Archive for March, 2009

24
Mar
Perkembangan Terkini Ebook Rahsia Mudah Hamil

Sejak laman MudahHamil.com dilancarkan november 2008, tanpa promosi yang agresif, setakat hari ini senarai subscribers sudah melebihi 1000 orang. Ada yang bertanya, bila lagi ebook Rahsia Mudah Hamil ni terbit?

Sebenarnya, penulisan ebook ini memang sangat mencabar. Rahsia Mudah Hamil bukanlah seperti mana-mana buku atau ebook yang biasa. Ia agak teknikal dan penuh dengan konsep-konsep sains. Jadi penulisan perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang ‘misconception’. Lagipun, proses untuk memudahkan sesetengah konsep sains supaya ia dapat difahami oleh orang yang tidak ada background sains bukanlah suatu yang mudah.

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kelewatan penerbitannya. Proses penulisan ebook ini pernah terhenti selama lebih 2 bulan kerana ‘sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.

Jaid kami harap mereka yang berminat untuk mendapatkannya supaya bersabar. Kami akan cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik. Insyaallah, isi kandungannya tidak akan mengecewakan para pembaca.

Share/Save/Bookmark

23
Mar
Post Pertama: Tarikh yang cukup bermakna

Salam kepada semua pembaca blog.

Hari ini tanggal 22.3.2009 adalah hari kelahiran blog ini.

Ia sengaja dirancang sedemikian kerana ia juga adalah bersempena dengan hari ulangtahun ketiga cahayamata pertama kami Aisyah Sofiyyah Binti Hariri. Gambar di atas adalah gambar yang dirakam beberapa saat, sejurus selepas lahirnya Aisyah. Saat ini adalah sangat indah dan sangat bermakna bagi kami. Kami doakan insyaallah suatu hari nanti anda juga akan mengalami saat-saat indah yang sama. Dari semasa ke semasa, teruskan bersama blog ini. Semoga kandungan dalam blog ini akan dijadikan panduan dan diambil manafaat daripadanya.

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma
Ebook Rahsia Mudah Hamil
Soal Selidik Kaedah BBT
Ovulation Calculator
Like FB FanPage
wordpress stats plugin