Archive for May, 2009

26
May
Ebook Rahsia Mudah Hamil Bakal Dilancarkan

Apakah perasaan anda bila keletihan menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh, tetapi bila sudah hampir tiba ke destinasi? Perasaan excited, lega dan macam-macam lagi?

Begitu juga kami, iaitu dari aspek penulisan/penghasilan ebook Rahsia Mudah Hamil seolah-olah menempuh suatu perjalanan yang sangat jauh. Sekarang proses tersebut sudah sampai ke penghujung. Dalam masa beberapa hari lagi, ia bakal jadi tatapan para pembaca. Kami sendiri seolah-olah tidak percaya bahawa setelah kajian dan penulisan yang mengambil masa lebih dari 3 tahun akhirnya ia bakal dilancarkan pada hari ISNIN, 1 JUN 2009.(Bulan Jun adalah Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa/World Fertility Awareness Month)

Sekarang kami tersangat sibuk baik dari segi teknikal, perancangan pemasaran, final editing dan macam-macam lagi. Sejak seminggu lalu, kami telah kemukakan review copy kepada 8 orang untuk mendapat maklumbalas awal tentang ebook tersebut. Kami menunggu sebarang komen dan pandangan mereka tentang Rahsia Mudah Hamil tetapi tidak ada sebarang reply. Perasaan risau mula timbul kerana kami sangka ebook kami ini tidak berjaya menambat hati mereka. Selama 3 -4 hari kami dalam perasaan gundah gulana sehinggalah kami terima maklumbalas pertama, iaitu dari seorang doktor yang telah memberi maklumbalas yang sangat positif. Berikut petikan dari email beliau…

TAHNIAH tak terhingga buat Ummu Aisyah & Abu Jarir atas usaha yang telah dilaksanakan. Excellent! Sungguh ianya satu usaha yang amat murni...”


Seterusnya satu demi satu maklumbalas positif yang telah kami terima antaranya ialah:

“Tahniah!!!!!!! coz dah berjaya hasilkan ebook yang betul2 boleh di terima pakai…”

“Wow cayalah..hebat ebook ko! Very informatif”


dan kemudian seorang lagi doktor yang selesai baca dan sedia berikan testimoni ikhlasnya..ia kami paparkan dalam laman web mudahhamil.com.

Dan salah seorang dari mereka yang juga merupakan seorang kawan lama saya(sedang buat  pHD in Genetics), oleh kerana terlalu excited membaca hasil tulisan saya, telah menawarkan khidmat percuma untuk membuat Proof Reading. (khidmat anda ini tidak akan disia-siakan..insyaallah)

Akhir sekali, kami sedang dalam proses untuk mengemukakan Ebook ini kepada seorang tokoh. Siapa dia? Biarlah rahsia. Mudah-mudahan beliau sudi meluang sedikit masa untuk membaca sepintas lalu hasil tulisan kami ini.

Kepada semua yang telah diberikan review copy, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Ternyata ia mengembalikan semangat kami untuk menghasilkan yang terbaik.

Kepada subscibers kami sejak dari november 2008, insyaallah kami akan tepati janji tentang tawaran istimewa tersebut. Sila periksa email anda pada 1 jun 2009 ni ya.

Kepada semua pembaca blog dan mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook Rahsia Mudah Hamil, Insyaallah isi kandungannya tidak akan mengecewakan anda.

Kepada mereka yang sudah TERBELI satu ebook tentang Rahsia _ _ _ _ _ _ Hamil yang 2-3 minggu dilancarkan sebelum kami, mudah-mudahan nanti anda boleh bezakan antara intan dan kaca. Kami ada tawaran menarik untuk anda. Tunggu entri seterusnya dari kami.

Akhir sekali, Jangan Lupa : 1 JUN 2009 pelancaran Ebook Rahsia Mudah Hamil.

Sekian..

Abu Jarir & Ummu Aisyah

p/s: kami juga telah redesign ecover ebook dan nampak jauh lebih menarik dan sekaligus menunjukkan kesungguhan kami untuk berikan yang terbaik kepada anda….hmm nak tengok? Kami tunjuk sikit je la. Gambar penuh nanti tunggu 1 jun 2009 ya.



Share/Save/Bookmark

13
May
Kenali Petanda-petanda Awal Masalah Kesuburan

Simtom umum terhadap masalah ketidaksuburan adalah kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama setahun tanpa sebarang penggunaan kaedah perancang. Setelah itu, barulah dikatakan bahawa anda termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kesuburan. Terdapat beberapa simtom-simtom lain yang mungkin ada kaitan dengan masalah kesuburan. Berikut kami kemukan beberapa persoalan untuk dijawab oleh anda dan pasangan. Anda cuba perhatikan petanda-petanda ini. Jika anda lambat mendapat zuriat dan mendapati bahawa terdapat jawapan ‘ya’ bagi mana-mana persoalan-persoalan ini, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk kepastian dan khidmat nasihat lanjutan.

Adakah kitar haid anda tidak teratur?

Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi. (Dalam ebook ’Rahsia Mudah Hamil’ kami jelaskan perkara ini dengan terperinci, lengkap dengan bantuan gambarajah. Juga suplemen-suplemen yang biasanya digunakan untuk membaiki pengawalaturan kitar haid anda.)

Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?

Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?

Kami sudah jelaskan perkara ini dalam entri sebelum ini. Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.

Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?

Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.

Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?

Berat badan yang berlebihan atatu terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini. http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html

Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?

Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yan gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?

Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.

Share/Save/Bookmark

3
May
Ketidaksuburan: Antara Fakta dan Mitos

Apakah Ketidaksuburan

Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.

Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.

Mitos-mitos Ketidaksuburan
1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’

FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan

a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.

b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi
menghadapi masalah untuk mengandung lagi.

c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika
ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.

2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat

FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala
1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.

3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”

FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan
untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.
Masalah ketidaksuburan dikalangan wanita yang lebih muda bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Berikut adalah statistik yang dilaporkan oleh ’American Society of Reproductive Medicine’, anda boleh download sendiri laporan asal tersebut jika berminat.

http://www.asrm.org/Patients/patientbooklets/agefertility.pdf

Masalah ketidaksuburan dialami oleh:

•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun

4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”

FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut
sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah
25 tahun kebawah.

Walaubagaimanapu lelaki masih boleh mendabik dada kerana kajian tersebut menunjukkan bahawa sehingga umur 55 tahun, lelaki masih berupaya untuk ‘menghamilkan’
isteri mereka.

Kami sudahpun membuat satu entry khas sebelum ini untuk membincangkan perkara ini. Jika anda belum baca, KLIK SINI

Share/Save/Bookmark

2
May
Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki?

Salam..

Biasanya lelaki mendabik dada dengan mengatakan bahawa semakin berusia, mereka semakin matang, berbanding wanita yang semakin jatuh ‘saham’ bila berusia. Begitu juga dengan kesuburan. Umum telah mengetahui bahawa bila seseorang wanita itu meningkat usia, tahap kesuburan juga akan berkurangan. Tetapi terdapat anggapan umum bahawa kesuburan lelaki tidak dipengaruhi oleh umur. Banyak berlaku didalam masyarakat kita, lelaki yang lanjut usia masih boleh menghamilkan isteri (atau isteri-isteri) mereka.


Adakah dakwaan ini benar? Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara umur dan kesuburan lelaki. Walaubagaimanapun, kami terjumpa beberapa kajian tentang perkara ini. Berikut adalah hasil dapatannya.

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Soroka, Israel. (Hmm, saya tau kita semua benci Israel, tapi tak salah jika kita ambil perkara-perkara yang bermanafaat dari mereka) Para pengkaji telah membuat analisis sperma keatas sekumpulan lelaki dari beberapa kumpulan umur. Mreka membuat perbandingan dari segi kualiti dan kuantiti sperma. Mereka mendapati bahawa;

  • dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun. Kuantiti sperma ini didapati pada peringkat yang paling rendah setelah berumur 55 tahun.

  • dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma(motiliti), tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah. Golongan yang berumur 55 tahun keatas berada pada tahap kualiti sperma yang paling rendah. Dari umur 35-55 tahun, kualiti atau daya gerak sperma merosot agak drastik iaitu 54%.

Dalam suatu kajian yang lain yang dijalankan di Lawrence Livermore National Laboratory, University of California, mereka mendapati bahawa gangguan genetik pada sperma meningkat bila umur meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada kesuburan. Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko keguguran dan kecacatan fetus.

Hasil dapatan di atas sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan ego lelaki bahawa faktor umur tidak memihak kepada merekan dalam proses untuk mendapat zuriat.

Share/Save/Bookmark

1
May
Carta BBT rumit dan menyusahkan! Bagaimana untuk atasinya?

Di barat, mencatat suhu badan asas dianggap mesti oleh kebanyakan komuniti yang mengalami ketidaksuburan. Seseorang doktor mungkin akan mencadangkan anda supaya membuat catatan BBT untuk memastikan hubungan kelamin dilakukan pada masa yang sesuai untuk hamil. Carta BBT juga boleh menjadi satu diagnosis awal untuk memastikan sama ada anda mengalami ovulasi atau tidak. Jika anda dapati bahawa anda tidak mengalami ovulasi, anda perlu untuk membawa carta itu bersama ke mana-mana doktor untuk mendapat khidmat nasihat lanjutan.


Carta BBT adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda membuat catatan setiap awal pagi dan mencatat keputusannya pada suatu carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi. Ia jauh lebih murah berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran walaupun ia lebih mudah dari kaedah BBT.

Walaubagaimanapun, bagi sesetengah wanita, mencatat carta BBT adalah sesuatu yang rumit dan menyusahkan. Berikut adalah antara beberapa kerumitan yang mungkin timbul sepanjang proses mencatat BBT

1)Kerumitannya bermula apabila seseorang itu cuba untuk memahami cara untuk mencatatnya ke dalam carta. Kami telah cuba membantu dengan mengeluarkan panduan yang menerangkan kaedah-kaedah untuk mencatat BBT ini dengan terperinci dengan bahasa yang mudah. Anda sudah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Jika anda masih belum membacanya, sila klik DI SINI. Itupun masih terdapat keluhan dari sesetengah pembaca yang mereka masih keliru dengan prosesnya.

2)Kerumitan yang seterusnya adalah dari segi disiplin. Oleh kerana proses ini akan menjadi rutin harian seseorang, mungkin ia akan menjadi suatu yang membebankan dan mungkin juga sesekali terlupa untuk mendapatkan bacaannya pada hari-hari tertentu.

3)Seterusnya bila carta sudah lengkap, proses mentafsir maklumat dari carta sekali lagi akan menimbulkan masalah. Jika carta itu berbentuk ’skema’ seperti yang diterangkan dalam panduan, ia tidak akan menjadi masalah. Tetapi masalah timbul jika terdapat catatan-catatan diluar jangkaan. Contohnya mungkin seseorang akan keliru jika terdapat kenaikan suhu kali kedua dalam sesuatu kitar haid. (’Triphasic Patern’). Apa itu ’Triphasic Patern’? Jangan risau, kami akan membuat satu penulisan khas tentangnya dalam blog ini. Ia adalah suatu maklumat yang sangat menarik untuk dikongsi bersama.

Penyelesaiannya:

1)Kami sudah cuba sebaik mungkin untuk menerangkan langkah demi langkah. Jika anda sudah baca sekali tetapi masih tak jelas, cuba baca beberapa kali dengan lebih teliti. Kau perlu, cetak report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ itu kerana membaca melalui komputer tidak sama dengan membaca melalui ’print out’.

2)Masalah disiplin. Yang ni bergantung kepada kesungguhan masing-masing. Kalaulah betul-betul anda inginkan cahayamata, kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh sedikit. Orang lain mungkin akan dapat hamil dengan mudah. Satu demi satu zuriat lahir tanpa sebarang masalah. Tetapi anda mungkin Tuhan nak uji sikit. Mungkin kena bersabar dan berikhtiar lebih sedikit sebelum berjaya. Sesuatu yang didapati dengan susah payah lebih bernilai dan bermakna. Ia akan lebih dihargai. Jadi, anda perlu berdisiplin sekurang-kurangnya untuk selama 3-4 bulan. Sekurang-kurangnya catatan selama 3-4 bulan itu akan menjadi panduan yang sangat berguna untuk doktor mencadangkan proses rawatan seterusnya untuk anda. Anda perlu tahu bahawa carta BBT anda itu tersembunyi berbagai maklumat penting tentang kondisi kesuburan anda.

3)Jika anda perlukan bantuan untuk mentafsir maklumat dari carta BBT, kami nasihatkan agar anda korbankan RM30-RM50 untuk kos konsultasi dari mana-mana doktor. Biasanya anda hanya dikategorikan sebagai golongan yang mengalami masalah ketidaksuburan jika gagal hamil setelah setahun mencuba. Doktor hanya akan memberi diagnosis dan rawatan setelah setahun. Tetapi jika anda dapat mengesan sebarang masalah pada diri anda lebih awal melalui kaedah BBT ini, sekurang-kurangnya tindakan awal dapat diambil.

Sebenarnya kaedah BBT adalah sangat berguna. Anda akan menerokai dan memerhati dengan teliti apa yang berlaku pada diri anda melalui catatan suhu badan. Walaupun terdapat kaedah yang yang lebih mudah, kami nasihatkan agar anda kekal dengan kaedah BBT ini. Selamat mencuba.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin