13
May
Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan
May
Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.
Adakah kitar haid anda tidak teratur?
Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi. (Dalam ebook ’Rahsia Mudah Hamil’ kami jelaskan perkara ini dengan terperinci, lengkap dengan bantuan gambarajah. Juga suplemen-suplemen yang biasanya digunakan untuk membaiki pengawalaturan kitar haid anda.)
Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?
Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.
Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?
Kami sudah jelaskan perkara ini dalam entri sebelum ini. Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.
Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?
Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.
Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?
Berat badan yang berlebihan atatu terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini. http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html
Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?
Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yan gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.
Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?
Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.
Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?
Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.


salam…saye berumur 27 taun dan suami 28,dari suma tanda2 awal ketidaksuburan diatas, semuanya sye x de,cuma saye kawin setaun lebih tp belum hamil,period saye tetap,berat ok.suami pun penah g chek sperm suma ok,normal, saye penah wat test blood dan mendapati hormon luteilizing sye kurang,so telur saye x dpt matang sepenuhnya,doktor ada memberi saye ubat, tp saye nak tnya ade x herba2 lain yg mampu tingktakn hormon tersebut..
[Reply]
slm, sy dh berkhwn slma 4 thn & dkurniakn ank laki (bunting pelamin) yg berumur 3thn lbih skrg.
sy mmpunyai darah rhesus negatif manakala suami darah rhesus positif.
wk2 mengndgkan ank p1 dulu, sy disahkan ada fibroid wk2 hamil 4bln. tetapi slps brsalin n skrg, sy pg check up..fibroid tuh xde dh. maybe just hormon.
sy mmpunyai period yg teratur. sy br berusaha nk mendptkn ank ke-2 brmla awal thn ini 2010. tp smpai skrg msh blum berhasil. sy bercadang nk dptkn anak dlm mase terdekat. sy memg x mengambil ubat perancang & hanya merancang sendiri sahaja.
tolongle sy ini
[Reply]
kepada sesiapa yang kat area johor dekat mana nak membeli BBT Temometer?
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
February 8th, 2011 at 7:14 am
Boleh dapatkan dari kami…
[Reply]
salam..saya sudah berkhawin selama setahun….kawan saya beri kan tips…hari ke 14 hingga ke 20 selepas hari haid itula waktu2 subuh bagi wanita…dan saya baru sebulan mencuba VIT E…tapi hari ke 16 - 18 darah seperti period telah keluar cuma sikit macam waktu penghabisan haid…kenape masaalah ini selalu terjadi???saya dah rujuk pada doctor..tapi tak ada sebarang keputusan….doctor beri ubat dan saya makan masaalah itu sekejap je die hilang tp datang balik pada hari haid yang akan datang?saya mempunyai tinggi 149 dan berat badan 42-43 kg…adakah sukar untuk saya hamil jika kitaran haid saya tidak teratur????adakah hari ke 16 selepas haid itu darah haid atau sebaliknye???terima kasih….
[Reply]
salam..Saya Puan Nurulhuda..Saya berusia 25 tahun.usia perkahwinan saya baru mencecah 8 bulan..tetapi belum ada rezeki untuk dapa baby..Ada cara2 yang boleh di kongsi bersama untuk mempercepatkan kehamilan.
[Reply]
Salam
Saya nk tanya..mnggu lps saya buat ujian UPT atas nasihat ibu saya sbb ada tanda2 seperi hamil. Selepas buat ujian tersebut ada 2 line pd alat tersebut tetapi agak kurang jelas. kemudian doktor minta saya jalani ujian darah. malangnya ujian darah saya negatif. Saya tidak mengandung..boleh keadaan seperti ini terjadi dan kenapa ianya terjadi?
terima kasih
[Reply]
Salam..saya sudah setahun setengah berkahwin, tapi masih tiada tanda-tanda untuk hamil. Period datang setiap bulan teratur cuma keputihan yang saya alami kebelakangan ini banyak dari biasa sehinggakan saya terpaksa menukar panty liner 3 kali pada siang hari.
Adakah ini sesuatu yang normal atau tidak?
[Reply]
slm,ini pertama kali sy mbaca lmn awk.. sy adalh slh seorang yg mghadapi masalah utk mengandung.sy sdh brkahwin 4thn tetapi msh blm dikurniakan cahaya mata.semasa tahun pertama kahwin,period sy ada tiap2 bln dan dimasa itu berat sy 58kg utk tinggi 160. period sy sejak 2 thn kebelakangan ini tidak menentu dan tidak ada pd tiap2 bln. dan tentunya skrg berat bdn sy bertambah. ada yg beranggapan sy sukar mengandung krna berat bdn, tetapi diawal perkahwinan berat bdn dan haid sy normal.. diwaktu itu juga tidak ada tanda mengandung. jd sy keliru..apa puncanya… any advise?
[Reply]
hi…saya kerap datang haid selang seminggu,,,apa sebab ya? selang seminggu sy mesti datang haid?
[Reply]
as’salam..sy sudh setahun lbh bekahwin..tp msih lum ade tnda2 untk hamil..sy ade jmpa dkter pakar sakit puan..bln ptama dkter bg tarikh subur sy,dn dia surh brsama dgn suami pd tarikh tu,tp msih jgk hampa..bln k’2,dkter suruh sy mkn pil subur clomid 2bji 1 hari..tp msih jg blum ade rezki,dn bln ni dkter saran kan sy mkn pil clomid tu 3bji untk 1hari…masalah nye sy musykil..bkn ke klu mkn pil subur tu telor kita akn jd bnyk..tp bila dkter bt TVS,dkter ckp telur sy hnya ade 1 dn akn pecah pd bila2 msa..sptut nye telur yg subur ade brape bnyk??dn ade ke peluang untk hamil jika telur sy tu hnya 1 atau 2??tlong sy sape2 yg tau…
[Reply]
saya lambat dtg period dah 6hari…
saya cuba mkn ubat norculut…
untuk dtg period..
saya dah urin test…
doktor beritahu hormon sy xstabil..
mgkin disebabkan sy tension..
sy cuba untuk mengawal emosi sy dr tension…
apa lg patot sy lakukan..utk period sy dtg..
[Reply]
salam.. saya sudah berkahwin 3 th, sehingga skg belum mempunyai cahaya mata.. bulan lps doktor mengesahkan saya menghidapi tiroid…keputusan ujian diperolehi plasma free T4 86.8 dan plasma TSH 0.01… adakah penyakit saya nie teruk… dan mempunyai peluang yg tipis utk mempunyai anak..
[Reply]
salam….saya sudah 8 bulan kawin dan masih belum ade tande2 saya mengandng….apekah masalh saya sebenarnya,,,selepas kawin juga saya mengalami masalah period yang tidak tetap,….bulan lepas saya dah lewat period selama 4 hari…..ni membuat kan saya rase amat sedih dn takut saya belum di sahkan mengandung,,,bantu lah sya bagaimana cara untuk mngandung…..
[Reply]
salam..sy dah 7 berkahwin tapi sush nk mgndung,peiod pn kdg2 xnak keluar smpi 4 5 bualan,hnya keluar bila sy makn ubat turunkn darah,risau sgt2.
[Reply]
salam…saya sudah setahun lbh berkahwin dan pernah mengalami keguguran…setelah itu smp skrg sy blum lagi ada tanda2 untuk hamil lagi…adakah harapan untuk hamil lagi coz sy ad jgk trdngar ttg lmbt hamil sekiranya pernah keguguran…perlukah sy mendapatkan apa2 rawatan…lagipun period sy monthly ok jer…
[Reply]
assalam…
sy sudah berkahwin 5 bulan tetapi masih tiada tanda2 untuk hamil…sy ingin sangat mandapat zuriat..masalh yg sy hadapi sy sering kali period tetapi sy tidak pasti samade tu period atau tak..selepas seminggu atau 2 minggu darh berwrna coklat akan keluar..adkah tu punca2 sy masih tidak hamil?doktor mengesahkan sy mempunyai masalh hormon…
[Reply]
sy telah datang haid pd hari pertama dgn sedikit.namun pd hari kedua haid sy menjadi bnyk.tetapi pd hari ketiga haid sy telah berhenti.adakah ini normal?
[Reply]
assalammualaikum…
sy menghidap hypertiroid sejak setahun yg lalu..sy dah 3 tahun brkahwin ttpi smpai skrg sy belum pernah mengandung.adakah disebabkan sy menhidap hypertiroid ini yg menyebabkan sy sukar utk mengandung?sy ada mengambil ubat utk merangsang kesuburan ttpi belum ada tanda2 utk mengandung.kitaran haid tiap bulan ok cuma tarikhnya saja yg makin awal dr tarikh bulan2 lepas.mohon penjelasan dari pihak tuan..
[Reply]
saya telah berkahwin dan mempunyai 2 org anak.anak pertama kini berumur 2 tahun dan anak kedua berumur 5 bulan. selepas melahirkan anak pertama, saya tidak didatangi haid lgsg sehinggalah saya melahirkan anak kedua. jarak kelahiran keduanya hanya setahun.persoalan skg, saya ingin mengambil pil perancang tetapi ketiadaan haid menyebabkan saya tidak tahu bila hendak dimkn pd tarikh yg sesuai. untuk makluman, anak kedua saya masih lagi menyusu bdn..bagaimana hendak saya atasi masalah ini berikutan saya tidak mahu lagi anak dlm waktu terdekat ini..?
[Reply]