15
Jul
Kesuburan & Ramadhan

Assalamualaikum…

Kesuburan Dan Ramadhan?

Maaf, tajuk di atas agak ‘gempaq’ sikit. Namun ia ada sedikit perkaitan dengan post kami sebelum ini iaitu Doa Nabi Zakaria Untuk Mudah Hamil. Sebenarnya kesuburan tidak ada kaitan khusus dengan ramadhan, cuma yang saya ingin kongsikan di sini adalah bahawa salah satu kelebihan bulan Ramadhan adalah tentang mustajabnya doa sebelum waktu berbuka.

Mafhum Hadis Nabi;

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak( Riwayat Ibn Majah)

doa-sebelum-berbuka

Mohonlah kepada yang Maha Pencipta supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah setiap kali sebelum berbuka puasa. Janganlah sesekali dilepaskan peluang keemasan ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga kita mendapat taufik untuk mempertingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini.

Di bawah, saya sertakan juga link laman web JAKIM jika anda ingin menyemak waktu berbuka puasa bagi setiap daerah-daerah utama diseluruh negara. Boleh save dan terus download ke komputer anda

— > Waktu Berbuka

Sebelum ini, saya sempat luangkan masa untuk mencari-cari maklumat-maklumat berkaitan ramadhan untuk ‘refresh’ balik maklumat-maklumat penting tentang ibadah puasa, tarawih dan yang berkaitan dengannya. Ada banyak website yang membicarakan tentang ramadhan ni. Namun kita kena juga hati-hati ketika mencari maklumat-maklumat di internet kerana bagi orang jahil macam saya ni, kita tak tahu apa latarbelakang penulis-penulis artikel-artikel tersebut. Boleh jadi mereka berfahaman syiah, antihadis dan macam-macam lagi fahaman yang tidak baik.

Berikut adalah beberapa link yang menarik tentang Ramadhan dan insyaallah, sumbernya juga baik.

—> Ustaz Zaharuddin

—> Video Ustaz Zaharuddin

—> Ustaz ZaimHilmi

Sekali lagi…

Salam Ramadhan untuk anda,

dari penulis Ebook Rahsia Mudah Hamil

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin