23
Mar
Post Pertama: Tarikh yang cukup bermakna
Mar

Salam kepada semua pembaca blog.
Hari ini tanggal 22.3.2009 adalah hari kelahiran blog ini.
Ia sengaja dirancang sedemikian kerana ia juga adalah bersempena dengan hari ulangtahun ketiga cahayamata pertama kami Aisyah Sofiyyah Binti Hariri. Gambar di atas adalah gambar yang dirakam beberapa saat, sejurus selepas lahirnya Aisyah. Saat ini adalah sangat indah dan sangat bermakna bagi kami. Kami doakan insyaallah suatu hari nanti anda juga akan mengalami saat-saat indah yang sama. Dari semasa ke semasa, teruskan bersama blog ini. Semoga kandungan dalam blog ini akan dijadikan panduan dan diambil manafaat daripadanya.

