8
Nov
Sperma, Antara Fakta dan Mitos
Nov
Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.

sperma
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.




betul kah????????kalau macam 2,,saya amat yakin dengan diri saya,,,terima kasih kerana memberi maklumat penting seperti tentang diri manusia,,,,assalamualaikum,,
[Reply]
adakah benar ssorang yg memiliki zakar pendek amat sukar utk isterinya mgandung?
atau ni cerita mitos lagenda jee..
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
January 3rd, 2010 at 8:51 am
Yang memainkan peranan penting adalah kualiti dan kuantiti sperma. Jika saiz zakar yang penjang sekalipun, tetapi kandungan sperma yang kurang, ia tetap mempengaruhi peluang kehamilan
[Reply]
macammana jika langsung x ada sperma
risau ar
camne ni
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
January 12th, 2010 at 5:27 pm
Hanya satu je cara nak tau sama ada sperma kurang atau tiada langsung sperma adalah melalui ’sperm analysis’.
[Reply]
evo x Reply:
October 12th, 2010 at 12:38 am
ujian ni boleh buat kt mana2 klinik atau hospital ke? nk kena pegi bahagian mana klu kt hospital atau klinik? jumpa doktor pesakit luar tu dh boleh buat ujian ni x? tq
[Reply]
bolehkah wife pregnant if sperm husband hnya ada lbih kurang 20% drpd yg sepatutnya.wife pun ada msalah ovum xmtg,kitarah haid x teratur.
[Reply]
salam.. walaupun wanita mengalami PCOS,masih ada ke peluang untuk dirinya hamil.
[Reply]
Suami saya telah menjalankan ujian kesuburan seperti berikut:-
1)pada bulan 6 tahun 2009 : jumlah sperma 28juta bagi 5ml.
1)pada bulan 12 tahun 2009 : jumlah sperma 17juta bagi 5ml.
1)pada bulan 5 tahun 2010 : jumlah sperma 22juta bagi 3ml.
Adakah ianya normal? Apakah peluang untuk saya hamil? Untuk pengetahuan, kitaran haid saya teratur setiap bulan.
[Reply]
jika air mani dipancutkan walupun perempuam masih dara?
[Reply]
saya nak bertanya,sebelum memulakan atau memasuki alam perkahwinan perlukah saya membuat pemeriksaan doktor utk mengetahui bahawa sperma itu sihat atau tidak?
[Reply]
Abu Jarir & Ummu Aisyah Reply:
February 8th, 2011 at 7:11 am
Tak perlu. Kalau dah setahun kahwin dan masih belum ada zuriat, barulah buat sperm analysis. Untuk maklumat lanjut ttg sperm analysis ni boleh download satu ebook percuma di http://www.kesuburanlelaki.com
[Reply]
Salam sejahtera, saya dah kahwin tapi masih belum dapat anak selama 3 tahun. baru-baru ini saya dah pergi check dan air mani saya sebanyak 1-3% saja so sekarang saya sedang ambil ubat. doktor sarankan saya ambil selama 3 bulan dulu untuk mengetahui perkembangan sperma saya. doktor bagi tahu mungkin saya kerja bawah panas sebab tu saya tak ada air mani yang berkualiti. untuk pengetahuan doktor saya tak merokok tak minum arak. untuk makluman doktor juga masa saya mengalami ejeksi air mani saya rasa tak macam panjut dalam sebab saya rasa air mani dah meleleh keluar setiap kali bersama dengan isteri. saya nak tahu doktor adakah keaktifan sperma seseorang bergantung dengan makanan ataupun suasana. kalau ada tolong bagi tahu apa yang patut saya buat untuk menghasilkan sperma yang aktif dan air mani yang banyak. setakat ini isteri saya tidak ada masalah dengan kitaran haid. diharapkan doktor dapat memberi jawapan secepat mungkin. terima kasih
[Reply]
saya nk tny kalau air mani hanya mengalir di luar kmaluan wanita, ada risilko hamil?
[Reply]
salam,,sye dah buat ’sperm analysis’ sbnyak 3kali di hsptal,doktor sye kata sya tdak mempunyai sperma n saiz buah zakar sya jga normal,,apakah masalah yg saya hadapi..terima kasih….
[Reply]
salam….kami telah berkahwin hampir 3thn tp msh blm ada zuriat. suami telah menjalani ujian air mani sebanyak 2x dan mmg tiada sperma…baru2 ini, dia buat lagi ujian kaliketiga utk pastikan adakah dia benar2 tiada airmani atau itu adalah lab error.jika ternyata tiada sperma…apakah ada cara lain selain terpaksa melalui prosedur yg biasa dilakukan? misalnya pemakanan..mungkin ada petua lain..utk pengetahuan suami perokok.
[Reply]
salam…sy prnh mgalami mslsh period x teratur dan telah mengambil ubat dan skrg ok… tp sy still x pregnant… sy xtau samada suami sy bermslh… suami sy ni perokok n dia ada kencing manis yg bole d katakan tinggi gk… adakah ini bole jd antara faktor2 sy masih gagal mengandung….
[Reply]
saya mempunyai sperma yang kurang aktif..boleh kah isteri saya mengandung jikalau sperma saya kurang aktif.adakah itu di maksud kan mandul.
[Reply]
petua mudah untuk mengandung. dah cuba pelbagai ubat tradisional tapi tak menjadi juga. bila haid tak datang hingga 3 bulan, cek tak mengandung pula. dah dapat anak kembar lelaki. tapi untuk anak yang ke 2 ini amat-amat sukar. tolong mungkin ada petua atau kaedah yang boleh membantu dan pernah membuat pemeriksaan doktor kami berdua. tapi takda masalah juga kata doktor. suami amat kuat merokok.
[Reply]
salam….kami telah berkahwin hampir 3thn tp msh blm ada zuriat. saya telah menjalani ujian air mani sebanyak 2x dan mmg tiada sperma…baru2 ini, saya buat lagi ujian kaliketiga utk pastikan adakah saya benar2 tiada sperma atau itu adalah lab error.jika ternyata tiada sperma…apakah ada cara lain selain terpaksa melalui prosedur yg biasa dilakukan? misalnya pemakanan..mungkin ada petua lain..utk pengettahuan sy bukan perokok
[Reply]
mcm ne kalo kita nk tau sme ade kita mndul atau tidak??
[Reply]