Archive for the ‘Suplemen Untuk Kesuburan Wanita’ Category

19
Jan
Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan FertilAid for Men

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik telah membuat kajian terhadap FertilAid For Men bagi mengatasi masalah kesuburan lelaki dan sperma yang lemah. Ia diketuai oleh seorang pakar Endokrin Reproduktif, Dr. J.E. Ellington. Kajian dilakukan terhadap sekumpulan lelaki yang menghadapi masalah penghasilan sperma. Kumpulan lelaki tersebut telah menjalani pengambilan produk kesuburan lelaki FertilAid For Men untuk selama 3 bulan. Hasilnya, kesemua mereka menunjukkan peningkatan yang ketara setelah pengambilan FertilAid For Men selama 3 bulan.

Pada tahun 2009, kajian tersebut telah diterbitkan dalam American Society of Andrology’s Annual Proceedings 2009, pg 41. Anda boleh download sendiri kajian yang telah dijalankan. Klik link berikut. Kesuburan Lelaki PDF

Satu-satunya cara untuk mengenalpasti tahap kesuburan lelaki hanyalah melalui Analisis Sperma. Oleh itu, adalah sangat digalakkan agar dilakukan Ujian Sperma terlebih dahulu sebelum mengambil FertilAid For Men. Jika didapati memang ada tanda-tanda ada masalah dari segi bilangan, motiliti dan morfologi sperma, maka pengambilan FertilAid For Men adalah sangat digalakkan. Setelah 3 bulan pengambilan FertilAid For Men, anda akan dapati, dengan izin yang Maha Pencipta, akan ada peningkatan dari segi Bilangan, Motiliti dan Morfologi sperma. Ini dibuktikan daripada beratus-ratus kajian saintifik yang pernah dilakukan dan juga pengalaman-pengalaman daripada pengguna-pengguna FertilAid For Men sebelum ini.

FertilAid adalah formula khusus yang menggabungkan beberapa antioksidan, vitamin, mineral dengan asid amino L-Cartinine yang penting bagi proses pembentukan sperma dan seterusnya meningkatkan bilangan, motility dan morfologi sperma.

• Cara Pengambilan FertilAid For Men: 3 kapsul setiap hari. Setiap botol mengandungi 90 kapsul untuk pengambilan selama sebulan.

• Kapsul adalah daripada sumber sayuran yang mana anda tak perlu ragui tentang status halal.

• Setelah pengambilan selama 3 bulan, anda sangat digalakkan agar menjalani ujian sperma bagi menguji sejauh mana keberkesanan pengambilan fertilaid ini.

produk kesuburan lelaki

FertilAid mengandungi:

L-Carnitine yang memainkan peranan penting dalam proses penghasilan sperma, khususnya dalam proses pematangan dan pembentukan morfologi sperma yang normal.

Grapeseed Extract Sejenis antioksidan yang penting. Radikal bebas akan merosakkan tisu dan sel sperma. Antioksidan akan memusnahkan radikal bebas ini bagi memastikan tiada sebarang gangguan terhadap penghasilan sperma yang normal dan subur.

Formula Antioksidan Yang Kompleks: Vitamins C, E, A, dan Selenium adalah vitamin-vitamin penting yang memainkan peranan utama dalam memperbaiki kerosakan yang disebabkan persekitaran seperti pemakanan dan proses penuaan.

Vitamin C juga penting bagi penghasilan sperma dan melindungi sperma daripada radikal bebas. Berikut adalah kajian bagaimana vitamin C memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki dan kesuburan sperma. (Dawson EB et al. Effects of ascorbic acid on male fertility. Ann N Y Acad Sci 1987; 498: 312-23.)

Maca Root & Asian Ginseng 2 jenis herba yang juga terbukti secara saintifik mampu meningkatkan penghasilan sperma dan motility sperma.

Zinc telah diketahui sangat penting bagi menunjukkan kesan positif terhadap pembentukan sperma dan metabolisme testorteron.

Betacarotene adalah sejenis antioksidan yang larut lemak. Ia dihasilkan daripada 100% sumber semulajadi.

UNTUK KONSULTASI, Whatsapp ke 013-8804974

Share/Save/Bookmark

26
Feb
Pengambilan Multivitamin Vitalea Tingkatkan Tahap Kesuburan Sehingga 40%.

Kajian oleh ‘Harvard Medical School’, terhadap 18000 wanita mendapati bahawa pengambilan Multivitamin sekurang-kurangnya 6 kali seminggu akan bantu mengelakkan masalah ovulasi sehingga 40% berbanding wanita yang tidak mengambil multivitamin.
Dalam satu kajian lain, wanita yang tidak mendapat zat besi yang mencukupi mempunyai risiko masalah anovulasi(masalah pengeluaran/penghasilan telur) dan masalah telur kurang berkualiti. Ia juga mampu menjejaskan masalah kesuburan sehingga 60% berbanding mereka yang mempunyai aras zat besi yang mencukupi.
Kajian ini juga mendapati bahawa bagi mereka yang mengalami masalah ovulasi, 40% daripada mereka berjaya mengatasi masalah tersebut setelah membuat pengambilan zat besi.
Awas. Jangan ambil sebarang multivitamin tanpa perlu mengkaji terlebih dahulu. Anda perlu perhatikan nilai DRI(Dietary Recommended  Intake) yang dikeluarkan oleh Institute of Medicine daripada US National Academy of Science. Terdapat sesetengah multivitamn yang tidak menepati nilai DRI ini. Malah ada juga jenama-jenama Multivitamin yang dijual di pasaran yang masih merujuk kepada nilai DV(Daily Value) yang dikeluarkan sejak tahun 1968 yang sudah tidak diguna pakai.
multivitamin vitalea
Bagi pengambilan zat besi pula, Kadar penyerapan zat besi Oleh badan biasanya rendah iaitu 10-15% sahaja. Untuk membantu meningkatkan kadar penyerapan ini, pengambilan zat besi perlu disertakan dengan pengambilan beberapa jenis nutrien lain.
Bagaimana ingin memilih Multivitamin yang terbaik? Kami akan kongsikan dalam penulisan yang akan datang.
Namun jika anda berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang multivitamin yang menepati nilai DRI dan Kaedah pengambilan zat besi yang berkesan, sila sms <MV> ke 013-8804974
multivitamin 2

Share/Save/Bookmark

28
Oct
Kaedah Pengambilan Berkesan Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki Dan Wanita

Sejak kami buat pendedahan tentang potensi besar CoQ10 dan GLA dalam membantu meningkatkan kesuburan, pelbagai respons yang kami terima. Kami dihujani dengan sms ringkas ‘setsubur’, iaitu satu kod khas yang perlu dihantar bagi memudahkan kami memberikan respons dan maklumat ringkas berkaitan dengan set kesuburan shaklee untuk lelaki dan wanita.

Ebook ‘Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10setakat ini telah di download oleh hampir 1000 pembaca.
Pastikan anda sudah download Ebook ‘Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10 

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Antara fakta penting dalam ebook tersebut ialah;

- CoQ10 Berkesan Untuk Kesuburan Wanita. Rakaman Video Youtube dari Dr. Vitaly A. Kushnir ini memberikan satu sokongan kuat tentang potensi Set Kesuburan Shaklee Untuk Wanita.

- CoQ10 Juga Berkesan Untuk Kesuburan Lelaki. Satu petikan dari laman News Medical tentang Coenzyme Q10 ini boleh dijadikan sumber rujukan tentang Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki.

Daripada jumlah 1000 pembaca, berikut adalah beberapa rumusan yang kami boleh berikan tentang latar belakang Pembaca Ebook tersebut.

Mereka terdiri daripada;

1) Pertama kali dengar tentang GLA dan CoQ10.

2) Pernah dengar tentang GLA untuk kesuburan, tapi baru pertama kali dengar tentang CoQ10.

3) Sudah pernah mencuba GLA, tapi belum pernah cuba CoQ10 sebab baru tahu tentangnya.

4) Sedang mengambil kombinasi Set Kesuburan untuk suatu tempoh, tapi kombinasi yang ternyata berbeza daripada cadangan kami. (Bahkan ada yang sedang membuat pengambilan suplemen yang tidak begitu berkaitan dengan kesuburan)

5) Sudah pernah mencuba GLA, tapi tidak membuat kaedah pengambilan GLA yang betul!!. Oh..

6) Bila baca Ebook kami, baru tau tentang CoQ10. Tapi, beli CoQ10 dengan orang lain, malangnya penjual tersebut tak tahu cara makan yang betul CoQ10 untuk kesuburan!!

 

Di sini kami tidak ingin mengulas tentang respon kami terhadap keenam-enam golongan di atas. Cuma kami ingin nyatakan di sini bahawa segala persoalan di atas akan terjawab jika anda download…

1) Ebook #1 – Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10 – PERCUMA UNTUK SEMUA

Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki Dan Wanita

2) Ebook#2 – Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10 – PERCUMA… TAPI BUKAN UNTUK SEMUA…

Set Kesuburan Shaklee CoQ10

* Ebook #1 akan bantu menjawab persoalan no 1-4.

* Ebook #2 akan bantu menjawab persoalan 5-6… (Tahukah anda bahawa kaedah pengambilan GLA yang tidak betul boleh menyebabkan keguguran dan kaedah pengambilan
CoQ10 yang tidak betul akan memberi kesan besar terhadap keberkesanannya?)

Anda Inginkan Ebook ‘Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10′ Percuma?

 

Lakukan 3 Langkah Berikut;

=====================

1- Baca Ebook #1 – Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10
2- Tinggalkan Komen ringkas di bahagian bawah post ini dengan pandangan ikhlas anda tentang isi kandungan Ebook #1.
3- sms/whatsapp kod < EBOOK2 > ke 013-8804974

Setelah anda lakukan 3 langkah di atas, kami akan nyatakan cara bagaimana anda boleh mendapatkan Ebook ‘Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10′.

Share/Save/Bookmark

8
Sep
CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia

CoQHealth adalah suplemen yang mengandungi CoQ10, sejenis Koenzim. Ia adalah sebahagian daripada set kesuburan shaklee. Kami harap agar anda jangan hairan jika kami satu-satunya yang mencadangkan pengambilan CoQHealth ini untuk kesuburan. Segala hujjah dan bukti-bukti daripada kajian saintifik ada kami dedahkan dalam ebook Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA dan CoQ10.

percuma-S

 

KLIK SINI untuk download ebook ini.

 

Apabila seseorang perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.

coqhealth

CoQ10(Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrien yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas penemuannya ini.

CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardin dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum.(ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.

CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.

Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.

Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini. (Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)

set kesuburan shaklee coqhealth

Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita

Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah di bawah;

CoQ10 shaklee

CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.

Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.

“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.”

Bagaimana nak dapatkan CoQHealth Plus Shaklee ini? Order di sini: —> BELI CoQHealth Shaklee  atau sms ‘SETSUBUR’ ke 0138804974 untuk dapatkan Harga Produk Shaklee dan Daftar Ahli Pengedar Shaklee.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin