puan ada kelapangan, cuba cari kedai2 yang jual buah-buahan organik. Contohnya buah tembikai organik. Ternyata harganya sangat mahal, sebab untuk hasilkannya dari sumber organik bukan mudah.

    Semua produk/vitamin shaklee adalah organik/semulajadi/gmofree.

    Berbanding dengan produk coq10 di farmasi yang bersumberkan sintetik, ternyata produk shaklee adalah lebih baik kadar penyerapan dan keberkesanannya

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    kami mengesyorkan CoQ10 keluaran Shaklee adalah kerana produk shaklee ini confirm 100% Organik, 100% semulajadi(bukan sintetik) dan 100% GMO Free.

    Sebab tu CoQ10 shaklee ni mahal berbanding produk lain sebab kos untuk hasilkannya dari sumber organik memang mahal.

    Sebagai contoh, jika puan ada kelapangan, cuba cari kedai2 yang jual buah-buahan organik. Contohnya buah tembikai organik. Ternyata harganya sangat mahal, sebab untuk hasilkannya dari sumber organik bukan mudah.

    Semua produk/vitamin shaklee adalah organik/semulajadi/gmofree.

    Berbanding dengan produk coq10 di farmasi yang bersumberkan sintetik, ternyata produk shaklee adalah lebih baik kadar penyerapan dan keberkesanannya

    [Reply]

  • merysah says:

    info yg amat berguna..mohon share ya.semoga bermanfaat.

    [Reply]

  • mahani majid says:

    jutaan terima kasih atas maklumat yang berharga ini.saya pun dalam kategori lanjut usia.memang nak dapatkan vitamin shaklee ni scepat mungkin.doakan untuk saya agar dapat zuriat.tapi kadang-kadang rasa ada peluang lagikah untuk saya,memandangkan umur sudah masuk 40an

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    Puan boleh sms kami di 0138804974.

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    Salam, Puan hubungi kami di 013-8804974 ya

    [Reply]

  • wan says:

    bagaimana nak order CoQ10..harganye…

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    Puan boleh sms kami di 0138804974.

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    Puan boleh sms kami di nombor ni ya.. 0138804974.

    [Reply]

  • Rashidah says:

    Alhamdulillah satu info yang sangat menarik dan membantu saya bagi mendapatkan zuriat…kita hanya berusaha…berdoa…n bertawakal

    [Reply]

  • hayat says:

    nak tanya,suami saya azoosperma..masih ada harapan ke dia nak amalkan set kesuburan shaklee?

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    insyaallah… saya akan ajarkan puan satu kaedah berserta dengan pengambilan produk shaklee untuk selama 3 bulan sahaja

    [Reply]

    Abu Jarir Ummu Aisyah Reply:

    COQ10 memang sangat sesuai untuk azoospermia. Research paper yg kami sertakan dalam ebook tu memang dilakukan terhadap kes azoospermia

    [Reply]

  • liza says:

    saya telah berumahtangga selama 2 tahun setengah dan masih belum dikurniakan zuriat. saya bercadang untuk mengambil set kesuburan ini. umur saya 32 tahun, adakah saya perlu mengambil CoQhealth atau Vit E untuk diambil bersama-sama GLA..sila bantu saya

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    CoQHealth Dan GLA .. kami ada sediakan panduan pengambilan khusus untuk kesuburan

    [Reply]

  • leeza says:

    Salam.bleh tak sy hanya ambil CoQhealth.sebab period sy memang teratur dan xde senggugut.

    [Reply]

    Abu Jarir Ummu Aisyah Reply:

    Boleh je. Untuk kesan yang lebih optimum, sangat digalakkan ambil GLA sekali walaupun perido teratur. Mengawalatur kitar hadi adalah salah satu fungsi GLA, tapi satu lagi peranan penting GLA ialah ia dapat membantu mewujudkan persekitaran rahim yang mesra sperma

    [Reply]

  • azida says:

    salam..lepas kawin 2 tahun,saya pernah hamil luar rahim..tiub fallopio belah kiri dh buang sbb pecah..lepas 3 tahun dah x lekat2..ada tambahan supplemen x yang saya kena ambil selain set asas..

    [Reply]

  • anis says:

    assalam.. sy de masalh period tak teratur. kdg2 period hanya 2 atau 3 kali setahun. penah dalam masa 8 bulan sy x period langsung.. dah berkahwin hampir 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. umur 27thn. boleh ke sy makan CoQHealth Dan GLA ni? bagaimana cara untuk tahu lebih lanjut dan cara pembelian?

    [Reply]

    Abu Jarir Ummu Aisyah Reply:

    Untuk pengetahuan puan, dengan izin Allah swt, GLA berkesan dan memang terkenal sebagai bahan yang boleh batu kawal atur kitar haid. Namun ada juga yang tetap gagal dalam pengambilan GLA sebab kaedah pengambilan yg tak betul. Boleh tak puan hubungi kami di 013-8804974 spaya kami dapat consult spesifik kepada masalah puan

    [Reply]

  • noorlyza says:

    Info yang sangat berguna…mohon share ea..terima kasih

    [Reply]

  • Ejah bte osman says:

    Salam.umur saya 48 thn.baru nikah setahun dengan seorang bujang.saya ada 3 orang anak.boleh ke saya mengandung kalau saya makan produk awak

    [Reply]

    Abu Jarir Ummu Aisyah Reply:

    Salam, rezeki semua dari Allah swt. Kalau ikutkan umur, memang peluang sangat2 tipis.

    [Reply]

  • wan says:

    assalamualaikom, nak tanye berapa haga untuk C0Q10 shaklee ni? dan cara2 memakan nya.

    [Reply]

  • Qis Shahira says:

    Umu sy dh40 thun,ibu tunggal dan sy merancng untuk berkhwin lagi…sy nk hamil..boley ke sy ambil produk ini??sy masih lagi dtg haid mcm biasa…cme sy risau klau sy cpt putus haid

    [Reply]

Leave a Reply

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin