30
Jun
Kitar Haid Tak Teratur…Mungkin Ini Puncanya
Jun
Bagaimana Ketidakstabilan Sejenis Hormon penting dalam diri seorang wanita iaitu Hormon Perangsang Folikel atau Folikel Stimulating Hormone (FSH) boleh mempengaruhi kawalatur kitar haid seseorang.
FSH adalah sejenis hormon yang boleh memberi kesan secara langsung kepada peluang untuk hamil.
Tahukah anda bahawa aras FSH dalam badan seseorang berkorelasi dengan kualiti dan kuantiti telur dalam ovari?
Sistem reproduksi lelaki akan sentiasa menghasilkan sperma baru setiap masa melalui proses spermatogenesis. Fakta ini membolehkan kaum Adam mendabik dada.
Sebaliknya bagi seseorang wanita, bila dia dilahirkan, ia sudahpun ‘dibekalkan’ dengan sejunlah telur atau dalam bahasa yang mudah, setiap wanita dah ada ’stok telur’ dalam ovari sejak lahir. Setiap bulan, telur ini akan matang dan dibebaskan dari ovari untuk disenyawakan.
Dengan peningkatan usia, kualiti dan kualiti telur ini semakin merosot. Bila keadaan ini berlaku, badan akan cuba untuk stabilkan dengan menghasilkan lebih FSH bagi merangsang fungsi-fungsi Ovari. Keadaan ini biasanya kita dapat lihat pada wanita yang mula mencapai status menopaus. Wanita yang mencapai menopaus akan mencatat aras FSH ini sehingga kepada 40 mIU/ml dan seterusnya pengeluaran haid akan terhenti.
Bagaimana pula jika perkara ini berlaku kepada wanita di bawah umur 40 tahun? Hmm..panjang cerita ni. Cerita ni saya simpan untuk lain kali.
Jika badan tidak dapat menghasilkan FSH yang secukupnya, ia akan memberi kesan kepada ’simpanan telur’ dalam ovari seseorang. Keadaan dimana aras FSH yang rendah ini biasa dikesan pada mereka yang mengalami PCOS.
Secara umumnya, bagi wanita yang dalam ikhtiar untuk hamil, aras FSH yang baik adalah dibawah 10mIU/ml. Namun bila aras FSH ini terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia akan mengganggu aturan kitar haid dan seterusnya menjejaskan peluang untuk hamil.
Oleh itu, jika kita dapat mengesan aras FSH dalam badan, ia dapat memberi suatu gambaran tentang tahap kesuburan seseorang wanita.
Soalan:
Bagaimana Kita Boleh Kesan Aras FSH ini?
Jawapan:
Sebenarnya, ujian aras FSH ini boleh dilakukan oleh pakar-pakar sakit puan dipusat-pusat rawatan. Kosnya mungkin agak tinggi dan bergantung kepada pusat-pusat rawatan tersebut. Ujian ini dikenali sebagai Ujian FSH hari ke -3.
Namun, terdapat satu kit yang dicipta untuk mengesan sendiri aras FSH ini dan ia boleh dilakukan di rumah. Nak tahu apa kit tersebut? Tunggu post seterusnya di blog ini.
Akhir sekali, sebagai peringatan, Semakin meningkat umur, semakin semakin merosot kualiti dan kuantiti’ stok telur’ dalam ovari.

