24
Mar
Perkembangan Terkini Ebook Rahsia Mudah Hamil
Mar
Sejak laman MudahHamil.com dilancarkan november 2008, tanpa promosi yang agresif, setakat hari ini senarai subscribers sudah melebihi 1000 orang. Ada yang bertanya, bila lagi ebook Rahsia Mudah Hamil ni terbit?
Sebenarnya, penulisan ebook ini memang sangat mencabar. Rahsia Mudah Hamil bukanlah seperti mana-mana buku atau ebook yang biasa. Ia agak teknikal dan penuh dengan konsep-konsep sains. Jadi penulisan perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang ‘misconception’. Lagipun, proses untuk memudahkan sesetengah konsep sains supaya ia dapat difahami oleh orang yang tidak ada background sains bukanlah suatu yang mudah.
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kelewatan penerbitannya. Proses penulisan ebook ini pernah terhenti selama lebih 2 bulan kerana ’sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.
Jaid kami harap mereka yang berminat untuk mendapatkannya supaya bersabar. Kami akan cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik. Insyaallah, isi kandungannya tidak akan mengecewakan para pembaca.


salam saya tertarik dengan buku ini macam mana saya ingin mendapatkannya.dan harganya berapa?rahsia buku ini mudah hamil adakah mujarab?berapa lama saya patut ambil masanya ingin menghamil
[Reply]
Puan natash, buat masa ini ia belum terbit lagi. Kami akan maklumkan sama ada dalam blog atau email bila ia sudah dilancarkan nanti. Kami ingin jelaskan di sini bahawa ia adalah dalam bentuk EBOOK. Bukannya BUKU FIZIKAL biasa. Maksudnya ia perlu didownload dari email setelah pembayaran dibuat. Ia hanya boleh dibaca di komputer sahaja.
Harganya pulak kami rahsiakan dulu buat masa ni.
Adakah ia mujarab? Macam ubat pulak yaa. Ebook ini adalah suatu bentuk panduan kepada anda untuk memilih rawatan yang bersesuaian. Disamping itu ia juga mengandungi beberapa kaedah untuk meningkatkan kesuburan. Keberkesanannya banyak bergantung kepada keadaan seseorang.
[Reply]
salam,
saya tertarik dgn buku ini. Harap dapat menyiapkannya dgn kadar segera. Seperti yg lain, saya juga ingin segera hamil dan mendapat cahaya mata seperti org lain.
[Reply]
admin Reply:
June 2nd, 2009 at 7:40 am
Alhamdulillah ebook ni sudah siap. Maaf kerana kelewatan. Jika kami tergesa-gesa menyiapkannya, sudah tentu hasilnya tidak begitu memuaskan. Biarlah lambat sedikit asalkan puas hati,. Itupun banyak lagi yang kami tidak lengkapkan.
[Reply]