25
Aug
Blog-blog Terbaik Ketidaksuburan Bahasa Inggeris
Aug
Terlebih dahulu kami nak minta maaf sebab jarang update blog. Sejak mula blog ini diwujudkan, setakat hari ni, tak sampai 10 entri yang kami telah postkan. Memang faktor masa adalah kekangan yang paling utama. Jika sebelum ini kami sibuk dengan proses penulisan ebook ’Rahsia Mudah Hamil’, sekarang pula kami dalam proses penulisan ebook kedua kami tentang kesuburan. Sedikit-sebanyak, ia mengurangkan komitmen kami terhadap blog ini. Tapi kami tetap berazam untuk mengekalkan blog ini selagi kami mampu.
Bagi mengisi ’kekeringan’ entri-enrti terkini blog ’Rahsia Mudah Hamil’ ini, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa blog dalam bahasa inggeris yang membincangkan tentang isu-isu kesuburan/infertility.
Baru-baru ini, www.onlineultrasoundschool.com telah menyenaraikan TOP 50 PREGNANCY BLOGS, yang terdiri berbagai kategori. Berikut kami senaraikan beberapa blog yang membincangkan isu-isu kesuburan. Blog-blog ini kebanyakannya ditulis oleh wanita-wanita sama ada sedang melalui tempoh getir masalah kesuburan ataupun yang sudah berjaya hamil dan dapat anak, tetapi masih meneruskan penulisan mereka dalam blog.
Walaubagaimanapun, salah satu dari penulis blog ini adalah lelaki. Mau tau siapa dia? Teruskan membaca.
1) A Little Pregnant
>>http://alittlepregnant.typepad.com<<

Penulisnya, Julie, membicarakan bukan sahaja tentang infertility, tetapi juga tentang kehamilan dan keibubapaan. Kami dapati, pautan-pautan yang diberikan juga bermanafaat untuk rujukan.
2) abc Family
>>http://ennorath.typepad.com/<<
Arwen telah memulakan blog ini sejak 2004 sebagai ’infertility Blog’, tetapi temanya dah mula berubah sejak anak perempuannya dilahirkan. Walaubagaimanapun, anda masih boleh rujuk Archive dari beberapa tahun sebelum itu sejak 2004. Ikuti bagaimana perjalanan beliau kearah kehamilan pertama.
3) How To Make A Family
>>http://howtomakeafamily.typepad.com<<
Tracy Morris berpengalaman menulis ntuk About.com bagi isu-isu Infertility sejak 1997-2003. Beliau pernah menjadi konsultan kepada Laman ‘Moms Online’. Ini adalah blog milik beliau sendiri.
4) Infertility Blog
>>http://infertilityblog.blogspot.com<<

Beliau adalah satu-satunya penulis lelaki yang tersenarai. Walaubagaimanapun, beliau adalah seorang pakar. Dr Licciardi adalah seorang doktor pakar dalam bidang kesuburan di NYU Fertility Center. Bidang kepakaran beliau yang lain adalah pembedahan reproduktif, ovulation induction, IVF dan Egg Donation. Ini adalah salah satu blog yang kami subscribe sejak dulu lagi, Cuma mungkin isinya agak ‘berat’ dengan istilah-istilah perubatan, tetapi disampaikan dalam keadaan santai.
Blog-blog yang kami senaraikan di atas adalah dari kaca mata penulis2 barat. Mungkin ada beberapa perkara yang dibincangkan kita perlu tapis dan sesuaikan dengan budaya dan agama kita seperti egg donation dan adoption. Pandai-pandai la ya.
Cukuplah setakat tu dulu. Di masa yang akan datang, kami akan dedahkan satu lagi blog Mat Salleh yang pasti mengejutkan semua orang Kandungannya sangat bermaklumat tetapi bakal menimbulkan kontroversi. Walaupun blog ini tak tersenarai sebagai TOP 50, kami percaya ia akan mendapat peningkatan dari segi bilangan pelawat.
Bahasa Inggeris lagi? Apa boleh buat. Memang mereka lebih terkehadapan daripada kita dalam bidang ini. Sumber rujukan tempatan tentang kesuburan dan kehamilan adalah agak terhad. Bagi mereka yang menguasai Bahasa Inggeris, ia adalah suatu ‘advantage’ kerana dunia penulisan blog di barat sentiasa di penuhi dengan maklumat-maklumat terkini. Bagi mereka yang tidak menguasai Bahasa Inggeris, apa kata anda cuba kuasai bahasa inggeris ini melalui ebook. Nak tahu? KLIK SINI.
Kalau tak ada masa nak belajar bahasa inggeris semata-mata untuk mendapatkan bahan bacaan tentang ilmu-ilmu asas tentang kesuburan, anda perlu buat sedikit pelaburan dengan mendapatkan EBOOK RAHSIA MUDAH HAMIL, yang merupakan satu rujukan lengkap, ilmu-ilmu tentang kesuburan yang pertama di Malaysia. Ia ditulis khusus bagi mengisi kekosongan sumber maklumat dalam bahasa Melayu.
Akhir sekali, jangan pulak dah seronok mengikuti perkembangan blog-blog di atas sehingga terlupa blog kami ni pulak, maklumlah…jarang update. Walaupun blog kami ni tak seberapa, tetapi ia adalah dari acuan tempatan. Tak sama dengan blog-blog dari barat tu. Harap anda terus kekal memberikan sokongan kepada kami untuk hasilkan yang terbaik.
Sekian,
Abu Jarir & Ummu Aisyah
p/s: Blog kami berwajah baru. Sebarang komen di alu-alukan
4
Aug
Rahsia Kasih Sayang Suami Isteri
Aug
Dugaan tanpa zuriat adalah merupakan suatu ujian yang berat terhadap sesebuah rumahtangga. Ia akan menjadi semakin rumit bila terdapat campurtangan dan hasutan dari pihak luar. Mungkin tidak semua, tetapi terdapat sebahagian rumahtangga yang goyang dengan ujian ini. Bahkan ada yang mengambil keputusan untuk berpisah. Ini adalah suatu perkara yang perlu dielakkan daripada berlaku. Apa sahaja masalah yang berkaitan dengan kesukaran untuk dapat zuriat adalah masalah bersama yang perlu ditangani bersama-sama. Sebarang ketegangan tidak sedikitpun akan membantu.
Selain dari melakukan ikhtiar-ikhtiar untuk mendapatkan rawatan kesuburan, jangan sekali-kali kita abaikan kepentingan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.
Kami bukanlah pakar motivasi yang pakar dalam memberi nasihat berkenaan dengan keharmonian rumahtangga. Kami juga adalah pasangan suami isteri biasa seperti orang lain yang kadang-kadang ‘tergigit lidah’.
Namun, keharmonian rumahtangga adalah sebahagian dari cita-cita utama setiap pasangan suami isteri. Ketika kami mencari-cari bahan untuk penulisan ebook kedua kami, terjumpa sesuatu di internet…. Emm, mungkin ini adalah penyelesaiannya iaitu sebuah ebook yang bertajuk ‘Doa Pengasih‘.
Anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut.
Tajuk ebook ini memang sangat menarik, tetapi kami ragu-ragu dengan isi kandungannya pada mulanya kerana istilah ‘Ilmu Pengasih’ yang terkenal dengan unsur syirik dikalangan masyarakat kita bermain-main di kepala kami. Kami email penulisnya untuk meminta penjelasan lanjut tentang isi kandungannya. Esoknya kami dapat balasan email dari penulis ebook tersebut yang memberi jaminan bahawa isi kandungannya tidak lari dari batas-batas syariat islam. Kami lebih yakin bila mendapat tahu bahawa penulisnya adalah lulusan aliran sains dan agama dari Universiti Tempatan. Secara kebetulan pula, penulisnya membuat pengakuan bahawa beliau adalah merupakan salah seorang pembeli ebook Rahsia Mudah Hamil. Dengan senang hatinya, penulis tersebut iaitu saudara Munib telah memberikan kami satu salinan ebook Doa Pengasih secara percuma.
Hari tu juga kami baca ebook Doa Pengasih ini dan mendapati bahawa ia bukan semata mata tentang hubungan cinta pasangan kekasih saja. Malah ia boleh diaplikasikan pada sesiapa saja yang ingin dikasihi, contohnya seorang pekerja yang ingin diberi perhatian oleh majikan, atau seseorang yang ingin sentiasa disenangi oleh temannya, atau apa saja subjek berkaitan cinta & kasih sayang, termasuklah doa untuk diamalkan oleh isteri supaya dikasihi suami dan doa oleh suami supaya dikasihi oleh isteri.
Tak perlulah kita amalkan ilmu-ilmu hitam untuk pengasih kerana ia bukannya menyelesaikan masalah, tetapi menambahkan lagi masalah yang ada. Ilmu-ilmu hitam tersebut pada zahirnya sahaja dapat membuatkan kita dikasihi suami/isteri, bukannya datang dari hati, tetapi dari mainan syaitan.
Allah mempunyai 100 kasih(rahmat), satu diberikan pada semua penduduk bumi untuk dikongsikan bersama oleh manusia, haiwan & makhluk lain. Dengan satu kasih(rahmat) inilah kita saling menyayangi antara satu sama lain, walaupun berbeza agama, bangsa, negara, dll. Haiwan pun mendapat manafaat dari kasih(rahmat) Allah swt ini. Apatah lagi kita sebagai manusia yang mana hati-hati setiap manusia dimiliki oleh Allah swt. Melalui doa-doa pengasih ini, Insyaallah, Allah swt akan mengubah hati-hati suami/isteri khususnya atau sesiapa sahaja dapat mengasihi kita dari hati yang ikhlas.
Ringkasnya, kandungan web ini adalah tentang bagaimana menjalinkan hubungan kasih sayang sesama insan.
Maha suci Allah yang menciptakan segalanya.
Semoga perkongsian ini ada manafaatnya.
Abu Jarir & Ummu Aisyah
23
Jun
Cara mengira ‘due date’
Jun
Salam..
Hari ini saya akan berkongsi 1 tips yang ringkas bagaimana untuk mengira ‘due date’ setelah mendapat tahu bahawa anda berjaya hamil pada bulan tersebut.
Biasanya doktor akan menggunakan satu bentuk carta (biasanya dalam bentuk roda) untuk menganggarkan tarikh jangkaan bersalin atau due date berdasarkan tarikh hari pertama haid pada bulan tersebut. Sebenarnya carta tersebut dibuat berdasarkan formula dibawah.
Dengan menggunakan formula ringkas 3 langkah ini, sebenarnya anda sendiri boleh mengira due date anda sendiri secara manual. Berikut adalah langkah-langkahnya.
Langkah 1
Catatkan hari pertama haid pada bulan tersebut.
katakan,
>>>23 Jun 2009<<<
Langkah 2
Tolak 3 bulan dari tarikh tersebut.
>>>23 Mac 2009<<<
Langkah 3
Tambahkan 1 tahun 7 hari dari tarikh pada langkah 2.
>>>30 Mac 2010<<<
Ini adalah jangkaan tarikh bersalin berdasarkan teori bahawa bayi dalam kandungan akan berada dalam rahim ibu selama 40 minggu.
Tetapi harus diambil perhatian bahawa kebiasaannya seseorang itu akan bersalin seminggu sebelum atau seminggu
selepas due date tersebut.
Kalau anda nak senang lagi, masuk je ke laman web dibawah, hanya isikan tarikh hari pertama haid pada bulan tersebut, dalam sekelip mata, ia akan mengirakan due date untuk anda. Anda boleh cuba taipkan tarikh 23 Jun 2009, cuba lihat adakah due date yang terpapar sama dengan kiraan anda secara manual..
2
Jun
Ebook Rahsia Mudah Hamil Dilancarkan
Jun
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrohim…
Kami melancarkan jualan Ebook Rahsia Mudah Hamil
anda boleh terus ke laman jualan di
26
May
Ebook Rahsia Mudah Hamil Bakal Dilancarkan
May
Apakah perasaan anda bila keletihan menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh, tetapi bila sudah hampir tiba ke destinasi? Perasaan excited, lega dan macam-macam lagi?
Begitu juga kami, iaitu dari aspek penulisan/penghasilan ebook Rahsia Mudah Hamil seolah-olah menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh. Sekarang proses tersebut sudah sampai ke penghujung. Dalam masa beberapa hari lagi, ia bakal jadi tatapan para pembaca. Kami sendiri seolah-olah tidak percaya bahawa setelah kajian dan penulisan yang mengambil masa lebih dari 3 tahun akhirnya ia bakal dilancarkan pada hari ISNIN, 1 JUN 2009.(Bulan Jun adalah Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa/World Fertility Awareness Month)
Sekarang kami tersangat sibuk baik dari segi teknikal, perancangan pemasaran, final editing dan macam-macam lagi. Sejak seminggu lalu, kami telah kemukakan review copy kepada 8 orang untuk mendapat maklumbalas awal tentang ebook tersebut. Kami menunggu sebarang komen dan pandangan mereka tentang Rahsia Mudah Hamil tetapi tidak ada sebarang reply. Perasaan risau mula timbul kerana kami sangka ebook kami ini tidak berjaya menambat hati mereka. Selama 3 -4 hari kami dalam perasaan gundah gulana sehinggalah kami terima maklumbalas pertama, iaitu dari seorang doktor yang telah memberi maklumbalas yang sangat positif. Berikut petikan dari email beliau…
“TAHNIAH tak terhingga buat Ummu Aisyah & Abu Jarir atas usaha yang telah dilaksanakan. Excellent! Sungguh ianya satu usaha yang amat murni...”
Seterusnya satu demi satu maklumbalas positif yang telah kami terima antaranya ialah:
“Tahniah!!!!!!! coz dah berjaya hasilkan ebook yang betul2 boleh di terima pakai…”
“Wow cayalah..hebat ebook ko! Very informatif”
dan kemudian seorang lagi doktor yang selesai baca dan sedia berikan testimoni ikhlasnya..ia kami paparkan dalam laman web mudahhamil.com.
Dan salah seorang dari mereka yang juga merupakan seorang kawan lama saya(sedang buat pHD in Genetics), oleh kerana terlalu excited membaca hasil tulisan saya, telah menawarkan khidmat percuma untuk membuat Proof Reading. (khidmat anda ini tidak akan disia-siakan..insyaallah)
Akhir sekali, kami sedang dalam proses untuk mengemukakan Ebook ini kepada seorang tokoh. Siapa dia? Biarlah rahsia. Mudah-mudahan beliau sudi meluang sedikit masa untuk membaca sepintas lalu hasil tulisan kami ini.
Kepada semua yang telah diberikan review copy, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Ternyata ia mengembalikan semangat kami untuk menghasilkan yang terbaik.
Kepada subscibers kami sejak dari november 2008, insyaallah kami akan tepati janji tentang tawaran istimewa tersebut. Sila periksa email anda pada 1 jun 2009 ni ya.
Kepada semua pembaca blog dan mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Mudah Hamil, Insyaallah isi kandungannya tidak akan mengecewakan anda.
Kepada mereka yang sudah TERBELI satu ebook tentang Rahsia _ _ _ _ _ _ Hamil yang 2-3 minggu dilancarkan sebelum kami, mudah-mudahan nanti anda boleh bezakan antara intan dan kaca. Kami ada tawaran menarik untuk anda. Tunggu entri seterusnya dari kami.
Akhir sekali, Jangan Lupa : 1 JUN 2009 pelancaran Ebook Rahsia Mudah Hamil.
Sekian..
Abu Jarir & Ummu Aisyah
p/s: kami juga telah redesign ecover ebook dan nampak jauh lebih menarik dan sekaligus menunjukkan kesungguhan kami untuk berikan yang terbaik kepada anda….hmm nak tengok? Kami tunjuk sikit je la. Gambar penuh nanti tunggu 1 jun 2009 ya.


13
May
Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan
May
Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.
Adakah kitar haid anda tidak teratur?
Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi. (Dalam ebook ’Rahsia Mudah Hamil’ kami jelaskan perkara ini dengan terperinci, lengkap dengan bantuan gambarajah. Juga suplemen-suplemen yang biasanya digunakan untuk membaiki pengawalaturan kitar haid anda.)
Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?
Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.
Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?
Kami sudah jelaskan perkara ini dalam entri sebelum ini. Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.
Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?
Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.
Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?
Berat badan yang berlebihan atatu terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini. http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html
Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?
Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yan gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.
Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?
Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.
Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?
Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.
3
May
Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos
May
Apakah Ketidaksuburan
Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.
Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.
Mitos-mitos Ketidaksuburan
1) MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’
FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan
a) Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.
b) Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi
menghadapi masalah untuk mengandung lagi.
c) Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika
ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.
2) MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat”
FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala
1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.
3) MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”
FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan
untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.
Masalah ketidaksuburan dikalangan wanita yang lebih muda bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Berikut adalah statistik yang dilaporkan oleh ’American Society of Reproductive Medicine’, anda boleh download sendiri laporan asal tersebut jika berminat.
http://www.asrm.org/Patients/patientbooklets/agefertility.pdf
Masalah ketidaksuburan dialami oleh:
• 7% wanita berumur 20-24 tahun
• 9% berumur 25-39 tahun
• 15% berumur 30-34 tahun
• 22% berumur 35-39 tahun
4) MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”
FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut
sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah
25 tahun kebawah.
Walaubagaimanapu lelaki masih boleh mendabik dada kerana kajian tersebut menunjukkan bahawa sehingga umur 55 tahun, lelaki masih berupaya untuk ‘menghamilkan’
isteri mereka.
Kami sudahpun membuat satu entry khas sebelum ini untuk membincangkan perkara ini. Jika anda belum baca, KLIK SINI
2
May
Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki?
May
Salam..
Biasanya lelaki mendabik dada dengan mengatakan bahawa semakin berusia, mereka semakin matang, berbanding wanita yang semakin jatuh ‘saham’ bila berusia. Begitu juga dengan kesuburan. Umum telah mengetahui bahawa bila seseorang wanita itu meningkat usia, tahap kesuburan juga akan berkurangan. Tetapi terdapat anggapan umum bahawa kesuburan lelaki tidak dipengaruhi oleh umur. Banyak berlaku didalam masyarakat kita, lelaki yang lanjut usia masih boleh menghamilkan isteri (atau isteri-isteri) mereka.

Adakah dakwaan ini benar? Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara umur dan kesuburan lelaki. Walaubagaimanapun, kami terjumpa beberapa kajian tentang perkara ini. Berikut adalah hasil dapatannya.
Kajian ini telah dijalankan di Universiti Soroka, Israel. (Hmm, saya tau kita semua benci Israel, tapi tak salah jika kita ambil perkara-perkara yang bermanafaat dari mereka) Para pengkaji telah membuat analisis sperma keatas sekumpulan lelaki dari beberapa kumpulan umur. Mreka membuat perbandingan dari segi kualiti dan kuantiti sperma. Mereka mendapati bahawa;
- dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun. Kuantiti sperma ini didapati pada peringkat yang paling rendah setelah berumur 55 tahun.
- dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma(motiliti), tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah. Golongan yang berumur 55 tahun keatas berada pada tahap kualiti sperma yang paling rendah. Dari umur 35-55 tahun, kualiti atau daya gerak sperma merosot agak drastik iaitu 54%.
Dalam suatu kajian yang lain yang dijalankan di Lawrence Livermore National Laboratory, University of California, mereka mendapati bahawa gangguan genetik pada sperma meningkat bila umur meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada kesuburan. Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko keguguran dan kecacatan fetus.
Hasil dapatan di atas sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan ego lelaki bahawa faktor umur tidak memihak kepada merekan dalam proses untuk mendapat zuriat.
1
May
Carta BBT rumit dan menyusahkan! Bagaimana untuk atasinya?
May
Di barat, mencatat suhu badan asas dianggap mesti oleh kebanyakan komuniti yang mengalami ketidaksuburan. Seseorang doktor mungkin akan mencadangkan anda supaya membuat catatan BBT untuk memastikan hubungan kelamin dilakukan pada masa yang sesuai untuk hamil. Carta BBT juga boleh menjadi satu diagnosis awal untuk memastikan sama ada anda mengalami ovulasi atau tidak. Jika anda dapati bahawa anda tidak mengalami ovulasi, anda perlu untuk membawa carta itu bersama ke mana-mana doktor untuk mendapat khidmat nasihat lanjutan.

Carta BBT adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda membuat catatan setiap awal pagi dan mencatat keputusannya pada suatu carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi. Ia jauh lebih murah berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran walaupun ia lebih mudah dari kaedah BBT.
Walaubagaimanapun, bagi sesetengah wanita, mencatat carta BBT adalah sesuatu yang rumit dan menyusahkan. Berikut adalah antara beberapa kerumitan yang mungkin timbul sepanjang proses mencatat BBT
1)Kerumitannya bermula apabila seseorang itu cuba untuk memahami cara untuk mencatatnya ke dalam carta. Kami telah cuba membantu dengan mengeluarkan panduan yang menerangkan kaedah-kaedah untuk mencatat BBT ini dengan terperinci dengan bahasa yang mudah. Anda sudah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Jika anda masih belum membacanya, sila klik DI SINI. Itupun masih terdapat keluhan dari sesetengah pembaca yang mereka masih keliru dengan prosesnya.
2)Kerumitan yang seterusnya adalah dari segi disiplin. Oleh kerana proses ini akan menjadi rutin harian seseorang, mungkin ia akan menjadi suatu yang membebankan dan mungkin juga sesekali terlupa untuk mendapatkan bacaannya pada hari-hari tertentu.
3)Seterusnya bila carta sudah lengkap, proses mentafsir maklumat dari carta sekali lagi akan menimbulkan masalah. Jika carta itu berbentuk ’skema’ seperti yang diterangkan dalam panduan, ia tidak akan menjadi masalah. Tetapi masalah timbul jika terdapat catatan-catatan diluar jangkaan. Contohnya mungkin seseorang akan keliru jika terdapat kenaikan suhu kali kedua dalam sesuatu kitar haid. (’Triphasic Patern’). Apa itu ’Triphasic Patern’? Jangan risau, kami akan membuat satu penulisan khas tentangnya dalam blog ini. Ia adalah suatu maklumat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama.
Penyelesaiannya:
1)Kami sudah cuba sebaik mungkin untuk menerangkan langkah demi langkah. Jika anda sudah baca sekali tetapi masih tak jelas, cuba baca beberapa kali dengan lebih teliti. Kau perlu, cetak report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ itu kerana membaca melalui komputer tidak sama dengan membaca melalui ’print out’.
2)Masalah disiplin. Yang ni bergantung kepada kesungguhan masing-masing. Kalaulah betul-betul anda inginkan cahayamata, kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh sedikit. Orang lain mungkin akan dapat hamil dengan mudah. Satu demi satu zuriat lahir tanpa sebarang masalah. Tetapi anda mungkin Tuhan nak uji sikit. Mungkin kena bersabar dan berikhtiar lebih sedikit sebelum berjaya. Sesuatu yang didapati dengan susah payah lebih bernilai dan bermakna. Ia akan lebih dihargai. Jadi, anda perlu berdisiplin sekurang-kurangnya untuk selama 3-4 bulan. Sekurang-kurangnya catatan selama 3-4 bulan itu akan menjadi panduan yang sangat berguna untuk doktor mencadangkan proses rawatan seterusnya untuk anda. Anda perlu tahu bahawa carta BBT anda itu tersembunyi berbagai maklumat penting tentang kondisi kesuburan anda.
3)Jika anda perlukan bantuan untuk mentafsir maklumat dari carta BBT, kami nasihatkan agar anda korbankan RM30-RM50 untuk kos konsultasi dari mana-mana doktor. Biasanya anda hanya dikategorikan sebagai golongan yang mengalami masalah ketidaksuburan jika gagal hamil setelah setahun mencuba. Doktor hanya akan memberi diagnosis dan rawatan setelah setahun. Tetapi jika anda dapat mengesan sebarang masalah pada diri anda lebih awal melalui kaedah BBT ini, sekurang-kurangnya tindakan awal dapat diambil.
Sebenarnya kaedah BBT adalah sangat berguna. Anda akan menerokai dan memerhati dengan teliti apa yang berlaku pada diri anda melalui catatan suhu badan. Walaupun terdapat kaedah yang yang lebih mudah, kami nasihatkan agar anda kekal dengan kaedah BBT ini. Selamat mencuba.
24
Mar
Perkembangan Terkini Ebook Rahsia Mudah Hamil
Mar
Sejak laman MudahHamil.com dilancarkan november 2008, tanpa promosi yang agresif, setakat hari ini senarai subscribers sudah melebihi 1000 orang. Ada yang bertanya, bila lagi ebook Rahsia Mudah Hamil ni terbit?
Sebenarnya, penulisan ebook ini memang sangat mencabar. Rahsia Mudah Hamil bukanlah seperti mana-mana buku atau ebook yang biasa. Ia agak teknikal dan penuh dengan konsep-konsep sains. Jadi penulisan perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang ‘misconception’. Lagipun, proses untuk memudahkan sesetengah konsep sains supaya ia dapat difahami oleh orang yang tidak ada background sains bukanlah suatu yang mudah.
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kelewatan penerbitannya. Proses penulisan ebook ini pernah terhenti selama lebih 2 bulan kerana ’sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.
Jaid kami harap mereka yang berminat untuk mendapatkannya supaya bersabar. Kami akan cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik. Insyaallah, isi kandungannya tidak akan mengecewakan para pembaca.





