3
May
Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos

Apakah Ketidaksuburan

Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.

Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.

Mitos-mitos Ketidaksuburan
1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’

FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan

a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.

b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi
menghadapi masalah untuk mengandung lagi.

c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika
ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.

2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat

FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala
1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.

3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”

FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan
untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.
Masalah ketidaksuburan dikalangan wanita yang lebih muda bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Berikut adalah statistik yang dilaporkan oleh ’American Society of Reproductive Medicine’, anda boleh download sendiri laporan asal tersebut jika berminat.

http://www.asrm.org/Patients/patientbooklets/agefertility.pdf

Masalah ketidaksuburan dialami oleh:

•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun

4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”

FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut
sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah
25 tahun kebawah.

Walaubagaimanapu lelaki masih boleh mendabik dada kerana kajian tersebut menunjukkan bahawa sehingga umur 55 tahun, lelaki masih berupaya untuk ‘menghamilkan’
isteri mereka.

Kami sudahpun membuat satu entry khas sebelum ini untuk membincangkan perkara ini. Jika anda belum baca, KLIK SINI

Share/Save/Bookmark

2 Responses to “Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos”

Leave a Reply

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin