Archive for September, 2013

17
Sep
Testimoni Set Kesuburan Shaklee Oleh Pakar Perubatan Antarabangsa

Salam

Bagi anda yang setia mengikuti perkembangan blog ini sejak dari tahun 2009, anda pasti sedia maklum bahawa kami tidak pernah mempromosikan mana-mana produk kesuburan di blog ini. Namun, sejak minggu lalu, kami mula membuat pendedahan tentang Set Kesuburan Shaklee melalui satu entri tentang CoQHealth Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia yang begitu kontroversi sehingga menyebabkan telefon bimbit kami kami bertalu-talu dihujani dengan sms/whatsapp selama beberapa hari. (013-8804974)

set kesuburan shaklee

Set Kesuburan Shaklee Disertakan Dengan Panduan Pengambilan Berkesan GLA & CoQHealth.
Eksklusif Hanya Untuk Pelanggan Kami

 

Tidak kurang juga ada yang bertanya tentang testimoni set kesuburan shaklee ini. Testimoni GLA Complex Shaklee memang bersepah-sepah di internet. Sebahagian daripada testimoni tersebut kami sertakan di bawah. Maklumat-maklumat tentang kebaikan GLA untuk kesuburan wanita adalah satu perkara yang diketahui umum. Bagi mereka yang pernah mencubanya sudah pasti merasai sendiri keberkesanannya, namun ia perlu diambil dengan kaedah yang betul(Kami akan terangkan kemudian).

testimoni set kesuburan shaklee

koleksi testimoni gla complex set kesuburan shaklee

Malangnya bagi Testimoni CoQhealth Shaklee untuk kesuburan wanita dan lelaki, kami tidak dapat berikan sebarang testimoni.

Kenapa?

Sebenarnya, blog Rahsia Mudah Hamil adalah antara yang terawal membuat pendedahan yang penuh kontroversi ini. Di peringkat antarabangsa, penemuan ini baru beberapa tahun lalu dan kajian-kajian lanjut sedang giat dijalankan. Selama ini, ramai yang menganggap bahawa CoQ10 hanya untuk kesihatan jantung dan tenaga semata-mata. Namun sebenarnya, CoQ10 ini mempunyai potensi yang besar bagi membantu wanita yang mengalami masalah seperti PCOS, Cyst, Telur Tak Matang, Wanita Berumur/Lanjut Usia, persediaan bagi IVF/IUI dan juga masalah Azoospermia bagi kesuburan lelaki. Oleh itu, setakat ini, memang kami tidak dapat berikan sebarang testimoni.

Namun kami dapat berikan anda sesuatu yang lebih baik dari itu. Iaitu testimoni dari pakar kesuburan antarabangsa, Dr. Vitaly A. Kushnir, seorang penyelidik dari Center for Human Reproduction. Untuk pengetahuan anda, Center For Human Reproduction adalah antara pusat IVF yang terawal di US dan di dunia.

Klik link di bawah untuk tonton video tersebut…

############################################

############################################

Masih tak yakin dengan testimoni pakar tersebut?

Mahu tunggu setelah 5 tahun baru nak cuba?

Risau takut CoQ10 ini tidak selamat? Hmm..mungkin nama ‘CoQ10‘ yang agak pelik seperti nama racun serangga menyebabkan anda risau? :) Dalam video di atas, Dr. Vitaly A. Kushnir sendiri ada menyatakan bahawa CoQ10 adalah ‘SAFE & EFFICIENT’. CoQ10 ini sebenarnya memang sedia ada dalam badan kita, cuma kandungannya berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Ia juga terdapat dalam beberapa jenis makanan harian kita.

Masih perlukan testimoni bergambar dari ibu-ibu yang menggendong baby baru nak cuba? Tahukah anda bahawa sesetengah produk-produk picisan bergantung jualan kepada testimoni-testimoni seumpama ini semata-mata tanpa sebarang bukti secara saintifik tentang keberkesanan produk mereka. Ingat tagline kami ‘Berikhtiar Dengan Bijak’.

Jika berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang harga set kesuburan shaklee ini, sila sms/whatsapp ‘setsubur’ ke 0138804974 untuk dapatkan maklumat lanjut.

harga set kesuburan shaklee

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Set kesuburan Shaklee CoQHealth

Share/Save/Bookmark

8
Sep
CoQHealth Plus Shaklee Untuk Kesuburan Wanita Lanjut Usia

CoQHealth adalah suplemen yang mengandungi CoQ10, sejenis Koenzim. Ia adalah sebahagian daripada set kesuburan shaklee. Kami harap agar anda jangan hairan jika kami satu-satunya yang mencadangkan pengambilan CoQHealth ini untuk kesuburan. Segala hujjah dan bukti-bukti daripada kajian saintifik ada kami dedahkan dalam ebook Kaedah Cepat Hamil Dengan GLA dan CoQ10.

percuma-S

 

KLIK SINI untuk download ebook ini.

 

Apabila seseorang perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.

coqhealth

CoQ10(Coenzyme Q10) yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrien yang larut lemak yang penting bagi penghasilan tenaga dalam sel. CoQ10 ini mula dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun, perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr Peter D. Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas penemuannya ini.

CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging, kekacang, sardin dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah ovum.(ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.

CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun, tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.

Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.

Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini. (Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)

set kesuburan shaklee coqhealth

Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita

Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah di bawah;

CoQ10 shaklee

CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang(secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.

Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.

“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.”

Bagaimana nak dapatkan CoQHealth Plus Shaklee ini? Order di sini: —> BELI CoQHealth Shaklee  atau sms ‘SETSUBUR’ ke 0138804974 untuk dapatkan Harga Produk Shaklee dan Daftar Ahli Pengedar Shaklee.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin