Archive for the ‘Lelaki dan Kesuburan’ Category

19
Jan
Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan FertilAid for Men

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik telah membuat kajian terhadap FertilAid For Men bagi mengatasi masalah kesuburan lelaki dan sperma yang lemah. Ia diketuai oleh seorang pakar Endokrin Reproduktif, Dr. J.E. Ellington. Kajian dilakukan terhadap sekumpulan lelaki yang menghadapi masalah penghasilan sperma. Kumpulan lelaki tersebut telah menjalani pengambilan produk kesuburan lelaki FertilAid For Men untuk selama 3 bulan. Hasilnya, kesemua mereka menunjukkan peningkatan yang ketara setelah pengambilan FertilAid For Men selama 3 bulan.

Pada tahun 2009, kajian tersebut telah diterbitkan dalam American Society of Andrology’s Annual Proceedings 2009, pg 41. Anda boleh download sendiri kajian yang telah dijalankan. Klik link berikut. Kesuburan Lelaki PDF

Satu-satunya cara untuk mengenalpasti tahap kesuburan lelaki hanyalah melalui Analisis Sperma. Oleh itu, adalah sangat digalakkan agar dilakukan Ujian Sperma terlebih dahulu sebelum mengambil FertilAid For Men. Jika didapati memang ada tanda-tanda ada masalah dari segi bilangan, motiliti dan morfologi sperma, maka pengambilan FertilAid For Men adalah sangat digalakkan. Setelah 3 bulan pengambilan FertilAid For Men, anda akan dapati, dengan izin yang Maha Pencipta, akan ada peningkatan dari segi Bilangan, Motiliti dan Morfologi sperma. Ini dibuktikan daripada beratus-ratus kajian saintifik yang pernah dilakukan dan juga pengalaman-pengalaman daripada pengguna-pengguna FertilAid For Men sebelum ini.

FertilAid adalah formula khusus yang menggabungkan beberapa antioksidan, vitamin, mineral dengan asid amino L-Cartinine yang penting bagi proses pembentukan sperma dan seterusnya meningkatkan bilangan, motility dan morfologi sperma.

• Cara Pengambilan FertilAid For Men: 3 kapsul setiap hari. Setiap botol mengandungi 90 kapsul untuk pengambilan selama sebulan.

• Kapsul adalah daripada sumber sayuran yang mana anda tak perlu ragui tentang status halal.

• Setelah pengambilan selama 3 bulan, anda sangat digalakkan agar menjalani ujian sperma bagi menguji sejauh mana keberkesanan pengambilan fertilaid ini.

produk kesuburan lelaki

FertilAid mengandungi:

L-Carnitine yang memainkan peranan penting dalam proses penghasilan sperma, khususnya dalam proses pematangan dan pembentukan morfologi sperma yang normal.

Grapeseed Extract Sejenis antioksidan yang penting. Radikal bebas akan merosakkan tisu dan sel sperma. Antioksidan akan memusnahkan radikal bebas ini bagi memastikan tiada sebarang gangguan terhadap penghasilan sperma yang normal dan subur.

Formula Antioksidan Yang Kompleks: Vitamins C, E, A, dan Selenium adalah vitamin-vitamin penting yang memainkan peranan utama dalam memperbaiki kerosakan yang disebabkan persekitaran seperti pemakanan dan proses penuaan.

Vitamin C juga penting bagi penghasilan sperma dan melindungi sperma daripada radikal bebas. Berikut adalah kajian bagaimana vitamin C memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki dan kesuburan sperma. (Dawson EB et al. Effects of ascorbic acid on male fertility. Ann N Y Acad Sci 1987; 498: 312-23.)

Maca Root & Asian Ginseng 2 jenis herba yang juga terbukti secara saintifik mampu meningkatkan penghasilan sperma dan motility sperma.

Zinc telah diketahui sangat penting bagi menunjukkan kesan positif terhadap pembentukan sperma dan metabolisme testorteron.

Betacarotene adalah sejenis antioksidan yang larut lemak. Ia dihasilkan daripada 100% sumber semulajadi.

UNTUK KONSULTASI, Whatsapp ke 013-8804974

Share/Save/Bookmark

12
Nov
Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Suami merokok? Anda WAJIB baca ini. Merokok sememangnya adalah tabiat yang mengundang pelbagai keburukan dari segi kesihatan. Begitu juga dengan kesuburan. Toksin daripada asap rokok yang disedut akan melalui paru-paru dan seterusnya memasuki sistem peredaran darah. Dari sistem peredaran darah, sudah pasti ia akan dapat diserap melalui testis dan mempengaruhi penghasilan sperma khususnya dari segi kuantiti. Ok, kami ringkaskan fakta-fakta penting tentang rokok dan juga satu testimoni berhenti merokok dengan vivix shaklee tingkatkan kesuburan lelaki.

berhenti merokok

1) Satu analisa dijalankan terhadap 27 kajian yang menunjukkan bagaimana merokok memberi kesan terhadap , kualiti, motiliti dan morfologi sperma.

2) Merokok juga boleh menyebabkan bilangan sperma merosot sebanyak 23% manakala motiliti sperma merosot sebanyak 13%.

3) Kajian juga ada menunjukkan bagaimana sekumpulan pesakit berjaya meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma tanpa sebarang bentuk rawatan lain, sebaliknya hanya dengan berhenti merokok.

4) Merokok mempunyai kesan sekunder terhadap kesuburan. Kesan sekunder bermaksud, bagaimana seorang wanita yang tidak merokok terjejas kesuburannya kesan daripada asap rokok suami. Kajian tentang perkara ini juga pernah dijalankan dan telah dibuktikan kebenarannya.

5) Kajian juga menunjukkan bahawa merokok menjejaskan kejayaan rawatan IVF dengan kaedah ICSI. ICSI ialah kaedah rawatan dimana satu sperma diambil dan dihalakan kearah ovum bagi membantu kejayaan proses persenyawaan.

6) Mungkin kita jarang jumpa wanita yang merokok, namun berikut kami dedahkan juga bagaimana rokok menjejaskan kesuburan wanita. Menurut Dr. David Ozonoff daripada Department of Environmental Health, Boston University, asap rokok mengandungi ’Polycyclic Aromatic Hydrocarbons’ (PAH). PAH ini didapati mampu mematikan sel telur di dalam ovari. Dr. Jonathan Tilly dari Massachusetts General Hospital, Boston pula telah membuat satu ujikaji terhadap tikus makmal dengan memberi pendedahan kepada unsur-unsur PAH. Mereka mendapati bahawa sel-sel telur tikus tersebut mati. Kemudian mereka telah membuat ujian yang sama terhadap sel-sel telur dari tisu manusia. Setelah beberapa hari, kesan yang sama juga didapati iaitu sel-sel telur tersebut mati.

Selain itu, adalah dipercayai bahawa merokok boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami menopaus lebih awal.

Kami sudah tunjukkan bagaimana merokok menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita.

 

Ada DUA cara bagaimana anda boleh atasi masalah ini.

 

1) BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX SHAKLEE 

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, terdapat kajian yang menunjukkan bagaimana sekumpulan pesakit berjaya meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma tanpa sebarang bentuk rawatan lain, sebaliknya hanya dnegan berhenti merokok. Namun untuk berhenti merokok tidaklah semudah itu.

Anda mungkin menghadapi masalah berikut;

- Ingin sangat nak berhenti merokok, tapi seringkali gagal

- Dah puas membebel terhadap suami supaya berhenti merokok, tapi sikitpun tiada niat dia nak berhenti merokok.

Kami ada cara bagaimana untuk bantu anda/suami berhenti merokok. Ia sudah terbukti berkesan. Betul ke berkesan? Takpe, biar rakan kita ini ceritakan sendiri bagaimana beliau berjaya berhenti merokok hanya dengan sesudu Vivix Shaklee. (*kesan terhadap setiap orang mungkin berbeza bergantung kepada keadaan fisiologi dan sejarah kesihatan beliau)
Sila klik video di bawah untuk melihat sendiri bagaimana seorang pengguna berhenti merokok dengan vivix shaklee.

SMS ROKOK ke 013-8804974 untuk dapatkan Vivix Shaklee dengan harga istimewa yang mampu oleh semua orang berserta dengan konsultasi khusus sehingga berjaya dan pendedahan kaedah AA.

 

2) PENGAMBILAN AA BOLEH BANTU ATASI MASALAH KESUBURAN PADA PEROKOK.

Apa itu AA? Panjang lagi ceritanya tu. Kami akan dedahkan kepada anda setelah anda buat pembelian VIVIX daripada kami. Ia bukan omong kosong, sebaliknya kami ada sokongan kuat oleh satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Clinical Biochemistry And Nutrition

rokok vitamin

SMS <ROKOK> ke 013-8804974 untuk dapatkan Vivix Shaklee dengan harga istimewa yang mampu oleh semua orang berserta dengan konsultasi khusus sehingga berjaya dan pendedahan kaedah AA.

vivix shaklee berhenti merokok

Jika anda ada suami yang merokok, mungkin anda boleh tinggalkan komen tentang sejauh mana ikhtiar yang pernah dilakukan sebelum ini bagi berhenti merokok.

Share/Save/Bookmark

28
Oct
Kaedah Pengambilan Berkesan Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki Dan Wanita

Sejak kami buat pendedahan tentang potensi besar CoQ10 dan GLA dalam membantu meningkatkan kesuburan, pelbagai respons yang kami terima. Kami dihujani dengan sms ringkas ‘setsubur’, iaitu satu kod khas yang perlu dihantar bagi memudahkan kami memberikan respons dan maklumat ringkas berkaitan dengan set kesuburan shaklee untuk lelaki dan wanita.

Ebook ‘Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10setakat ini telah di download oleh hampir 1000 pembaca.
Pastikan anda sudah download Ebook ‘Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10 

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Antara fakta penting dalam ebook tersebut ialah;

- CoQ10 Berkesan Untuk Kesuburan Wanita. Rakaman Video Youtube dari Dr. Vitaly A. Kushnir ini memberikan satu sokongan kuat tentang potensi Set Kesuburan Shaklee Untuk Wanita.

- CoQ10 Juga Berkesan Untuk Kesuburan Lelaki. Satu petikan dari laman News Medical tentang Coenzyme Q10 ini boleh dijadikan sumber rujukan tentang Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki.

Daripada jumlah 1000 pembaca, berikut adalah beberapa rumusan yang kami boleh berikan tentang latar belakang Pembaca Ebook tersebut.

Mereka terdiri daripada;

1) Pertama kali dengar tentang GLA dan CoQ10.

2) Pernah dengar tentang GLA untuk kesuburan, tapi baru pertama kali dengar tentang CoQ10.

3) Sudah pernah mencuba GLA, tapi belum pernah cuba CoQ10 sebab baru tahu tentangnya.

4) Sedang mengambil kombinasi Set Kesuburan untuk suatu tempoh, tapi kombinasi yang ternyata berbeza daripada cadangan kami. (Bahkan ada yang sedang membuat pengambilan suplemen yang tidak begitu berkaitan dengan kesuburan)

5) Sudah pernah mencuba GLA, tapi tidak membuat kaedah pengambilan GLA yang betul!!. Oh..

6) Bila baca Ebook kami, baru tau tentang CoQ10. Tapi, beli CoQ10 dengan orang lain, malangnya penjual tersebut tak tahu cara makan yang betul CoQ10 untuk kesuburan!!

 

Di sini kami tidak ingin mengulas tentang respon kami terhadap keenam-enam golongan di atas. Cuma kami ingin nyatakan di sini bahawa segala persoalan di atas akan terjawab jika anda download…

1) Ebook #1 – Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10 – PERCUMA UNTUK SEMUA

Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki Dan Wanita

2) Ebook#2 – Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10 – PERCUMA… TAPI BUKAN UNTUK SEMUA…

Set Kesuburan Shaklee CoQ10

* Ebook #1 akan bantu menjawab persoalan no 1-4.

* Ebook #2 akan bantu menjawab persoalan 5-6… (Tahukah anda bahawa kaedah pengambilan GLA yang tidak betul boleh menyebabkan keguguran dan kaedah pengambilan
CoQ10 yang tidak betul akan memberi kesan besar terhadap keberkesanannya?)

Anda Inginkan Ebook ‘Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10′ Percuma?

 

Lakukan 3 Langkah Berikut;

=====================

1- Baca Ebook #1 – Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA & CoQ10
2- Tinggalkan Komen ringkas di bahagian bawah post ini dengan pandangan ikhlas anda tentang isi kandungan Ebook #1.
3- sms/whatsapp kod < EBOOK2 > ke 013-8804974

Setelah anda lakukan 3 langkah di atas, kami akan nyatakan cara bagaimana anda boleh mendapatkan Ebook ‘Kaedah Pengambilan Berkesan GLA & CoQ10′.

Share/Save/Bookmark

8
Nov
Sperma, Antara Fakta dan Mitos

Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.

* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma – ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!

* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.

sperma

sperma

Fakta

* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.

* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.

* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.

* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.

* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis.  Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.

* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.


Share/Save/Bookmark

25
Oct
Sperma Buatan Atasi Masalah Kesuburan Lelaki!!

Baru-baru ni ada satu berita yang mengejutkan, saintis telah berjaya menghasilkan sperma dari sel stem.

Suatu hari nanti, sperma dari lelaki tak perlu untuk mendapat zuriat, atau dengan kata lain, jika dunia ini dipenuhi oleh wanita sahaja tanpa seorang pun lelaki, seseorang wanita itu masih boleh mendapat zuriat dan seterusnya populasi manusia boleh terus bertambah.

Sebenarnya pernyataan adalah berdasarkan artikel terbaru dalam akbar berita harian pada minggu lepas. Berikut antara petikan artikel tersebut. Dah baca artikel nanti, teruskan baca ulasan kami dibawahnya.

Lelaki & sperma tak relevan
Oleh Fairuz Zaidan, Berita Harian, Oktober 2009

Benarkah sperma tidak lagi perlu untuk mendapatkan zuriat pada masa depan?

TEORINYA – sel stem atau sel induk daripada sumsum tulang wanita diperoleh dan diaktifkan menjadi sel embrio sebelum dimasukkan ke dalam karung telur untuk mengandungkan DNA 100 peratus sel induk.

Bayangkan, jika teori yang dikatakan sudah terbukti melalui ujian terhadap tikus di makmal ini dilakukan pula ke atas manusia atau wanita? Apa agaknya reaksi atau perdebatan di semua peringkat – termasuk kemanusiaan dan pihak berkuasa agama apabila proses pembiakan manusia mampu dilakukan dalam bilik makmal dengan mengetepikan sperma lelaki?

Apakah sudah tidak relevan lagi sperma lelaki hingga perlu dicari alternatif lain melalui bagi mendapatkan zuriat?

Biarpun penemuan baru itu dikatakan merintis usaha menangani masalah kemandulan, namun jika dilihat, langkah itu meminggirkan lelaki serta membuka prospek kelahiran bayi secara tiruan bukannya semula jadi.

Malah, pengkritik antarabangsa turut memberi amaran perkembangan terbaru itu boleh mencetuskan kontroversi seolah-olah mengetepikan fungsi sperma lelaki.

Julai lalu, akhbar tempatan melaporkan saintis di Britain mendakwa berjaya menghasilkan sperma manusia daripada sel tunjang tapi pakar lain mempertikaikannya.

Penyelidik di Universiti Newcastle dan Institut Sel Tunjang NorthEast England dilaporkan berkata, mereka menggunakan teknik baru untuk menghasilkan sel sperma daripada sel tunjang janin. Sel tunjang mempunyai potensi untuk menjadi apa juga sel di dalam tubuh.

Ketua penyelidik Newcastle, Karim Nayernia, dilaporkan berkata, teknik itu akan membolehkan penyelidik mengkaji bagaimana sperma berkembang dan kemungkinan boleh membantu dalam merawat lelaki mandul. Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Stem Cells and Development.

Mengulas laporan kontroversi itu, Pakar Embriologi Pusat Kesuburan Konsep, Damai Service Hospital Kuala Lumpur, Dr Yee Siew Yin berkata, kajian perubatan yang menjurus kepada aspek peribadi termasuk pengklonan individu tidak seharusnya dimanipulasi.

Dr Yee berkata, penggunaan teknologi harus ada batasan melainkan benar-benar dimanfaatkan untuk penggunaan lebih berfaedah, meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan serta menyelamatkan nyawa manusia.

“Teknologi ini tidak harus dianggap sebagai suatu alternatif kepada wanita kerana ini melanggar etika hidup manusia. Secara amnya, teknologi ini juga dikenali sebagai pengklonan.

“Malah, jika kita kaji kesannya, teknologi ini sebenarnya boleh disalahgunakan sesetengah pihak untuk menghasilkan klon diri dengan banyak dan mengakibatkan masalah pada masa depan,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki.

Mengulas lanjut konsep persenyawaan di mana wanita dikatakan mampu mengandung tanpa sperma seorang lelaki, Dr Yee berkata, teknologi itu bermula dari penyelidikan ke atas haiwan dan hingga hari ini masih mencetuskan kontroversi berhubung penggunaannya ke atas manusia.

Dr Yee berkata, melalui proses semula jadi, persenyawaan pembentukan embrio memerlukan telur wanita dan sperma lelaki disenyawakan.

“Tetapi teknologi yang mencetuskan perdebatan ini hanya memerlukan sel induk yang diaktifkan untuk menjadi embrio dan dimasukkan ke dalam karung telur wanita tanpa sperma lelaki,” katanya.

Ditanya kesan positif dan kebaikan ujian yang didakwa Karim itu, Yee berkata, ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat terutama pesakit dan mungkin boleh diaplikasikan untuk menghasilkan organ-organ penting seperti buah pinggang, jantung dan mata.

Namun, Dr Yee tidak menolak kesan buruk seperti kaedah rawatan disalahgunakan pihak tertentu kerana didorong sikap tamak.

“Teknologi masa depan seharusnya boleh menghasilkan sperma lelaki terutama dalam keadaan di mana seseorang lelaki itu tidak dapat menghasilkan sperma secara semula jadi. Sperma lelaki yang dihasilkan daripada sel induk lelaki ini boleh digunakan untuk perubatan kaedah in vitro fertilisation (IVF),” katanya.

Bercanggah dengan konteks Islam

PENGKLONAN manusia tanpa proses persenyawaan secara semula jadi adalah di luar sifat semula jadi manusia dan batas agama. Islam sebagai agama suci menolak sama sekali proses yang tidak membabitkan perhubungan halal antara suami dan isteri.

Penceramah bebas dan perunding motivasi, Prof Madya Dr Md Izuddin Ali berkata, perlumbaan teknologi perubatan dalam mencipta penemuan baru secara tidak langsung merosakkan institusi kekeluargaan serta melumpuhkan peranan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi sebagai pasangan suami isteri.

“Konsep yang cuba dibawa ini tentunya mencetuskan pertikaian dan menjadi isu sensitif terutama kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan proses kelahiran tanpa konsep suami dan isteri yang secara tidak langsung, merosakkan institusi perkahwinan itu sendiri,” katanya.

Dr Izuddin berkata, sebuah keluarga harus dibina berlandaskan peranan lelaki dan wanita yang mewujudkan ikatan perkahwinan yang sah bagi melahirkan lebih ramai zuriat. Ini dilakukan dengan cara yang normal dan melalui proses semula jadi.

Beliau berkata, sebagai umat Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang dialu-alukan bagi mereka yang layak dan berkemampuan.

“Nabi Muhammad SAW juga berkahwin dan janganlah pula kita mengenepikan institusi perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dalam cara berbeza. Perlulah wanita memiliki anak melalui proses yang sah dan berkahwin untuk mengecapi nikmat hidup berumah tangga,” katanya.

Ditanya apakah alternatif bagi pasangan berumah tangga yang masih belum mendapat cahaya mata, Md Izuddin berkata, Islam tidak sesekali menyekat pasangan berkahwin mengambil anak angkat sebagai jalan penyelesaian memiliki anak.

Namun, katanya, umat Islam tidak harus berputus asa dan berdoa selain melakukan pelbagai alternatif dan rawatan bagi memiliki cahaya mata sendiri.

“Ada pendapat mengatakan pasangan yang lewat mendapat cahaya mata digalak mengambil anak angkat. Langkah ini dikatakan membuka laluan memiliki anak sendiri.

“Pastikan kita sentiasa menjaga aurat dan memelihara kelakuan tanpa sesekali mengambil mudah soal perhubungan dalam pergaulan sehari-hari,” katanya.

Berikut adalah rakaman video dari temubual dengan Saintis tersebut dan ulasan beberapa saintis yang lain.

http://www.youtube.com/watch?v=4fIQCMQzSvc

Ulasan Saya:

Sebenarnya, kaedah yang mereka gunakan ini dikenali sebagai ‘pengklonan’. Isu pengklonan pernah menggemparkan sejarah dunia pada tahun 1997 apabila seorang Saintis dari Roslin Institute, Scotland mendedahkan kejayaan mereka mengklonkan seekor biri-biri yang diberi nama ‘Dolly’.

klon dolly

klon dolly

Isu ini hangat dibincang di seluruh dunia termasuk di Malaysia khususnya dari segi etika dan kemanusiaan. Apa yang sangat membimbangkan pada masa itu adalah kejayaan saintis mengklonkan organisma kompleks seperti biri-biri yang membayangkan bahawa manusia juga boleh diklonkan.

Pada ketika itu saya adalah merupakan pelajar tahun akhir di Jabatan Genetik dan Biologi Sel di Univ. Malaya dan kebetulan pula tesis saya pada ketika itu adalah berkenaan dengan DNA dan biri-biri. Maka saya juga dihujani dengan soalan-soalan dari ‘ustaz-ustaz’ atau pelajar-pelajar jurusan Usuluddin dan Syariah dari UM berkaitan dengan isu etika dan persoalan agama.

Pengklonan adalah merupakan suatu perkara biasa dan digunakan dengan meluas sejak berpuluh-puluh tahun dahulu, tetapi ia hanya melibatkan organisma-organisma ringkas seperti bakteria dan virus. Contohnya dalam penghasilan hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis, hormon insulin ini dihasilkan dari proses pengklonan bakteria yang telah diselitkan dengan gen yang mengawal penghasilan insulin manusia. Jadi, ia bukan satu masalah atau satu isu yang besar.

Tetapi, bila proses pengklonan berlaku kepada organisma yang lebih kompleks, ia mula menimbulkan kebimbangan kerana ia hanya tinggal satu langkah sahaja lagi kepada proses pengklonan manusia.

Balik kepada cerita ‘Dolly’ tadi, ‘dolly’ telah menghabiskan seluruh usianya di Roslin Institute sebagai bahan kajian. Kemudian ‘Dolly’ bertemu jodoh dengan biri-biri baka ‘welch mountain’ dan berjaya menghasilkan 6 zuriat bernama Bonnie, Sally, Rosie dan seterusnya kembar tiga iaitu Lucy, Darcy dan Cotton.

Pada tahun 2001 pada usia 5 tahun, Dolly mula mengidap arhritis. Pada 2003, Dolly mula menghadapi masalah paru-paru dengan arthritis yang semakin serius. Biri-biri berbaka Finn Dorset seperti Dolly biasanya mempunyai jangkahayat normal sehingga 11-12 tahun, namun Dolly ‘meninggal dunia’ ketika berumur 6 tahun.

Ini menimbulkan perdebatan di kalangan saintis. Saintis-saintis di Roslin Istitute menafikan kematian Dolly ada kaitan dengan proses pengklonan manakala terdapat satu teori dari saintis-saintis lain bahawa walaupun usia Dolly adalah 6 tahun, tetapi genetiknya adalah berusia 12 tahun kerana Dolly dihasilkan dari sel stem biri-biri berusia 6 tahun. Ini dikuatkan lagi dengan hasil dapatan bahawa telomere pada DNA dolly adalah lebih pendek dari biasa.

Cerita Dolly ni panjang lagi, takut off topik pulak, kita berbalik kepada cerita sperma buatan tadi.

Prosesnya lebih kurang sama, iaitu penghasilan sperma dari sel stem. Ini juga merupakan pengklonan dan apa yang mengejutkan, ia melibatkan sperma, titik mula seorang manusia. Kami ringkaskan dalam bentuk fakta perkara-perkara yang membimbangkan yang mungkin timbul dari kajian terbaru ini.

1) Oleh kerana ia melibatkan sperma, titik mula manusia, maka pengklonan manusia sudah mula terbayang di hadapan  mata kita.

2) Jika dunia ini dipenuhi wanita, tanpa seorang pun lelaki, maka proses perkembangan populasi masih boleh terus berlaku.

3) Pasangan lesbian dan golongan feminist pasti menyambut berita ini dengan gembira.

http://www.thefirstpost.co.uk/50404,news-comment,news-politics,synthetic-artificial-sperm-reproduction-science-sex-men-women-feminism-eugenics-fertility

4) Wujudnya bayi-bayi yatim, real punya yatim iaitu tanpa bapa.

5) Sebenarnya saintis-saintis yang sama ini juga telah berjaya menghasilkan sel sperma tikus dengan teknik yang sama 5 tahun lalu dan menghasilkan beberapa anak tikus dari sperma tersebut, tetapi semuanya tidak mempunyai jangkahayat yang panjang dengan pelbagai komplikasi seperti masalah paru-paru dan macam-macam lagi. Kesemua anak-anak tikus tersebut hidup paling lama 5 bulan berbanding jangkahayat normal 2 tahun. Bagaimana pula dalam manusia? Sama-sama kita fikirkan.

Kesimpulan:

Apa kegunaan kajian ini? Meraka mendakwa bahawa tujuan kajian ini dilakukan untuk mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki?

Memang masalah ketidaksuburan lelaki agak sukar dirawat berbanding dengan ketidaksuburan wanita.  Contohnya kes-kes seperti Azoospermia dimana atas sebab-sebab tertentu, seseorang lelaki tersebut didapati tidak mempunyai kandungan sperma dalam air maninya. Jika di barat, keadaan ini diatasi dengan menggunakan sperm donor, tapi anak tu bukan membawa gen lelaki tersebut. Maka dengan penemuan terbaru ini, seseorang lelaki itu tetap dapat menghasilkan sperma secara buatan iaitu yang dihasilkan dari sel stem beliau sendiri.

Setakat ini masih belum ada bayi yang lahir dari sperma buatan ini, tetapi mana-mana bayi yang pertama lahir dengan kaedah ini pasti menjadi bahan eksperimen sepanjang hayatnya dan besar kemungkinan banyak komplikasi-komplikasi kesihatan yang akan dihadapinya.

Nabi s.a.w tidak menggalakkan kita berkahwin dari kalangan ahli keluarga terdekat kerana ia akan menghasilkan baka yang lemah. Sedangkan tumbuhan dari pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacukan pun berbeza kualiti, apatah lagi seorang manusia yang terhasil dari ‘sel tulang belakangnya’ sendiri.

Share/Save/Bookmark

2
May
Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki?

Salam..

Biasanya lelaki mendabik dada dengan mengatakan bahawa semakin berusia, mereka semakin matang, berbanding wanita yang semakin jatuh ‘saham’ bila berusia. Begitu juga dengan kesuburan. Umum telah mengetahui bahawa bila seseorang wanita itu meningkat usia, tahap kesuburan juga akan berkurangan. Tetapi terdapat anggapan umum bahawa kesuburan lelaki tidak dipengaruhi oleh umur. Banyak berlaku didalam masyarakat kita, lelaki yang lanjut usia masih boleh menghamilkan isteri (atau isteri-isteri) mereka.


Adakah dakwaan ini benar? Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara umur dan kesuburan lelaki. Walaubagaimanapun, kami terjumpa beberapa kajian tentang perkara ini. Berikut adalah hasil dapatannya.

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Soroka, Israel. (Hmm, saya tau kita semua benci Israel, tapi tak salah jika kita ambil perkara-perkara yang bermanafaat dari mereka) Para pengkaji telah membuat analisis sperma keatas sekumpulan lelaki dari beberapa kumpulan umur. Mreka membuat perbandingan dari segi kualiti dan kuantiti sperma. Mereka mendapati bahawa;

  • dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun. Kuantiti sperma ini didapati pada peringkat yang paling rendah setelah berumur 55 tahun.

  • dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma(motiliti), tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah. Golongan yang berumur 55 tahun keatas berada pada tahap kualiti sperma yang paling rendah. Dari umur 35-55 tahun, kualiti atau daya gerak sperma merosot agak drastik iaitu 54%.

Dalam suatu kajian yang lain yang dijalankan di Lawrence Livermore National Laboratory, University of California, mereka mendapati bahawa gangguan genetik pada sperma meningkat bila umur meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada kesuburan. Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko keguguran dan kecacatan fetus.

Hasil dapatan di atas sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan ego lelaki bahawa faktor umur tidak memihak kepada merekan dalam proses untuk mendapat zuriat.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin