11
Sep
Anovulasi, 40% Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita

Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi
’.
Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Simtom-simtom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi.

Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.

Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Apakah Punca-punca Anovulasi?

Bagaimana Cara Untuk ’Diagnose’ Masalah Anovulasi?

Apakah Kaedah-kaedah Rawatan Yang Biasa Dijalankan?

3 perkara di atas kami skip. Untuk elakkan daripada post ini panjang berjela. Mungkin kami akan update perkara-perkara di atas dalam ebook Rahsia Mudah Hamil sebab ia agak panjang untuk dihuraikan.

Anda dah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Seterusnya kami ingin buat perkaitan antara Gangguan Ovulasi dan Carta BBT.

Sebelum itu, sedikit ulangkaji tentang kaedah BBT.

Daripada Carta BBT, apa yang perlu anda perhatikan adalah Corak Keseluruhan carta. Memang dalam catatan BBT anda akan dapat corak ’bergigi’ iaitu setiap kali catatan suhu badan dibuat, ia akan sedikit turun dan naik. Ini adalah normal. Tetapi setelah proses ovulasi berlaku, anda akan perasan pada corak catatan BBT anda terdapat suatu kenaikan yang agak mendadak. Keadaan ini dipanggil Corak Biphasic. (Corak Triphasic pula kami akan terangkan dalam penulisan yang lain, Insyaallah).

Tetapi terdapat suatu keadaan dimana mungkin seseorang itu dapati tidak ada pun sebarang peningkatan suhu mendadak yang dimaksudkan. Maka besar kemungkinan iai adalah satu petunjuk bahawa proses ovulasi tidak berlaku dalam kitar haid tersebut. Oleh itu, apa tindakan anda? Segera berjumpa doktor bersama-sama dengan carta tersebut untuk mendapatkan penerangan lanjut dan khidmat nasihat professional. Ia sangat-sangat membantu doktor untuk membuat sebarang diagnosis.

Ini adalah antara kelebihan dalam kaedah BBT. Maklumat yang terkandung dalam carta BBT ini sangat penting dan boleh memberikan banyak maklumat berguna tentang tahap kesuburan anda.

Akhir sekali, sebarang masalah dalam pengiraan kawalatur kitar haid dan membaca maklumat pada carta BBT adalah sangat rumit untuk dijelaskan melalui email ataupun tulisan. Maka kami benar-benar berharap setelah anda baca entri ini, kotak email kami tidak dihujani dengan pelbagai email soalan tentang bagaimana untuk kira kitar haid dan baca carta. Bukannya kami tidak mahu tolong, tetapi memang kaedah email sangat tidak sesuai untuk membantu cara mengira kitar haid. Ia tak sama berbanding dengan bersemuka bersama-sama dengan kalendar dan carta BBT. Kami harap tidak ada yang berkecil hati jika ada email-email yang kami tak dapat jawab tentang perkara ini.

Sekian, mudah-mudahan anda mendapat manafaat daripada artikel ringkas di atas.

Share/Save/Bookmark

36 Responses to “Anovulasi, 40% Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita”

  • AEDAH says:

    saya suri rumah tangga yg bru berkawin 3 bulan lebih…sya sering sakit perut di bwah sebelah kiri. dan pinggang saya kadang sakit…pd bulan lepas hari piriate saya sama pada bulan sebelumnya.tetapi say tidak mengalami alahan muntah. mual2 tetapi nafsu mkn saya byk.walaupun sye ada masalah nafasu mkn saya banyak. adakah saya hamil/ tau itu sume normal bg org yg baru mendirikan rumahtangga.

    [Reply]

  • fiza says:

    salam..saya mengalami masalah haid yang tidak teratur…dan membimbangkan saya haid saya sudah dua bulan terhenti..sebelum ni kalu datang bulan pun hanya mengambil tempoh 3 hari sahaja dalam sebulan..bagaimana saya hendak mengenalpasti masalah sebenar yang saya alami…?

    [Reply]

  • idd says:

    salam, saya sudah 6 bulan berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata. sebelum berkahwin, kitaran haid saya tetap 28 hari dan haid selama 7 hari, tetapi setelah berkahwin, keadaan berubah. kitaran saya menjadi tidak tetap, haid juga menjadi panjang sehingga 15 hari..apakah puncanya?

    [Reply]

  • hasliza says:

    salam.. saya dah 4 bulan x dtg period. sy baru berumahtangga. kemaluan sy selalu mengeluarkan lendir yg kehijauan dan berbau.. sy berasa malu utk bersm suami krn hal tersebut.. boleh tlg bg sebarang cdgan dan penerangan kenapa dgn ‘kilang’ yg sy miliki….

    [Reply]

  • pu3 says:

    Assalamualaikum..

    Saya berumur 29 tahun dan telah pun berkahwin selama setahun dan sedang berusaha untuk hamil. Saya mempunyai kitaran haid seperti berikut : Ogos (37 hr), sept (32 hr), Okt (33 hr), Nov (31 hr).. Adakah kitaran haid saya bermasalah kerana terdapat dlm kitaran haid saya melebihi tempoh 36 hr.

    [Reply]

  • muntie says:

    saya muntie berumur 27 thn sudah berkawen sy mgalami kitaran haid tak teratur dan saya sudah berkawen slama 5thn belom mempunyai chaya mata tolong lah bantu apa masalah sy ini terima kasih,

    [Reply]

  • cici says:

    saya melakukan hubungan bersama suami pada hari ke enam ketika haid. jadi, adakah saya berpotensi untuk hamil? dan minggu ke berapakah tempoh subur untuk hamil setelah tamat haid? adakah minggu ke dua?

    [Reply]

  • nor says:

    sye sudah pn bkawin dan mempunyai dua cahaye mata.anak saye yg kedua berumor 1 thn lbh,setelah bsalin ank yg kedua sehingga ke hari ini kitaran haid sye ti dak teratur,dlm 1 bln sebanyak dua kali saye takut sekira nye sye mempunyai penyakit.

    [Reply]

  • eina says:

    salam…saya mempunyai masalah haid tidak teratur ….saya sudah kahwin selama 1thn tp msih tidak mempunyai rezeki lg….adakah sy berpontensi untuk mengandung?period kadang2 smpai 2 bln xdtg knp ye?

    [Reply]

  • sha says:

    salam…saya mempunyai masalah haid tidak teratur…saya belum berkahwin…umur saya 22 tahun..saya last period bulan 4hb march 2011 dan sekarang sudah masuk 4 bulan saya masih belum period…apakah masalah yang saya alami sebenarnya ….????saya harap pihak tuan dan puan dapat membantu saya dalam masalah ini..tq…

    [Reply]

  • aleeya says:

    salam…saya mempunyai masalah haid tidak teratur ….saya sudah kahwin selama 1thn tp msih tidak mempunyai rezeki lg….adakah sy berpontensi untuk mengandung?period kadang2 smpai 2 bln xdtg knp ye?

    [Reply]

  • jue says:

    salam…sy mempunyai masalah haid tidak teratur tp haid sy tiap2 ada..sy da kawen dekat 2tahun tp msh belum ada rezeki lg..adakah masalah haid sy xteratur punca sy blm ada anak.

    [Reply]

  • nurul says:

    salam,saya sudah kahwin 7bulan..saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur,kadang tu sampai 3bulan tak datang haid, klau dtg haid pun sdkit sgt dlm 3 hari sahja. tolong la saya,saya mahu hamil….apakah yang perlu saya lakukn….

    [Reply]

  • kris says:

    Saya berumur 29 tahun dan telah pun berkahwin selama setahun, sebelum kahwin kitaran haid saya 28 hari, tetapi selepas kahwin kitaran haid saya tak teratur. saya rasa sakit di bahagian bawah perut selepas melakukan hubungan dengan suami dan keesokkan pagi saya mengalami haid. adakan masalah saya biasa???

    [Reply]

  • secret91 says:

    assalamualaikum…
    sy brumur 20thn dan masih belum berkahwin…
    sy mngalami mslh kitaran haid..
    ini kerana sudh 3bulan sy tidak dtg haid…
    prkra ni kdg2 je brlku kpd sy..
    cthnya dlm sethn,de 2 @3 kli jg brlaku…
    1 lg..jka sy datang haid,sy tidk prnh mnglmi mslh snggugut, pning kpala @ pe2 shja sprt kwn2 sy lain…
    blh x tolong trngkn kpd sy,pe yg sbnrnya yg trjd kpd sy…

    [Reply]

  • rofi says:

    sy Ria yg blm lm mnikah tp ada gangguan “dmlm2 itu”.
    stiap qta mlkukan’y cairan sperma tak dpt msuk k vgna sy, stiap swmi ejakulasi sperma sllu kluar & vagina sy tak dpt mnrima sperma.
    yg ingin sy tnyakn, kjdian sprti itu apakh normal/tdk??
    jka tdk, bgmna pnanganan’y/

    [Reply]

  • Qaseh Mira says:

    saya berumur 31 tahun,mempunyai 2 org anak dan sekarang sy merancang utk ank yg seterusnya masalah sy sudah 3 bulan saya mencuba masih belum ada rezeki,x seperti ank2 sy yg sebelum ini mudah lekat…sy nak tanya tentang kitaran haid sy adakah teratur kiraan nya..bulan september kiraan nya 30 hari.bulan oktober 31 hari dan bulan november 31 hari,sy haid setiap 6 haribulan..apakah masalah sy sekarang dan adakah haid sy teratur?harap bantu kekeliruan saya..terima kasih..

    [Reply]

  • noridah bte abu bakar says:

    sya penah mengndung dan keguuran dan saya cuci… tetapi dari saat itu period saya tidak teratur… saya inginkan cahayamata… bantulah sya bagaiman saya ingin merawat.. period saya

    [Reply]

  • suhaila says:

    salam… saya masih lagi belum berkahwin… dan saya dah 3 bulan tak datang period.. kenapa yer..

    [Reply]

  • Annie says:

    Saya sudah kahwin 9 bln. Saya Gemuk 82 kg dan umur 32. Masalah saya kurang darah haid, tapi masih sihat. Apa salah ni kurang darah haid dlm 5 hari? Macam mana tak dapat hamil sah? Masalah kurang darah haid, bagaimana? Sila jawab saya mau tahu. Terima kasih..

    [Reply]

  • miera says:

    salam…saya baru 2 minggu berkawin…mase sekolah dulu..period sy normal…bile mula bekerja..jadi x normal..3 bulan skali bru dtg..tapi2 pada bulan2 yg sy xdtg tu terasa sakit senggugut tapi xdtg…kawan saya pula tidak datang 6 bulan tpi mengandung…berat badan saya 85 umur 25…adakah saya patutu turunkan brt badan dhulu…

    [Reply]

  • zaleha says:

    assalamualaikum saya berusia 25 tahun, ketinggian 160cm berat badan 105kg, masih bujang..kali pertama haid adalah ketika berusia 13 tahun..saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu…pada awal usia remaja haid saya normal seperti biasa cumanya tarikh period sering berbeza-beza sama ada awal bulan atau akhir bulan, sejak masuk universiti ianya bertukar kepada pertengahan bulan, setelah itu saya dapat akhir-akhir ini haid saya tidak ada langsung…pada perkiraan sy hampir 8 bulan saya tidak haid. tetapi pernah dalam jangka 8 bulan tersebut sekali sahaja haid datang seperti biasa. selepas itu tidak dtg haid langsung. saya amat bimbang keadaan ini, ini kerana saya akan berkahwin pada hujung tahun ini. saya risau jika saya tidak mempunyai peluang untuk mempunyai zuriat..saya bercadang untuk mendapatkan khid mat nasihat drpd seorg doktor hemeopati…apakah yg perlu saya lakukan untk mengatasi masalah ini…

    [Reply]

  • puteri says:

    saya 20 tahun dan belum berkahwin..saya mengalami haid tidak tetap,kadang2 haid saya tidak datang sehingga 5 dan 6 bulan sahaja..ini amat merisaukan diri saya,ap harus saya lakukan

    [Reply]

  • Lynda says:

    Salam…sy nk tye tentang kitaran haid…pd bulan march saya datang period 19/03/2012 sehingga 24/03/2012 …kemudian pada 11/04/2012 tiba2 ada darah turun dlm 2 titik macam tu setiap hari dan berlarutan hingga hri nie…tetapi pada hari nie darah turun dengan banyak seperti keadaan period..adakah nie normal…perlukah sy berjumpa doktor?

    [Reply]

  • gadis 17 tahun says:

    mcm mna kalau sese0rang yg dtg haid 1st time and last
    (31/12/2009-6/1/2010)
    shingga kni (april 2012) kitaran haid dia tidak berjalan langsung..(selepas drpd trikh di atas..sudah hmpir 3 thun)
    apa masalah yg sebenarnya??????

    [Reply]

  • sweet 17 says:

    skrg sy berumur 17 thun..tetapi,saya masih belum pernah datang haid…(“,)
    apa yg patut sya lakukn??rawatan apa yg patut sya dptkn??

    [Reply]

  • menanti says:

    hye sya sudha bkhwin 11 tahun dan blum ada anak haid normal

    [Reply]

  • ingin tahu says:

    mana mana seseoran itu sudah lama tidak datang haid? last dia datang haid pada tahun jun 2009 dan hingga kini 2013. kira -kira sudah 4 tahun beliau tidak datang haid. apa puncanya dan apa cara yang boleh diambil?

    [Reply]

    Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:

    Puan boleh cuba GLA, Insyaallah berkesan .. http://www.mudahhamil.com/blog/set-kesuburan-shaklee/testimoni-set-kesuburan-shaklee/

    [Reply]

    Ratu Reply:

    GLA COMPLEX blh diambil semua golongan ke?
    Maksud sy bujang or dh kawin?

    [Reply]

    Abu Jarir Ummu Aisyah Reply:

    ya, semua boleh ambil

  • sue says:

    hi, sya b’umur 34thn. Sya tlh mengambil pil pencegah kehamilan sejak thn 2002.
    Tp sejak 2 bln kebelakangan ni, pil yg sya ambil berbaki 5 biji tp darah haid sya keluar. Apa masalahnya sebenarnya ? Adakah itu salah satu tanda awal kanser pangkal rahim ?

    [Reply]

  • shida says:

    sy berkahwin pd 1/3/2014…hari ini 22/5/14…sy sudah hamil 6minggu…alhamdulillah..sy terkejut sebab sy ade endometriosis..susah hamil…tp sy tetap berusaha…sy cuba gla shaklee..bcomplex shaklee..dan seri dewi malam..alhmdulillah berhasil…sekadar berkongsi..

    [Reply]

  • gadis msalah haid says:

    Sy gadis 17 tahun … Sy dtg haid pada umur sy 12 tahun … LPs tu cm 5 atau 6 bulan sy x dtg haid kdg2 setahun …. Tp sbelum tu sy pernah didtgi haid selama 5 bulan dgn darah yg banyak …. Ape msalh nye??? Kwan2 sy semuanye normal je …

    [Reply]

  • intan syafina says:

    Sy tiap tiap buln priod tpi tk tetap tpi sy susah hamil knpe ye.

    [Reply]

  • nadzhatul natasha says:

    salam saya berumur 20 tahun sye mengalami mssalah tidak datang haid selama 3 tahun …apa masalah sye ya…mcm mana cara untuk saya mengatasi nya… harap dapat bantu

    [Reply]

Leave a Reply

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin